Thursday 14 May 2009

Program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Kelas RIJAL ( Remaja Islam Junjung Agama Allah) Markaz PAS, Taman Melewar, Gombak. 13 Mei 2009

Program dibawah LKKPP yang mana saya diamanahkan sebagai Pengerusi telah berjalan sejak 3 tahun lalu. Namun oleh kerana kekurangan dana LKK tidak mengembangkan. Program ini bukan program tuisyen komesial tetapi lebih kepada 'Prep Class' atau Kelas membimbing pelajar2 yg lemah dan subjek yg kurang difahami, jadi personal coach 1 to 1. Guru2 dibayar saguhati, anak2 murid pula bayar ikut kadar kemampuan iaitu serendah RM 5/bulan. Anka2 bukan sahaja dibimbing akademik tetapi juga dididik dari segi syaksiah, ketrampilan dan kepimpinan.

Kelihatan Timbalan Pengerusi LKKPP Tuan Hj Abd Ghani Mahluddin, Pengarah RIJAL Cikgu Ibnu Khalid dan Sdra Sharbi selaku Penyelaras merangkap SUK.

Para ibu, guru2 dan AJK LKKPP yang turut hadir.

Pelajar2 lelaki bakal pemimpin masa hadapan, generasi pelapis Ulama Profesional dan profesional yang Hafiz. Cita-cita saya untuk melahirkan seorang Ulama-Prof dan ProHafiz setiap keluarga bermula dengan keluarga pimpinan dan ahli PAS. InsyaAllah dalam beberapa tahun PAS akan melahirkan pemimpin2 yang Tri-lingual iaitu menguasai sekurang2nya 3 bahasa iaitu Melayu-Arab-Inggeris/Cina/Perancis/Russia/Tamil dll. Mereka juga adalah Ulama, mereka juga Profesional dan seboleh mungkin Hafiz/Hafizah.

Pelajar perempuan dan ahli keluarga mereka.

Dr Lo'lo'

No comments: