Harakahdaily
IPOH, 5 Feb: Rakyat diseru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan ditegakkan kembali di negeri ini sementara rampasan kuasa jahat oleh Umno/BN ini mesti dihapuskan.Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss menggesa rakyat menolak Umno/BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. Beliau berkata, Umno/BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.
Katanya, Pemuda PAS negeri bersama seluruh rakyat yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Umno/BN yang sepatutnya mendahulukan rakyat.
Tambahnya, selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas, kerukunan hidup rakyat sudah tidak bersatu bagi memastikan keunggulan negeri diletak di tempat yang sebaik-baiknya.
Pemuda PAS Perak juga, ujarnya merasakan bahawa tahap demokrasi di negeri ini telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut.
Justeru, tambahnya, keputusan siapa menteri besar pada 9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di negeri ini.
“Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rampasan kuasa ahli jawatankuasa masjid yang telah dipelapori oleh Umno turut menambah luka kerukunan hidup rakyat di kalangan orang Islam
Katanya, Umno cuba menjadikan masjid sebagai pentas politik tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah setempat.
Pihaknya juga mendakwa kedudukan ekonomi di negeri ini terjejas teruk kerana usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya dilakukan oleh kerajaan BN.
Katanya, walaupun telah diumumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu kerana jelas bahawa tahap ekonomi negeri masih rendah.
2 comments:
siapa yang jahat ni.....masih tak boleh nilai ke...kan pembgkg yg memerintah sekarang ni di selangor ,penang ,kelantan ,kedah......mengenai perak adatlah org lompat parti bukan baru isu ini dari zaman tokkadotdah kalau nak main politik kena lah tahu tatacaranya jangan ingat politik ni statik atau beku....mesti ada seninya...itulah seninya diperak tu...tak salah .....ini baru sikit...cabaran akan datg banyaklagi jangan terkejut bersedialah....doktor lihatlah apa dah jadi dinegeri diperintah pembgkg..ada mata lihat ada telinga dengar ada mulut bukan untuk fitnah.....ada blog berilah info yang berguna pada rakyat bukan cerita dongeng ..ibarat hikayat seribu satu malam.......kan you org terpelajar......lu pikirlah sendiri.......(KATA NABIL...)sian dia,..
nak mengutuk orang ja..
kalah buat cara kalah la
Post a Comment