Friday 2 May 2008

Perasmian Mesyuarat Agung Muslimat
Menurut Ketua Muslimat PAS Pendang, yang juga merupakan isteri kepada YB Ahli Parlimen Pendang; kehadiran muslimat dalm mesyuarat Agung kali ini sangat luar biasa. Hampir 1000 muslimat mendaftar sebagai perwakilan dan pemerhati. Jumlah yang besar untuk sebuah Dewan Muslimat kawasan. Muslimat memenuhi semua kerusi yang ada dan sebahagian besar terpaksa duduk bersila hingga ke belakang dewan.

Program YB Titiwangsa pada pertengahan bulan April

11 April

Tazkirah motivasi kepada pekerja2 wanita DBKL dan pejabat2 sekitar di Surau Bangunan Wawasan Jalan Sultan Ismail. Pengisisna: Diskusi Buku Nota kepada diri tulisan TGNA

3 petang bertolak ke Kedah setelah singgah sebentar di Ipoh untuk solat Asar dan menjengah ibu yang tua dan uzur. Kesian Mak, tiadak berdaya dan tidak mampu urus diri kerana uzur.

Sampai di Alor Setar Kedah untuk bermalam di rumah ibu mertua yang juga sudah tidak segagah dulu.

12 April

Jjam 9.30 pagi bertolak ke Pejabat PAS kawasan Pendang di Gajah Mati untuk merasmikan mesyuarat yang dijadualkan pada jam 10.00 pagi. Pengisian ucapan perasmian adalah seitar ulasan isu semasa terutama Tsunami politik terutama mengongsikan cerita kempen PRU 12 dan kemenangan Pakatan Rakyat di KL . Ungkapan2 Lakukan yang berbeza untuk dapat hasil yang berbeza, kempen 'giler2' untuk membolosi halangan yang di letak SPRdan kempen extravaganza BN dalam media yang dikuasai mereka. Juga di sentuh agenda Mengurus kemenangan yang dikira lebih mencabar kini setelah Kedah diterajui Pakatan Rakyat.

Selepas membeli beberapa helai tudung dan baju cucu kami bergegas pulang ke Alor Setar untuk bertolak ke Ipoh bagi menghadiri program2 di Ipoh.

13 April

Sebelah pagi saya meladeni ibu tua, ibu yang sudah semakin lupa. Sedih dan kasihan melihat ibu yang sebelum ini sangat aktif dengan kerja2 masyarakat, rajin memasak, menjadi pasangan yang membahagiakan ayahanda, rajin membaca kitab2 jawi, menulis dan berzikir ; kini hampir lupa untuk solat dengan sempurna. Begitulah hari tua seorang yang berjasa kepada kami adik beradik diuji Allah dengan ditarik rezeki 'ingat', rezeki makan-minum dan rezeki beribadah. Ya Allah Ya Tuhan ku ampunilah dosa dua ibu-bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

2 ptg mesyuarat bulanan AJK PAS Pusat dipengerusikan oleh YB Presiden di Kediaman Rasmi MB. Oleh kerana ramai yang telah jadi YB kami saling ucap tahniah, yang belum menang YB juga sebab terus berkhidmat. Mesyuarat juga dihadiri 2 YAB MB iaitu dari Kedah dan Perak serta beberapa orang exco kerajaan2 negeri. Kami dikongsikan pengalaman2 berbeza YAB MB Kedah dan YAB MB Perak.

Mlm sekali lagi di tempat yang sama diadakan Mesyuarat Ahli2 Parlimen PAS di Pengerusikan oleh YB Salehuddin sebagai pengerusi Lajnah Parlimen PAS. Ahli2 Parlimen baru diberi taklimat tentang perjalanan parlimen dan apa yang perlu dijangkakan dan persiapan2 untuk persidangan parlimen. Tidak kurang juga "the do's & the dont's". Saya membangkitkan tentang kedudukan Ahli Parlimen TW yang tiada ADUN untuk membantu. APTW terpaksa berkhidmat serta mengurus 50,000 pengundi dan hampir 200,000 penduduk Titiwangsa. Ini memerlukan stamina serta perlu dibiayai dengan kos yang tinggi sedangkan imbuhan untuk AP semuanya sama. Lebih buruk lagi AP pembangkang di Malaysia di anak-tiri dan tidak pernah merasa untuk mengendalikan sendiri peruntukan AP yang dikatakan mencecah 1 juta setahun. Namun nampaknya 'tiada siapa' dikalangan sahabat yang dapat menghayati dan memahami kerisauan saya, malah ada yang mengeluarkan 'remarks' yang agak sinis.

14 April

Seminar Wakil2 Rakyat PAS yang dihadiri Ahli2 Parlimen, ADUN dan AJK PAS Pusat di Dewan Besar INTIM, Ipoh Perak. Semasa soal jawab saya membangkitkan tentang 'Gender sensitiviti' dan menegaskan agar sahabat2 YB tidak membawa lawak bodoh kedai kopi atau lawak dengan isteri tentang wanita ke dewan2 di Parlimen dan DUN. Malah saya mencadangkan satu bengkel tentang gender sensitiviti diadakan untuk membekalkan pemahaman yang lebih mantap tentang isu2 gender.

Kami bertolak balik ke KL selepas majlis selesai dan selamat sampai malam itu, Alhamdulillah.

1 comment:

Unknown said...

Besar sungguh natijah dari kemenangan rakyat bersama PR hingga kembali disedari wujud perkaitan amal islami dengan kesedaran politik dalam membentuk perubahan ummat.
Bagaimanakah upaya mahu dinafikan peranan wanita ya YB?
Terserlah kemampuan YB dan pimpinan wanita PR menjadi model keteladanan yang tidak lagi boleh diperkecilkan.
"Tangan ibu yang menggoncang buaian akan turut menggoncang dunia."