Saturday 1 March 2008

Larian Amal untuk mengutip dana Pilihanraya ke-12 bagi Parlimen Titiwangsa (P119).
17 Februari 2008
Ahad
Larian bermula seawal jam 7 pagi, bertolak dari rumah saya (Kg. Datuk Keramat) ke Markaz PAS Darul Ummah, Desa Pandan. Jarak larian dianggarkan sejauh 12 kilometer, larian Amal ini dijayakan oleh suami saya sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Aminuddin bin Abdul Hamid Karim bertujuan untuk mengumpulkan dana Pilihanraya bagi Parlimen Titiwangsa.
Video I Video II Video III Video IV Video V

4 comments:

arifabdull said...

Salam,
Saya pengundi di kawasan Parlimen Titiwangsa dan sekarang bermastautin di Taman Maluri. Saya pasti akan mengundi untuk Barisan Rakyat. Tapi, saya tidak pasti dengan pengundi lain di sini.

Beberapa hari lalu saya sempat mendengar kempen anda di Pasar Malam sekitar Desa Pandan. Tetapi, kenapa tiada langsung gerak kerja dan usaha kempen di sekitar Taman Maluri?

Sejak tahun 2004, sebahagian Taman Maluri telah dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Titiwangsa yang anda tandingi sekarang.

Menurut saya, Taman Maluri tidak sepatutnya dibiarkan memandangkan pengundi di kawasan ini adalah berpotensi besar akan mengundi anda. Kebanyakan penduduk Taman Maluri adalah pesara kerajaan dan pelbagai kaum. Selain daripada itu, terdapat juga penjawat awam yang masih tinggal di sekitar Rumah Kakitangan Kerajaan di Jalan Chocrane, penduduk rumah flat Bandaraya di PPR Laksamana, PPR berhampiran Institut Profesional Baitulmal, rumah flat sekitar Jalan Perkasa 1 perlu anda didekati.

Buatlah satu ceramah besar di sini atau sekurang-kurangnya lakukan kempen dari rumah ke rumah.

Selamat Berjuang!
Salam Perjuangan!
Barisan Rakyat!

Arifabdull

Unknown said...

Amat menyentuh rasa amal yang dilakukan demi menawarkan diri untuk menyumbang jasa secara ikhlas bermedankan usaha yang mempamerkan keintegritian tinggi dari penghayatan rasa perhambaan kepada Allah dalam menunaikan kewajipan membina ummah menerusi proses demokrasi tatkala di seluruh penjuru dunia dana-dana jutaan untuk diraih sokongan dikumpulkan menerusi aktiviti elit tetapi PAS dan Barisan Alternatif/ Rakyat ditanah air masih mengekalkan sikap kesederhanaan dan jelas sikap 'ekstrim/fanatik' dalam berusaha ini satu contoh teladan kaedah saling berbantu di antara suami dan isteri yang memperlihatkan keindahan corak kepimpinan dalam menghalusi hasrat memberikan khidmat kepda rakyat.
Fenomena yang menyentuh rasa yang diperlihatkan oleh Barisan Alternatif/Rakyat adalah pilihan yang upaya dijadikan contoh ikutan dunia kerana upaya menyeiringkan teladan yang benar tanpa unsur atau palitan maksiat yang merendahkan moral dan mengelirukan nilai yang ingin ditampilkan kepada massa sebagai pemimpin yang bersedia menerima amanah untuk menyempurnakan kebenaran dari gambaran Al-Quran sikap menunaikan tanggungjawab hanya kerana untuk mendapatkan keredaan Allah.

arifabdull said...

macam ni barulah bagus.
sebentar tadi saya lihat ada kumpulan anak-anak muda sedang memasang pemidang dan bendera kempen anda di sekitar Jalan Mahkota, Taman Maluri.

Teruskan dan giatkan usaha, PASti berjaya.

Tahniah!
Hidup Rakyat!
Hidup Perjuangan!
Hidup Barisan Rakyat!

Abdul Razak Mahyuddin said...

assalamualaikum. ramai kawan2 di kota bharu tanya saya, adakah dr lo' lo' ni adik beradik tajol rosli?

tokperak
arazak63@gmail.com