Tuesday 24 June 2008

Draf KL2020: DBKL Perlu Tangguhkan Operasi Perobohan Gerai &Setinggan

Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 masih lagi diperingkat perbincangan dan menuntut pandangan dari seluruh rakyat. Kami berterima kasih atas tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menerima pandangan kami untuk bersetuju memanjangkan sesi pendengaran awam hingga 31 Ogos 2008.

Sehubungan dengan itu kami selaku ahli Parlimen yang mewakili seluruh rakyat Kuala Lumpur berharap agar pihak DBKL menangguhkan dahulu sebarang operasi penguatkuasaan seperti perobohan gerai penjaja dan juga kawasan kediaman yang diklasifikasikan sebagai setinggan sehinggalah Pelan berkenaan digazetkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Pada masa ini kami menerima banyak aduan dari penjaja dan juga rakyat yang tidak berpuashati dengan operasi yang dilakukan oleh DBKL yang menyebabkan mereka mengalami banyak kerugian. Diharapkan pihak DBKL memberikan mereka peluang untuk turut serta dalam memberikan pandangan alternatif terhadap masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian untuk diselaraskan dengan Pelan yang bakal digazetkan.

Walaubagaimana pun, cadangan ini tidak meliputi operasi yang melibatkan Pendatang Tanpa Izin yang berniaga secara haram atau tinggal melebihi dari tempoh yang dibenarkan.

Diharapkan DBKL dapat mengambil sikap yang lebih prihatin dalam melayani sebarang permasalahan yang ditimbulkan agar pembangunan yang dicadangkan memenuhi aspirasi rakyat dan tidak memberikan kesan buruk pada rakyat, alam sekitar dan generasi yang akan datang.

Sekian. Terima Kasih.

“Berkhidmat Untuk Rakyat”

YB. Tan Sri Khalid Ibrahim Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

YB. Dr. Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong

YB. Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh

YB. Dr. Lo’lo’ Mohammad Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa

YB. Fong Kui Lun Ahli Parlimen Bukit Bintang

YB. Wee Choo Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju

YB. Tan Kok Wai Ahli Parlimen Cheras

YB. Tian Chua Ahli Parlimen Batu

YB. Lim Lip Eng Ahli Parlimen Segambut

YB. Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai

2 comments:

Web Sutera said...

Assalamualaikum YB. Iskandar Zulkarnain, misteri dan sarat tauladan: http://pasalbuku.blogspot.com
http://buanadunia.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum,

YB Dr,

Sebagai seorang ISLAM tuduhan terhadap Anwar Ibrahim adalah amat serius maka,dengan keadaan sekarang saya rasa paling senang sebagai rakyat MALAYSIA yang berAGAMA ISLAM,
pada pandangan saya Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dengan beraninya tampilkan diri depan Televisyen secara langsung bersama semua Pemimpin Islam PKR dan PAS memegang Kitab Suci Al Quran dan bersumpah dengan nama ALLAH yang ESA bahawa Datuk Seri tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu dan semua ini adalah kerana niat jahat orang yang menuduhnya.

Jika datuk Seri berani berbuat sedemikian maka seluruh rakyat akan berada di belakang Datuk Seri.

Jika tidak maka faham-faham je lah..

Kalau YB tidak dapat menyakinkan Anwar Ibrahim bersumpah dgn nama ALLAH maka semua PEMIMPIN PAS BERSUBAHAT dengan orang yg melawan tabii dan yg dikutuk oleh ALLAH..

wassalam