Monday 25 May 2009

Soalan Parlimen

Soalan-soalan Parlimen Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] untuk Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Penggal ke-12

 

Soalan Lisan

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah pub dan kelab malam berlesen dan tidak berlesen yang dikenalpasti beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur sejak Januari 2008 dan adakah ada lesen dikeluarkan bagi tempat-tempat berkenaan untuk menawarkan khidmat GRO.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan dari program manakah Projek Puncak Baru diwujudkan sedangkan projek ini langsung tidak dinyatakan dalam Draf Pelan Pembangunan Kampung Bharu, apakah halatuju projek berkenaan, siapakah yang memegang hak milik ke atas projek itu dan apakah status isu tanah Lot 25 yang dituntut oleh peniaga asal yang masih belum selesai.

     

  3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menjelaskan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai dan signifikasinya dalam pengecualian cukai terhadap arak, rokok dan judi dan adakah kajian dibuat sebagai perbandingan antara hasil pendapatan negara yang diraih berbanding kos yang terpaksa ditanggung kerajaan atas kesan sampingan arak, rokok dan judi kepada rakyat.

     

  4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes yang diterima melalui projek cari-cari mengikut kategori dan negeri dan berapa pula telah mendapat bantuan yang sewajarnya, juga minta dinyatakan masa yang diambil untuk memproses satu-satu kes yang dilaporkan atau mengisi borang permohonan.
  5. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan adakah kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan peraturan bagi melarang anak-anak remaja dibawah umur 17 tahun dari keluar rumah selepas jam 12 malam sebagai langkah mengurangkan masalah jenayah remaja seperti mat rempit, lepak, dadah, bohsia, samun dan rogol yang dilaporkan kian meningkat kini.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menjelaskan kenapakah penjualan VCD dan DVD cetak rompak serta lucah masih berleluasa di pasar-pasar malam dan pusat beli-belah, juga langkah yang diambil bagi mengatasi lambakan barangan dan jenama tiruan dalam pasaran yang ada dijual di kawasan tarikan pelancong seperti Petaling Street, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Chow Kit.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik bagi bilangan kanak-kanak dibawah umur 13 tahun yang telah dilaporkan hilang dan diculik dan berapakah bilangan yang telah ditemui secara hidup dan mati serta bilangan yang masih gagal ditemui sejak 10 tahun lalu dan apakah perkembangan kes Nurin dan Sharlinie.

     

  2. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebabnya pengusaha-pengusaha Melayu Islam masih ketinggalan dalam melahirkan produk halal dan apakah usaha kementerian dalam mengatasinya juga apakah peranan HDC disini.

     

  3. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan peratus produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah memasuki pasaran hypermarket mengikut kategori juga nyatakan apakah masalah-masalah dan halangan yang dihadapi serta langkah-langkah mengatasinya.

     

  4. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peraturan-peraturan terkini kawalan tembakau dan hasil tembakau dan apakah strategi pemantauan yang efektif terutama di bangunan-bangunan kerajaan seperti di Parlimen.

     

Soalan Bertulis

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan kenapakah aktiviti 'maknyah' atau pondan dan pelacuran masih dibenarkan berleluasa di Jalan Hj. Taib sehingga ke hari ini dan apakah pelan strategi untuk mengatasi masalah yang mengaibkan ini.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan peratus kemasukan pelajar bumiputera dalam kursus-kursus profesional seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Para Medik, Jurutera Arkitek, Undang-undang dan lain-lain dari tahun 2004 hingga tahun 2009.

     

  2. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kementerian mempunyai dasar yang membenarkan penayangan filem-filem seperti Zonan, Valkyrie dan Defiance yang mempunyai mesej agenda perkauman global zionis-Israel ditayang di negara ini. Apa pula dasar kementerian dengan filem-filem yang lucah dan merosakkan yang ditayang TV swasta.

     

  3. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pembaikan yang telah dilakukan kementerian dalam menangani isu isteri atau suami rakyat Malaysia yang sukar mendapat kerakyatan atau taraf Penduduk Tetap (PR) walaupun sudah lebih 5 tahun berada di Malaysia.

     

  4. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan samada peraturan akan diwujudkan supaya pembantu rumah Islam bekerja hanya di rumah-rumah orang Islam untuk memastikan mereka boleh terus mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mugkin sepanjang bekerja dan apakah wujud satu sistem pemantauan untuk mengelakkan ekspoitasi seperti membekalkan mereka buku peraturan dan nombor 'hotline'.

No comments: