Aidil Fitri 1429H
Alhamdulillah Eidul fitri kali ini kami sekeluarga sambut di rumah ibu saya Datin Hajjah Zainab yg terletak di Kg Tengku Husin Baru, Ipoh, Perak. Saya bersama suami Dr Aminuddin, anak ketiga Sakinah yang juga balik bercuti dari UNHAS Makassar, anak bongsu Muhd Farhan bersama2 Ehsan anak saudara saya sampai di kampung sewaktu hampir waktu Iftar pada malam 27 Ramadhan. Cuma yang sedihnya meihat ibu saya yang terlantar atas katil sejak diserang angin ahmar 2 bulan lalu. Ibu saya sudah tidak mampu untuk solat mahupun berpuasa kerana serangan angin ahmar yg lalu agak serius (massive stroke). Sedih melihat ibu yang aktif dulu kini meneruskan hidup dengan makanan terpaksa disalurkan dari tiub yang dimasukkan melalui hidup langsung kedalam perut. Sudah tiada rezeki ibu saya untuk makan lemang dan rendang kegemarannya, malah rezeki untuk beribadat pun telah ditarik balik oleh Allah. Moga Allah ampunkan dosa2nya yang lalu dan mngasihaninya sebagaimana dia mengasihi anak2nya dari kecil hingga dewasa.
Gambar bonda tercinta terbaring dikatil tanpa dapat membezakan antara Raya atau Puasa. Alhamdulillah kami dapat khidmat pembantu rmah yang agak boleh diharap walaupn perlu lagi banyak lagi pemantauan. Ini membolehkan adik2 saya Durriah&Zuhairah yang tinggal dengan dan berhampiran rumah Mak masih boleh terus bekerja dan meneruskan usaha catering kecil2an.
Ditakdirkan Allah pada malam tersebut Masjid Al Ittihadiyah iaitu masjid yg terletak berhampiran rumah ibu saya dikunjungi oleh tetamu istimewa iaitu YAB Dato Sri Nizar MB Perak. Rupa2nya Majlis Iftar dan Solat Terawih Perdana yg asalnya dijadualkan berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh telah dibawa ke masjid tersebut. Ustaz Badrul Amin yang terserempak dengan kami di R&R Tapah masa berhenti solat Asar juga didatangkan khas untu tazkirah Ramadhan dan memimpin Qiyamullail pada malam tersebut. Selepas selesai terawih dan tazkirah kedua2 VIP ini telah sudi datang menziarahi ibu saya. Ibu saya agaka 'rasional' dan boleh memahami bila saya bisikkan pada dia yang MB dan Ust Badrul datang. Terharunya saya, tambahan pula Ust Che Leh iaitu SUS II MB juga telah 'mengubat' emak dengan membuat 'air penawar' kerana Mak agak gelisah dan susah tidor sejak 2-3hari sebelum itu. Kebetulan juga Ust Badrul Amin ditempatkan di Homestay sebelah rumah emak.
Farhan bersama YAB MB dan ust Badrul Amin semasa menziarah Mak.
Kelihatan abang saya Hj Mohd Surur, Ehsan bersama MB Perak dan ust Badrul Amin.
Malam itu saya Qiyam bersama2 jemaah masjid sehingga ke malam 29hb. Alhamdulillah sunnah Qiyam sudah mula dihidupkan oleh ummat Islam Msia, lebih2 lagi di negeri2 yg diperintah PR.
[akan sambung lagi]
Dr Lo'lo' HMG
1 comment:
salam YB, semoga Allah sentiasa merahmati ibu YB dan diberi kesihatan insyaAllah
Post a Comment