PERASMIAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN 2008
Bertempat di Padang Blok B, Pangsapuri Anggerik, Desa Pandan telah berlangsung program Promosi Kesihatan Komuniti Penduduk Desa Pandan Anjuran Fakulti Perubatan UITM, program yang bertujuan mengenal pasti status dan masalah kesihatan penduduk serta merupakan salah satu cara mendidik masyarakat tentang kepentingan kesihatan dan pencegahan penyakit itu bermula seawal jam 8pagi.program juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan implikasi penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.
Program juga diisi dengan ceramah kesihatan berkenaan masalah penyakit kronik serta kesan pancaran radias terhadap kesihatan manusia. Selain daripada sesi ceramah, program turut diserikan dengan cabutan bertuah bagimenghiburkan pengunjung serta member penghargaan kepada pengunjungyang masih setia berada di sepanjang program berlangsung.
Dalam ucapan perasmian, YB yang juga pernah menjalankan program-program komuniti sihat semasa bergelar pelajar perubatan menegaskan program2 seperti ini sangat penting bagi seorang pelajar perubatan untuk menjadi seorang doktor yang dapat menjiwai tugas dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Tugas seorang doktor adalah sangat mulia kerana dapat menolong orang lain jika disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas. Mereka sepatutnya tidak lupa akan jasa masyarakat yang turut sama membantu mereka bergelar seorang doktor.
YB juga meganjurkan agar masyarakat awam berusaha untuk menjadi pesakit yang bermaklumat. Mkalumat-maklumat berkenaan kesihatan boleh dicari daripada program-program seperti ini. Ini kerana dengan kehadiran mereka ke hospital sahaja tidak mencukupi untuk mereka memperolehi info-info terbaru tentang pencegahan, perubatan serta kesan-kesan yang berkaitan.
Sebelum meninggalkan majlis, YB sempat berbincang dengan beberapa penduduk berkenaan masalah kebersihan dan longkang yang tersumbat.masalah ini segera diajukan kepada wakil DBKL iaitu En Roslan dan En. Nasir supaya tindakan segera dapat dilakukan.
No comments:
Post a Comment