Wednesday 4 March 2009

MAJLIS PELANCARAN e-ZAKAT & e-DERMA, serta PERASMIAN KIOS dirasmikan oleh DYMM YANG DIPERTUAN AGUNG  YAB AGONG
Berbicara dengan Dato Hassan Din Al Hafiz, kenalan lama keluarga saya iaitu semasa beliau masih menjadi pelajar Kelas Tahfiz Masjid Negara. Pada masa itu Allahyarham bapa saya Dato Hj Mohd Ghazali adalah Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Di sebelah adalah Dato Mustafa Ahli Majlis MAIWP yang juga saya kenali sejak masa saya masih lagi bekerja dengan PUSRAWI.
.....Gencatan senjata.....Isu Perak kita jangan bicara di sini.....
DYMM Tuanku Mizan Begitu berbangga melihat melihat kecerdasan anakanda Tengku Muadz.
SPB YDP Agung Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama dengan anakanda ketiga Tengku Mohd Mu'az berangkat merasmikan E-Zakat/Derma di Masjid Kg. Baru.
Berada di barisan hadapan majlis.
Dato Bandar Dato Fuad, saya sendiri, mantan YB Titiwangsa Dato Astaman, Tengku Ahmad Shah, Pengerusi Masjid Kg Baru Dato Idris, Ketua Pengarah Dato Salleh, Dato Nadzim Tun Abd Razak, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa Dato Johari.
Pengerusi Program E-Zakat.
by Dr Lo'lo'

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, Dr. Lo'Lo' dijemput juga akhirnya.

Mungkin ini adalah titik permulaan yang baik bagi penghormatan kepada tugas Dr. sebagai YB yang dipilih rakyat Titiwangsa.

PR Dr. memang hebat. Berhadapan ramai Datuk-Datuk begitu cekal dan berani berseorangan. Lebih-lebih lagi dengan Datuk Zahid Hamidi dan duduk disebelah mantan YB Titiwangsa.

Mungkin pendekatan bukan konfrontasi ini lebih sesuai di zaman moden lebih-lebih lagi di bandar raya yang penduduknya menilai baik parti pemerintah mahupun pembangkang.

Menjadi harapan agar tugas YB ini diterima sebagai jalan dakwah kepada masyarakat KL amnya dan Titiwangsa khususnya.

ALLAHU AKBAR!

Anonymous said...

thumb up...keep it up dr..............!!