Thursday 18 December 2008

KERATAN AKHBAR (Harakah)
Harakah; 15-18 Dis 2008/ 17-20 Zulhijjah 1429H
1) Turun Padang: Orang nombor satu Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama Exco     Kerajaan Negeri, termasuk Ahli Parlimen Titiwangsa YB Dr. Lo'lo' Mohd Ghazali bergegas  melawat dan mendapatkan maklumat terus dari tempat kejadian di Bukit Antarabangsa...
2) Termenung:  Suatau yang tidak terduga, tidak terjangka dek akal. Bagaimana banglo yang indah kukuh boleh ranap sekelip mata?... Seorang wanita "kaku" melihat MPV dan rumah yang tersergam indah musnah ditelan bumi.
Itulah kuasa Allah... Jika Dia berkata "KUN FAYAKUN" maka jadilah ia... jadi, berlakulah... memang kalau dilihat dengan akal fikiran seperti tidak logik saja... teringat saya semasa kejadian Tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004 di mana kereta boleh tersusun sampai 5... dan dalam beberapa minit sahaja air datang boleh sapu bersih beberapa kampung, sehinggakan tiada kesan atau tapak sesebuah kampung... Bagi saya sendiri yang mengalaminya terfikir juga apakah ini mimpi...memang rasa tidak percaya..tapi itulah kuasa Allah... memang tidak terjangkau dengan fikiran kita... Dengan musibah yang Allah uji ini... Sama-salah kita renungkan dan ambil ikhtibar disebaliknya... 
Bagi yang mengalaminya akan merasakan terlalu kecewa..tapi harus ingat bahawa ada hikmahnya... kita tidak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita... Ujian ini menunjukan bahawa Allah sangat sayang akan hamba-hambaNya... dengan adanya ujian seperti ini barulah kita akan teringat kepadaNya...mungkin selama ini kita lalai atau lagha daripada mengingatiNya, melakukan perkara-perkara yang dilarang olehNya... sekurang-kurangnya ini merupakan kaffarah dosa-dosa kita kepadaNya... 
Gambar: Jambatan yang dibina khas oleh anggota tentera bagi membina laluan alternatif kepada para penduduk yang terputus jalan keluar agar membolehkan mereka mengambil barangan penting serta berpindah keluar dari lokasi tanah runtuh...
disediakan oleh : Cik Faezah

No comments: