Monday 26 April 2010

Malaysia membelakangkan Mufti

1.Seketika negara kita dihebohkan oleh satu keputusan kabinet untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Antara Agama dimana ianya dipengerusikan bersama oleh Dr Koh Tsu Koon dan Hajjah Illani Ishaq .



2. Objektif yang diberikan sebagai alasan penubuhan Jawatankuasa ini ialah untuk menjadikannya ia sebagai satu wadah yang boleh menyelesaikan apa jua permasaalah dan kekeliruan yang timbul antara agama dalam negara ini .



3. Turut dijelaskan bahawa Jawatankuasa ini tiada komitmen peraturan atau undang - undang yang mengikat melainkan ia hanya satu jawatankuasa yang berupa forum atau dialog untuk mencari titik penyelesaian antara agama .



4. Baru - baru ini pula kita saksikan bagaimana mufti - mufti membantah tindakan kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa tersebut . Akhirnya kerajaan bercadang untuk memberi penjelasan kepada mufti - mufti kenapa jawatankuasa ini perlu ditubuhkan . Apa yang menarik , jelas kita lihat sikap UMNO yang seringkali membelakangkan mufti dalam mengambil keputusan terutama dalam perkara yang melibatkan kepentingan agama Islam dan ummatnya .



5. Pihak mufti telah mencadangkan agar nama Jawatankuasa ini ditukar kepada suatu nama yang lain agar ia tidak memberi maksud yang mengelirukan ekoran sebelum ini telah wujud satu pertubuhan yang hampir sama dengan jawatankuasa antara agama sekalipun mempunyai matlamat yang berbeza iaitu IFC .



6. IFC sebelum ini dengan segala tindakan dan tuntutan mereka telah menimbulkan rasa tidak selesa dari kalangan ummat Islam terutama berkait dengan isu murtad dan menyamaratakan agama . Kini Jawatankuasa antara agama ditubuhkan oleh pihak kabinet dan sedikit sebanyak ia menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam .



7. Asasnya saya bersetuju dengan cadangan pihak mufti agar nama jawatankuasa tersebut ditukar kepada satu nama lain yang lebih jelas membawa matlamat dan objektif yang mahu dicapai sebalik penubuhan jawatankuasa tersebut . Mungkin Majlis Dialog Antara Agama atau Majlis Dialog Peradaban dan sebagainya lebih mengelak kekeliruan yang timbul .



8. Saya dan rakan - rakan pemuda PAS yang lain tidak bermasaalah dengan sebarang dialog dan perbincangan silang budaya , silang agama dan peradaban dalam usaha mengatasi segala salah faham dan kekeliruan timbul serta menamatkan segala prasangka yang hanya meletakkan kedudukan penganut pelbagai agama dalam negara ini dalam keadaan tegang dan bermusuh .



9. Malah agama Islam sendiri menggalakkan penganutnya berbincang , berdialog dan elakkan permusuhan bahkan apa yang diajar ialah membina kesejahteraan , keadilan dan kedamaian khasnya dalam masyarakat majmuk disamping kesucian agama Islam terus diperlihara dan tidak dipersenda .



10. Segala kekeliruan dan rasa sengketa antara satu sama lain hanya dapat diatasi apabila semua pihak mengambil langkah penyelesaian dengan :





•tenang tanpa gopoh dalam tindakan ,

•tindakan berasaskan kebenaran hujjah ,

•saling hormat menghormati ,

•jauhkan diri dari sebarang provokasi ,

•berbincang dalam menyingkap kekeliruan .





Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 12:28 1 comments Links to this post

Saturday, 17 April 2010



Kerajaan Malaysia Agent Israel



1. [ Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .



2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta setahun yang lepas sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .


3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.



4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain [ sementara negara - negara Islam tersebut masih berdialog dalam pendekatan mereka mencari penyelesaian isu nuklear Iran] apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .



5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .



[ sedang Iran masih patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ]



6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China yang menetang tindakan Amerika ke atas Iran termasuk Ahli majlis Keselamatan PBB yang lain seperti Brazil dan Lubnan dijangka mengambil sikap yang serupa apabila Malaysia  secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .



7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .



8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa [ APCO Worldwide ] , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah






Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]


Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan


Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ] .



9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .



10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .



Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

1 comment:

Mohd Syahiran Muhammad said...

Slm Ziarah YB :) smga di kuat kn jiwa tok truskan perjuangan nih :)