Thursday, 5 June 2008

Bebanan Baru Rakyat Malaysia
Tidak sampai sebulan kita digemparkan dengan kenaikan harga makanan asasi utama Malaysia iaitu beras, pada petang semalam, YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat lagi satu kejutan kepada rakyat Malaysia tentang kenaikan harga baru bahan bakar dan tarif elektrik di negara ini. Kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah negara sebagai negara pengeluar minyak bagi saya adalah tindakan yang kurang wajar. Jika dibandingkan harga bahan bakar di negara jiran yang lain hanyalah RM3 seliter bagi negara yang tidak mempunyai telaga minyak, manakala Malaysia yang dilimpahi dengan minyak hanya kurang 30sen sahaja untuk seliter. Apa yang dikesali daripada kenaikan harga baru bahan api ini adalah akan memberi kesan dan impak yang sangat mendalam kepada golongan yang berpendapatan sederhana, dan apatah lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah. Saya sangat sedih dan kesal dengan keadaan yang berlaku pada hari ini, kerana saya sedar akan kesusahan dan keperitan yang bakal dialami oleh golongan-golongan tersebut. Malangnya saya rasa bagi rakyat Malaysia kerana mendapat tamparan hebat seperti ini, dan apatah lagi kenaikan-kenaikan harga bahan api secara mendadak ini berlaku pada zaman Pak Lah iaitu sejak tahun 2004, dari harga seliter petrol RM1.37 ke RM2.70 pada tahun 2008. Dalam masa hanya empat tahun harga minyak telah naik hingga RM1.33, (sila rujuk graf di atas). Saya amat yakin selepas kenaikan harga minyak ini akan disusuli oleh kenaikan-kenaikan harga barang dan juga perkhidmatan, dan ianya berlaku di luar kawalan kerajaan. Keadaan ini hanyalah akan membebankan lagi rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada golongan yang berpendapatan sederhanana dan rendah. Sebagai contoh harga tiket bas, teksi, bahan runcit dan sebagainya kerana semua ini memerlukan bahan api untuk proses penghantaran dan sebagainya. Subsidi juga diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kepada pemilik-pemilik kenderaan mengikut katagori. Walaupun subsidi ini diberi, manalah cukup untuk menampung kenaikan-kenaikan harga barang lain yang akan naik pada masa yang terdekat ini, malah ia juga tidak mencukupi untuk menampung bahan api dalam masa setahun. Hakikat ini perlu difahami oleh kerajaan bahawa bukannya semua rakyat Malaysia hidup mewah, malah ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang dhaif, kais pagi dan petang utk makan malam. Apa yang dirunsingkan selepas ini adalah para menteri akan berkata "UBAH GAYA HIDUP ANDA". Setiap kali harga bahan bakar, barang-barang keperluan naik, rakyat dengan secara automatik tanpa disuruh terpaksa mengubah corak dan gaya hidup mereka kerana terasa bebanan yang amat sangat, dari gaya hidup memakan ikan segar kepada ikan kering, dari motor tukar naik basikal dan berjalan kaki. Adakah ini semua pernah dilalui oleh menteri-menteri??? Adakah mereka pernah merubah gaya hidup dan selami penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang dan juga bahan api ini???. Apakah ini "hadiah" kemenangan UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Malaysia selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu?? hadiah seperti ini jugalah pernah diterima oleh rakyat Malaysia sebelum ini, tetapi malangnya mereka belum sedar. Kalaulah ini merupakan "hadiah" dalam pilihan raya yang lalu, cubalah kita fikirkan... berbaloikah kepercayaan dan undian yang telah kita berikan kepada mereka dalam pilihan raya umum yang lalu. Marilah sama-sama kita membuat perubahan dan saya rasa ianya masih belum terlambat...

6 comments:

Kawan Baik said...

YB,

sebagai rakyat biasa dan berpendapatan biasa sahaja... tolonglah dan bantulah kami....

kami merayu...
YB,
lakukanlah sesuatu untuk menangani masalah ini... kami cukup terbeban sekarang dgn kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan for sure hg barangan lain turut akan naik esok....

YB,
pohon dibawak isu ini ke dalam dewan rakyat pada 26hb ini...

TQ

yg benar,
rakyat yg terbeban!

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

InsyaAllah...

Unknown said...

Data yang jelas tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan makna dan erti keadilan terhadap marhaen.
Rezeki minyak tidak wajar meninggalkan kesan ke atas kehidupan warga yang memiliki tanggungjawab untuk beramanah kepada keluarganya.
Amanah keluarga amanah yang tidak dapat dikhianati.
Harapan besar kepada PR.

Abu Humairah said...

salam doc,

kami rakyat biasa kini hanya pasrah dgn apa yg berlaku..

mudah2an Allah kurniakan kuasa memerintah kepada PR,kerana kerajan sedia ada ternyata tidak berjiwa rakyat langsung..

doa org yg tertindas & dizalimi pasti Allah makbulkan, insyaAllah..

Do Well_Abu Quhafah said...

Salam,
Tukar kerajaan. Jangan takut buat undi tidak percaya.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam doc,

harap2 keadaan sekarang cuma bertahan beberapa minggu je...nampaknya rakyat kena lagi berani untuk menuntut hak rakyat..masa PRU yg lepas dah ramai jugak yg dah berani sikit..biarlah rakyat bertambah berani lagi..'BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH'..biar kita menjadi seperti seikat ranting kayu...jgn jadi sebatang ranting yg mudah dipatahkan...wallahualm