Wednesday 3 June 2009

ZIARAH RAKYAT
29 Mei 2009
Sepetang bersama rakyat, dari hasrat melawat 2 orang, saya dan rombongan PKWR serta muslmat cawangan PPR Cochrane telah menziarahi 5 orang yang saya kira memerlukan bantuan. Begitu juga keluarga mereka. Salah seorang yang tiada dalam gambar ialah tukang cuci yang bekerja dengan kotraktor pencuci yang merupakan ibu tunggal dengan 6 orang anak. Pun begitu dia masih nak memberi kepada saya dengan membekalkan sebungkus rojak yang dijualnya secara kecil2an di kawasan PPR. Subhanallah, ramai lagi rakyat yang memerlukan. Walaupun saya telah turun d PPR ini beberapa kali namun ada lagi yang tecicir dari senarai penerima bantuan yang patut berada dalam senarai JKM dan atau Zakat.
Semasa nak balik terserempak dengan seorang aci yang bergerak dengan kerusi roda. Dia boleh berdiri tapi tidak mampu berjalan sebab lemah kedua kaki. Saya kurang pasti apa masalah kesihatannya sebab kurang faham cerita aci tu. Namun dia secara jelas minta tolong sebab sangat susah sejak anak lelaki yang menanggung dia dan bekeja sebagai pemandu teksi kini agak kurang sihat kerana mengidap arah tinggi,kencing manis dan sakit jantung. Sekali lagi hati saya tersentuh kerana sekian lama aci ni tidak pernah dapat apa2 bantuan dari JKM, sebabnya mudah saja iaitu kerana tiada siapa yang menunjuk cara dan jalan. Satu lagi tugasan muslimat cawangan di PPR tersebut.
Kami juga meluangkan masa menziarahi warga emas iaitu ibu Hj Murad yang berumur 80 tahun lebih dan agak uzur. Walau bagaimana pun beliau masih mampu berjalan perlahan2 cuma kalau solat terpaksa duduk.
Islam memudahkan dalam soal ibadah, tidak mampu berdiri, duduk, tak mampu duduk, baring pun boleh. Yang tidak boleh tinggal solat.
Saya juga berpeluang menziarahi budak perempuan yang dicabul oleh seorang lelaki jiran kepada keluarga ini sendiri. Melampau dan menjijikkan. Keluarga ini terdiri dari ibu yang beranak kecil seramai 6 orang. Yang sulung remaja perempuan yang agak kurang lekat dirumah. Adik2 dijaga oleh abang yang berumur 11 tahun. Bapa anak2 ini berkahwin lagi satu dan jarang2 balik rumah.
Kesian, anak yang paling kecil basah seluarya, saya kata nape tak pakaikan lampin, kata abangnya lampin adik sudah habis. Belas hati saya, teringat ada beberapa kotak lampin yang disumbangkan oleh seorang dermawan di Pusat Khidmat saya. InsyaAllah telah diusahakan untuk disumbangkan kpd keluarga ni. Bila saya bercakap2 dengan muslimat yang turut serta mungkin budak yang kena cabul tu trauma, secara spontan dia menjawab "Tak trauma pun". Kami semua jadi tergelak ramai2 dan muslimat yang ada mengatakan memang dia ni budak cerdik. Mengaji pun cepat dapat dan terang hati kerana dia mengaji dengan salah sorang muslimat iaitu Puan Maheran secara percuma. Inilah yang saya katakan muslimat 'Nadi Masyarakat' yakni yang membantu dan berkhidmat secara langsung tanpa mengira jawatan mahupun ganjaran. Alhamdulillah, agenda pentarbiyahan berjaya melahirkan Muslimat Al-Khadeem iaitu yang sedia berkhidmat demi menagih keredhaan Alla SWT.
Cucu-cucu mak cik yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Oleh kerana itu juga anak perempuan dia tidak boleh bekerja atau membuat apa-apa kerja sampingan kerana sepenuh masa terpaksa menjaga ibu yang lumpuh dan meladeni anak kecil serta melakukan kerja2 rumah. Anak lelaki dan menantu juga bekerja sebagai ekerjabawahan yang bergaji rendah. Muslimat PAS di PPR Cochrane akan mengusahakan agar makcik menerima lebih banyak bantuan disamping bekalan lampin pakai buang yang ditaja Zakat Baitulmal WP.
Makcik ni adalah OKU sejak muda lagi iaitu lemah kedua belah kaki disebabkan oleh jangkitan Polio. Namun begitu beliau tetap bertemu jodoh dan memperolehi zuriat seramai 2 orang. Juga mempunyai beberapa orang cucu. Sejak beberapa bulan lepas beliau diserang angin ahmar sehingga terus terlantar atas tilam. Ujian Allah kepada manusia yang daif sehingga kita hanya mampu menyatakan ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.
Dr Lo'lo'

2 comments:

Nurul Syahadah said...

salam perjuangan..

Selamat menjalankan tugas bt Dr..smoga Allah memberi kekuatan kpd Dr utk terus berbakti kpd masyarakat...Sy sgt meminati Dr sbg seorg Daie & hrpn smoga sy akan berpeluang utk bertemu Dr..Sy jg sgt berminat utk myertai Nisa' tp sy xtau salurannya bgmn..

Hana said...

assalamualaikum...

kepada saudari syahadah, boleh menyertai nisa dengan kunjungi laman web nisa' sndiri dan ikuti program2 yang tersiar..malah ada borang online yang disediakan http://www.webnisa.net/