Tuesday 28 July 2009

PESTA BUKU SELANGOR 2009
25 Julai 2009
Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam.
YB Dr. Lo'lo', YB Ronnie Liew, YAB Tan Sri Khalid, dan YB Dr. Halimah
YB Bersama YB Dr. Halimah binti Ali
YB, Pn. Mastura, Pn. Muna 'Izzah (anak Allahyarham Dato' Fadhil Mohd Nor), Cik Wani & Unknown

4 comments:

Ipoh Marley said...

Utusan Malaysia memberitakan, pada 29hb Julai 2009 kelmarin, bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat lebih 4,000 buah pusat judi, hiburan dan Spa di Selangor, terutama di lambah Klang beroperasi sejak Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PKR memerintah negeri tersebut. Datuk Khir yakin, oleh kerana tiada lagi lesen-lesen diluluskan, berkemungkinan besar pusat ini beroperasi secara haram dan dengan menggunakan bantuan samseng dan kongsi gelap. Saya tak hairan sangat jikalau DAP yang mentadbir negeri tersebut. tetapi PKR yang berketuakan DSAI dan Khalid Ibrahim yang menjadi ketua besarnya.

JAWAB JGN X JAWAB

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt,

YB Parlimen Titiwangsa


Saya adalah pengundi bagi parlimen Titiwangsa bermakna YB adalah wakil saya di Parlimen.Di sini saya ingin meminta YB dapat membantu saya mengenai masalah ini.YB lihat dulu berita ini dan ini adalah masalah saya dan lebih 100 orang pekerja bernama.


KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menggantung sementara pembabitannya dalam Bernama TV Synergy Sdn Bhd, satu usaha sama yang menyediakan saluran berita 24 jam di Astro TV, berkuat kuasa mulai hari ini, kata jurucakap Bernama.

"Keputusan itu bertujuan meminimumkan pendedahan Bernama kepada kerugian yang ditanggung oleh Bernama TV Synergy, yang merupakan usaha sama antara Bernama Bhd (33 peratus), Silver Ridge (Multimedia) Bhd (27 peratus), Standard Code Sdn Bhd (20 peratus) dan Hallmark Entertainment Sdn Bhd (20 peratus)," katanya.

Jurucakap itu berkata keputusan itu sama sekali tidak akan menjejaskan kualiti dan penyampaian perkhidmatannya sebagai agensi berita nasional. "Bernama akan menyemak semula opsyen berhubung pembabitannya dalam Bernama TV Synergy sebaik sahaja isu kewangan yang melibatkan pihak-pihak dalam usaha sama itu diselesaikan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bernama Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataannya, berkata dengan berat hati, beliau terpaksa mengumumkan penggantungan sementara pembabitan agensi berita nasional itu dalam Bernama TV Synergy.

"Kami telah memutuskan bentuk tindakan ini selepas membuat penilaian menyeluruh berhubung keadaan kewangan semasa yang dihadapi Bernama TV Synergy."Selaku Pengerusi, saya ingin memberi jaminan bahawa penyampaian dan kualiti perkhidmatan sedia ada Bernama dalam operasinya sebagai agensi berita nasional akan terus dikekalkan pada tahap tertinggi," katanya.
-- BERNAMA


Untuk pengetahuan YB Bernama TV siaran astro 502, memulakan siaran pada 28/2/08. TV ini kononnya membawa berita baru dan benar . Ditubuhkan dengan kerjasama entiti kerajaan BERNAMA dan syarikat swasta bernama tv synergy.Setelah beroperasi sehingga 1hb Ogos 2009 dan di dapati mengalami kerugian jutaan ringgit. Ditambah dengan bernama tv synergy masih berhutang rm 15 juta dengan pihak bernama.

Setelah hampir setahun tengah , syarikat swasta ini telah gagal melunaskan hutangnya dengan BERNAMA dan sewa tingkat 3 dan 11 di WISMA BERNAMA tidak dibayar. Bernama mengambil tindakan isu hutang ini ke Mahkamah. Proses Mahkamah akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Pengurusan Bernama telah menarik 100 kakitangannya dari bernama tv dan telah meletakkan mereka di jabatan2 di bernama dan juga agensi Kementerian Penerangan seperti RTM dll.Ini atas sikap pengurusan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan BERNAMA yang semakin kurang peruntukan

Amat malang sekali pertukaran ke tempat yang disebut tadi mengambil masa hanya 3 hari. NOTIS penukaran diberi pada 31 Julai 2009 dan kakitangan yang telah diberi notis diminta/dipaksa melaporkan diri pada 3 ogos 2009. Sudah tentu akan menyukarkan kakitangan yang bertukar secara mengejut. mangsanya adalah pekerja yang telah melaksanakan tugasnya dengan bersungguh2, tetapi akibat mismanagement mereka terpaksa menanggung bebanan ini. Untuk keterangan lanjut pihak YB boleh menyemak di blog saudara Ahiruddin Atan (rockybru.blogspot.com)dan Yb Parlimen
Wangsa Maju Encik Wee Chee Keong (weecheekeong.wordpress.com)


Sekiranya YB membacanya YB akan mengetahui siapa yang sepatutnya dipecat, Bukan kakitangan Bernama yang terpaksa menanggung beban. Adakah adil pihak pengurusan BERNAMA melakukan ini kepada kakitangan bernama,sedangkan pihak atasan yang bertanggungjawab terlepaskan begitu sahaja.

Sebagai pengundi anda di Parlimen TITIWANGSA, saya merayu YB dapat mengenengahkan masalah ini ke Parlimen. kalau boleh kami mahu pihak SPRM segera melancarkan siasatan terhadap penyelewengan yang telah berlaku. Perhatian pihak YB adalah amat saya hargai.

Sekian terima kasih

Kakitangan BERNAMA malang

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

Isu BERNAMA telah dibawa oleh YB WCK masa sesi prlmn yg lalu. Saya cuba teliti isu ini bersama2 peguam2 yg memantu saya di TW.

Sdra boleh ters beri info lgsg ke email saya:
yb.drlolo@gmail.com

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

saya sudah jawab ipohmarey dlm facebook saya. mudah je, sdra tlg hbngi khir toyo, katakan pd dia saya dan bbrp MP lain dr PAS/PR brminat utk 'melawat' sebhg dr pusat2 haram tsb. takperlu byk , 1% pun cukup ie 40 buah - sdra ipohmarey pn bleh turut serta. kita buat ekspedisi daawah...ok, jgn lupa. dah atur dgn khir toyo cntactofis sy 0326980025