KUALA LUMPUR, 4 Feb: Ketua Bahagian Pemuda, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (FeCAM-Youth), Hii Yik Ping mendakwa kenyataan berbaur perkauman yang dibuat pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar pada seminar 1Malaysia di Melaka, kelmarin adalah hasil didikan Biro Tata Negara (BTN).
Beliau satu kenyataan berkata, perletakan jawatan Nasir tidak menyelesaikan apa-apa masalah namun yang lebih perlu adalah menamatkan punca didikan perkauman iaitu kursus BTN.
"Saya percaya bahawa BTN landasan yang mempromosikan perkauman, penyebab Nasir membuat kenyataan perkauman.
"Bagi membunuh punca masalah dan menyelamatkan semua, kerajaan perlu menamatkan BTN," katanya.
Nasir jelasnya adalah satu contoh daripada ramai anggota masyarakat yang telah dimangsakan oleh BTN termasuk golongan mahasiswa, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.
Tambahnya, meskipun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan akan mengkaji kandungan kursus, namun pemuda FeCAM tetap mahu BTN ditutup kerana ianya bercanggah dengan konsep 1Malaysia Najib.
"Oleh itu, Perdana Menteri perlu menutup semua kursus BTN dan membentuk jawatankuasa baru yang terdiri daripada para pemimpin, ahli akademik dan ahli masyarakat bagi benar-benar mempromosikan semangat patriotisme," katanya.
Selain itu, para jurulatih daripada BTN juga tegasnya perlu dirombak dan hanya mereka yang memenuhi kriteria saling hormat antara kaum sahaja perlu dipilih menjadi jurulatih.
1 comment:
cuba ingat balik asal usul kejadian manusia.. jangan ler dok kata korang ikut sedap mulut dan hati.. tak takut mati ko.. cuba selami diri sendiri betulkah aku.. perjalanan aku.. aku sembahyam dah.. keluar zakat semua kau baut.. tapi dok ngata korang (umpat ) tak terlepas dari hati dan mulut.. macam mana kata berjuang.. jadilah muslimat sejati.. jangan berselindung disebali tudung dan jubah.. baik umno baik pas selagi ahli2 tu mengucap dia islam.. sedara kita semua.. jgn biar agama lain memijak2 agama kita.. wslm
Post a Comment