Wednesday 9 July 2008

Tazkirah 4 julai 2008. jam 12.30-2.30ptg
Saya diminta untuk menyampaikan tazkirah kepada muslimat bank islam di Surau Bank Islam Darul Takaful... Alhamdulillah sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan... Tajuk yg diberikan kepada saya adalah "PERUBATAN DAN PENGHAYATAN AKHLAK ISLAM". Konsep perubatan dan kesihatan sangat luas, hendak diceritakan mgkn tidak cukup masa, Islam sangat menitikberatkan tentang aspek kesihatan. Islam sangat cantik, cuba kita tgk bagaimana islam mengajar adab-adab sebelum makan dan minum serta cara-caranya, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, ini merupakan salah satu daripada cara-cara untuk mengelakkan dari mendapat penyakit yang diajar di dalam Islam. Salah satu punca atau sebab penyakit adalah disebabkan oleh faktor permakanan. kesihatan dan akhlak adalah sama penting, kerana di dlmnya terdapat keTAQWAan yg tidak dapat diukur oleh manusia, ketaqwaan itu dapat dilihat dengan perilaku @ kecerminan diri yg ditunjukkan. Terdapat 3 jenis kesihatan: 1. Kesihatan fizikal 2. Kesihatan mental 3. Kesihatan spritual Firman Allah dlm surah at-Taubah ayat 71:
yang bermaksud: "Dan orang2 yg beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yg lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah yg mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

2 comments:

Unknown said...

Salam YB Puan Doktor,

Amat terasa pembaharuan PR yang memfungsikan peranan perwakilan sebagai hamba kepada agama di alaf globlalisasi ini yang tidak sepenuhnya ingin dilaksanakan oleh ahli politik di Barat yang sebenarnya mampu membentuk penyatuan fikrah berdasarkan akidah.
Usrah-usrah bersiasah antara kiadah di kalangan pimpinan muslimat semoga menjadi perintis untuk keeratan hubungan diplomatik di antara perwakilan.

the indie story said...

Assalamualaikum Doc!

Sejak puan menjadi wakil rakyat kawasan Titiwangsa, penduduk disekitar kg. baru, keramat dan kg pandan mrasa lebih terbela.

Syabas diatas usaha puan cuba menyelami permasalahan rakyat.

Senang2 singgah blog ana.

Semoga Doc sehat sejahtera bersama keluarga tercinta.

ciaaw.