Wednesday 3 February 2010

Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat meninggal dunia

Harakahdaily

PASIR PUTEH, 3 Feb: Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Al-Fatihah

(Gambar: Hajjah Kalthom bersama saf pimpinan Muslimat Pasir Puteh pada sesi muktamar pemilihan tahun lepas)

2 comments:

Anonymous said...

Perangai Puak2 PAS satu lagi suka nak menunjuk2 apa yang telah dibuat.. dah jadi satu tebiat yang tak baik.. Jika kerja kita ikhlas tak payah kita warwarkan pada org ramai.. biar Allah yang tentukan.. buat skit .. pastu masuk dlm harakah cerita belawak yang hok dia tak buat.. jadilah islam sejati baca dan amalkan kitab alquran ( nanti kristian nak tukar bible kepada alquran pulak baik puak2 pas bersedia)

Anonymous said...

kalu berani dan berjihad kerana Allah baik dr siar 2 komen saya supaya kita boleh betulkan diri sendir