Monday 25 May 2009

MAJLIS DOA SELAMAT UMRAH DAN KESYUKURAN KEMENANGAN SKUAD BOLA SEPAK SELANGOR DALAM PIALA FA DAN PIALA SUMBANGSIH
24 Mei 2009

Terima-kasih kepada En Zakaria dan isteri Puan Hasni yang telah menjemput saya ke majlis tersebut yang berlangsung di Blok B3, Desa Pandan semalam Ahad 24hb Mei. Saya bersama2 meraikan majlis selepas menunaikan solat Isya berjemaah di Surau Al Ittifaqiyah Blok A Desa Pandan. Doa selamat dan tahlil diketuai oleh imam surau bersama2 dgn ahli2 jemaah surau.

En Zakaria tuan rumah yang berbaju dan bersongkok putih. Dia akan ke Tanah Suci dengan isteri dan ibu-bapa mertuanya pada Ahad depan 31 Mei dengan Pakej Andalusia. Selamat berangkat dan semoga mendapat Umrah yang Mabrur.

Yang disebelah kanan Ehsan adalah Amri Yahya Kapten Pasukan Bola Sepak Selangor.

Dr. Lo'lo'

2 comments:

hosni said...

yb... bukan amir tp amri yahya. kapten bola selangor

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

syukran... maaf atas kesalahan nama


-pembantu YB