2 Jun 2010
Sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang mengemukakan kertas kabinet berkenaan pembangunan Kg Baru dengan cadangan membuka peluang 40% kepada kaum bukan Melayu adalah amat dikesali. Rata-rata pemilik dan pewaris aset-aset Kg Baru tidak bersetuju dengan cadangan ini. Pendirian menolak cadangan ini bukanlah bersifat perkauman tetapi adalah merupakan satu pendirian tegas pemilik dan pewaris dalam mempertahankan Kg Baru sebagai satu-satunya aset Melayu Islam dalam kawasan di tengah-tengah Kota Metropolitan KL.
Selama 110 tahun pemilik dan pewaris mempertahankan Kg Baru meski pun dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit disekelilingnya, tiada sebab untuk mereka melepaskan pegangan kerana kelemahan kerajaan yang memerintah. Mereka lebih rela membangunkan Kg Baru dengan cara dan kemampuan sesama mereka sendiri daripada aset yang penuh sejarah dan sangat berharga ini dilepaskan sebahagian atau mungkin juga akhirnya terlepas langsung kerana tidak mampu bertahan dengan himpitan pembangunan dan tawaran wang ringgit yang lumayan.
Ramai yang melihat cadangan 60:40 ini menyerlahkan kegagalan kerajaan Pusat yang diterajui UMNO/BN. Kegagalan pertama adalah kegagalan untuk mempertahankan satu-satunya kawasan atau kampung yang 100% milik Melayu Islam walau pun UMNO selamanya mengaku sebagai pejuang dan juara Melayu. Tunjukkan dimana ditengah-tengah Kota Metro KL yang boleh dikatakan kemegahan dan kepunyaan Melayu Islam, mungkin ada beberapa buah seperti Maju Junction; sedangkan UMNO menerajui Kerajaan Pusat selama hampir 53 tahun. Kegagalan kedua ialah UMNO mengakui bahawa tanpa kaum Bukan Melayu orang Melayu tidak boleh maju, tidak mampu membangunkan kampung sendiri, tiada daya upaya untuk berdiri-sendiri dengan lebih bermaruah.
Malang sekali kerana maruah Melayu diperlekehkan oleh tidak lain tidak bukan oleh UMNO yaang tunjang perjuangannya adalah Melayu, Apakah kerajaan begitu sengkek sehingga tidak mampu menyediakan satu dana yang sewajarnya untuk membangunkan sebuah Kg Tradisi ditengah-tengah KL. Kemana lagi orang Melayu mahu dipinggirkan, ke Flat mana, ke Pangsapuri mana lagi sambil berputih mata melihat tanah mereka tergadai, Mungkin Menteri WP akan mengatakan kita kena bersiakap realistik, jangan emosional dalam isu Kg Baru ini. Apakah tidak realistik untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah Melayu ini yang diwariskan oleh Kerajaan British sebelum merdeka.
Sekali lagi disini saya menggariskan beberapa perkara dasar yang perlu diberi perhatian dalam proses Pembangunan Kg Baru:
1- Pembentukkan Badan Amanah yang disertai oleh wakil-wakil dari setiap kampung dalam Kg Baru, wakil penjawat MAS, wakil NGO-NGO dan individu yang diiktiraf oleh anak-anak Kg Baru, wakil dari pihak kerajaan iaitu DBKL, KWPKB, JPM dan Wakil Rakyat Titiwangsa.
2- Penubuhan Konsortium Pemaju yang terdiri dari pemaju-pemaju kalangan anak-anak Kg Baru bagi memastikan kebertanggung-jawaban yang tinggi terhadap kelangsungan pembangunan yang boleh juga diterajui GLC seperti Tabung Haji yang menjaga kepentingan Melayu Islam.
3- Dana Khas yang sewajarnya dari Kerajaan Pusat dengan itu tidak perlu penglibatan pihak swasta mahupun pelabur-pelabur asing bagi memastikan pemilikan yang berterusan dan bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan pewaris akan pengekalan aset mereka.
4- Memastikan pemilikan 100% kekal ditangan Melayu Islam tanpa kompromi.
5- Pembangunan mesti mengambil kira pembangunan yang berimbang antara pembangunan fizikal, mental dan spiritual. Pembangunan yang tidak diurus dengan amanah dan jujur akan melahirkan bangunan-bangunan konkrit yan diisi oleh keruntuhan akhlak, kebobrokan budaya dan kepincangan sosial.
6- Masjid Kg Baru hendaklah menjadi nadi pembangunan bagi memastikan pemusatan terhadap Aqidah dan Syariah Islam itu menjadi agenda utama.
7- Pembangunan yang menjurus kearah Kg Baru sebagai Pusat Sehenti Melayu dimana segala-segalanya berkenaan Melayu ada diwakili disini termasuk dari konsep arkitek, buadaya, ekonomi, sosial dan kesenian serta sejarah Melayu.
Adalah diharapkan Menteri Wilayah Persekutuan konsisten dengan kenyataan dan tindakan beliau untuk tidak mempolitikkan isu pembangunan Kg Baru. Pembangunan Kg baru mampu diteruskan sekiranya ada keikhlasan, kejujuran, amanah dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.
Dr Lo'Lo' bt Datuk Hj Md Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
yb.drlolo@gmail.com
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago
4 comments:
I think you shouldn't oppose for the sake of opposing because you are opposition. There are a lot of benefits for the landowners of Kg Baru if the area is allowed to be developed. As it is now, the property prices there are just maybe RM200 to RM300 per square foot. If the area goes commercial and non-Bumiputras are allowed to participate in the development, property prices could shoot up to close to RM1,000 per square foot and thus benefiting a lot of Malay families. You should not be parochial about this because you are Pakatan Rakyat where ethnicity does not matter.
hari ni dalam paper utusan ada penduduk kampung baru buat kenyataan dr menipu konon nak jadi juara terhadap mereka
padahal dr tak pernah pun turun padang ke sana dan tiba-tiba sibuk nak buat-buat ambil berat mengenai mereka bila kerajaan bercadang nak majukan kampung baru.
jadi,siapa yang sebenarnya suka mempolitikkan ni?
Satria Asia, Saya sudah katakan kenyataan saya tdk berdasarkn prkauman. Ini masalah tanah org Melayu yg mereka pertahankn selama 110 tahun. Kenapa mrk tdk dberi peluang utk bangunkn sendiri tanah mereka? Apakah bgitu lemahnya Melayu ni sampai nk bangunkn tanah sekangkang kera d tgh2 KL pn takmampu. Dimana kekuatan n kewibawaan kerajaan yg diterajui umno jika nk bangunkn KgBaru pun tak mampu n perlu dbuka kpd pelabur asing n bukan Melayu? Saya malu jadi orang Melayu jika KgBaru dgn anak2 KgBaru sendiri ramai yg dah berjaya jadi korporat tp nk bangunkn Kg sendiri pun tak mampu.
Kpd anonumous:
Tk atas maklumat tsb. Biarlh satu dunia tahu nilai berita utusan yg bukan shj memutar belitkn fakta malah mnyokong knyataan penipu besar tsb. Kelakarnya saya tidak turun Kg Baru sedangkan satu dunia tahu Pusat Khidmat saya di Kg Baru di Jln Raja Muda Musa. Kesian kpd orang tersebut, saya ingin mnjemput dia datang ke Pusat Khidmat saya. Saya boleh hantar pembantu saya Asri yg juga anak KgBaru utk ambil penama tersebut dgn kereta rasmi saya dtg ke pusat khidmat saya. saya akan tunggu dia dan layan dgn jamuan makan tengahari/makan malam. Malah boleh panggil wartawan utusan utk buat liputan, walaupun saya boikot utusan, tp kali ini sy sanggup ketepikn boikot tsb. Sape2 yg kenal yg buat kenyataan d utusan tu atau wartawan utusan sendiri sila hubungi pejabat saya 0326980025 atau Asri 0123921148
Why cant i a chinese buy the property at kg baru??? Pakatan Rakyat is sponsoring equality and all the race have the same right,therefore why must you againts the proposal in letting those non-malay to join in?? Are you bias and yourself dont follow the path of equality??
Why must you say it is a Land that belongs to MALAY and must not be transfer to Non-Malay?? It is a prejudice statement and i stand againts what you say in your statement..
If we the Non Malay can afford to develop the land then please let us do it..
Like you say equality mean freedom in economy.. God create human equal in nature,including your Allah. Now you have become MORE MALAY THAN A MUSLIM.
I'm a little bit disappointed in you.
Furthermore a friend of mine told me that there is A MOTHER to a child that need money for operation.. she already inform YB Khalid Samad.. better for you to go and help that child.
tq for reading this arguement..
Post a Comment