Thursday 30 April 2009

CERAMAH PERDANA ISU-ISU SEMASA 29 April 2009

Saya menyentuh isu SPR yg tidak habis2 dgn idea songsangnya. Dari persempadanan semula yg gagal utk terus memenangkan BN hinggalah ke isu dakwat celupan jari yang menyebabkan berjuta duit rakyat hangus begitu sahaja.Ingat lagi bagaimana persempanan semula yang pelik. Tambahan kerusi parlimen paling banyak di Sabah, Sarawak dan negeri paling kuat UMNO dalam dunia iaitu Johor Darul Umno. Sedangkan Kelantan, Trengganu dan Kedah hampir tiada penambahan kerusi parlimen meskipun sesetengah kawasan Parlimen seperti Baling mempunyai pengundi hampir 90,000 orang. Tujuan tersurat SPR adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi campuran 'mixed-seat' dan mengurangkan kerusi yang majoriti Melayu. IKita tahu tujuannya untuk membolehkan BN merampas negeri Kelantan. Malangnya idea cemerlang SPR tu makan diri, dari 90% kawasan majoriti Melayu dikawasan pendalaman seperti Baling, Kuala Krai hingga 60-70% Melayu d kawasan Bandar seperti Kuala Trengganu malah ditengah Bandar Kota Metropolitan seperti Titiwangsa hinggalah kawasan orang Melayu hanya 40% PAS khususnya telah menguasai ! Ini dibantu oleh rakan2 PR yang menang di kawasan majoriti Bandar dihampir semua Bandar besar di Msia. Apa lagi idea UMNO/BN dibantu rapat oleh SPR? Wujudkan pula 600,000 askar wataniah disemua kawasanParlimen. Kenapa askar wataniah? apalagi jika bukan undi Pos. Kita tidak gentar.Orang PAS beranak ramai, saya kata kalu tak sedozen anak belum betul2 'tulin' PAS. Anak yang ramai ni kita daftarkan dalam unit2 askar wataniah, jadi yang mengundi melalui undi Pos adalah anak2 kita yang telah kita tarbiyah cukup2 sehingga darahnya pun hijau. Baru bebaloi anak berderet2. PAS/PR juga ada pelbagai strategi lain untuk mengatasi kelicikan SPR yang jadi kuncu kuatUMNO/BN. Wamakaru, wamakarallah, Wallahu Khoirul Maakirin !

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Cerita Dato Tuan lagi menarik... coming soon... sebab saya perlu bergerak sekarang untuk menziarahi rakyat yang sakit

YDP PAS Titiwangsa yang baru - Us Abdullah

Bicara peguam muda Tuan Zamri

Dr Lo'lo

No comments: