Monday 22 December 2008

Sungguh teruja berjumpa kawan2 lama yang telah terpisah sejak 25 tahun yang lalu walaupun sebahagian besar kerap juga berjumpa dalam program2 Alumni dan lain2 program yang berkaitan dengan profesyen kedoktoran. Kami juga berjumpa semasa Majlis Walimah anak masing2. Antara yang turut serta adalah YB Dr Abd Karim Mansor salah seorang ADUN Selangor yang juga bekas Setpol DS Khir toyo bekas MB Selangor. Dr Maznah, Prof DrNabishah & Dr Mohaini yang mewakili 82, Saya sendiri, Dr Asmah, Dr siti Zaleha dan Prof Dr Abu Bakar, Bersama isteri-isteri pasangan kepada Alumni Medik83 yang saya telah terlupa nama mereka. Maaf ya.. Dengan bekas Pensyarah2 Prof Dr Faridah dan Prof Dr Khatiza. Datin Dr Zailan Pengerusi Majlis yang juga AJK Medik 83 bersama2 Dr Fauzimah, Dr Maznah, Dr Asmah, Dr Saodah dan dua orang junior wakil 84 iaitu Dr Nordiah dan Dr Marhamah. Kata Dr Nordiah, tengok saya teringat bagaimana dia lari jauh2 bila saya ajak menyertai usrah dulu masa sama2 di kampus, namun kini ramai yang berubah jadi lebih baik dari saya sendiri yang pernah jadi Naqibah malah mereka adalah para Da'ie dengan cara mereka sendiri. Alhamdulillah... Cuma satu yang kurang menggembirakan malam tersebut iaitu dengan ketiadaan suami tercinta yang terpaksa berbahagi masa untuk menghadiri Majlis perkahwinan sahabat baik kami iaitu anak kepada Abd Rahman dan SN Azizah yang kami kenali sejak di Pusat Perubatan Besar Pokok Sena Kedah. Dr Lo'lo' Medik83

No comments: