Thursday 18 December 2008

AGIHAN LEMBU-LEMBU KORBAN pada 9 Zulhijjah 1429
Lembu pun tau tunduk kepada arahan Allah dan bersedia untuk dikorbankan.
Alhamdulillah berkat kerja keras semua penyokong dan pendokong saya atas nama Parlimen Titiwangsa telah berjaya mengumpulkan 70 peserta korban yang berkongsi bahagian dari 10 ekor lembu. Yayasan Bumiputra Titiwangsa telah menjadi pengurus kepada Program korban 1429H ini.
Seekor lembu dikorbankan di RUSUN UNHAS atau Rumah Susun (kediaman pelajar-pelajar ) Universiti Hasannuddin, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia dan seekor dihantar ke Jambi Indonesia. Beberapa PPR juga menerima seekor iaitu PPA2 Sri Perlis 1 & 2, PPR Jelatek, PPR Laksamana, Cochrane Perkasa dan Hiliran Ampang. 2 ekor lagi disembelih untuk dibahagi-bahagikan.
Saya mesti merakamkan penghargaan saya kepada anak kedua saya Muhd Fawwaz yang berada di Manchester UK yang telah berusaha mendapatkan peserta-peserta untuk 5 ekor lembu korban, juga kepada rakan-rakan Doktor, kakitangan Pusat Perubatan KOHILAL Taman Melawati, semua exco YBT dan seluruhnya yang menyokong.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan Titiwangsa yang juga telah berjaya mengumpulkan 3 lembu korban yang disembelih dan diagih-agihkan di Markaz Darul Ummah, Kg Pandan.
Pembekal lembu begitu mahir menurunkan lembu-lembu dari lori tanpa perlu memegang atau menolak lembu-lembu tersebut. Tali lembu diikat ke pokok atau tiang yang telah dipilih semasa lembu masih di atas lori kemudian barulah dibuka pintu belakang lori dan tali lembu ditarik bagi mendorong lembu tersebut terjun turun. Mereka bukan sahaja mahir tetapi juga sangat berhati-hati supaya tidak mencederakan lembu-lembu tersebut mengelakkan lembu-lembu ini 'disqualified' dari kriteria lembu korban. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih diatas kesabaran pembekal lembu yang sanggup pergi dari satu tempat ke satu tempat menghantar lembu mengikut yang telah diatur.
Terima kasih petugas-petugas Program Korban 1429H Parlimen Titiwangsa yang bertungkus lumus sejak berminggu-minggu yang lalu iaitu dari mencari peserta-peserta korban, mencari pembekal lembu, mengatur nama-nama, menguruskan hantaran duit korban ke Makassar dan Jambi Indonesia, menyembelih dan melapah, sehinggalah memasak dan menghantar daging-daging korban kepada peserta-peserta. Memang meletihkan tetapi saya kira berbaloi. BARAKALLAHU FEEKUM...
Daging-daging korban diagihkan kepada ibu-ibu tunggal miskin, golongan fakir-miskin, warga emas yang susah, OKU dan juga anak yatim.
Kelihatan petugas korban sedang menyemak surat-surau yang diedarkan kepada penerima daging korban. Moga korban kita dari segi binatang korban, wang ringgit, tenaga dan masa diganjari Allah dengan sebesar-besar ganjaran, Amin
Dr. Lo'lo' HMG

No comments: