Program Permata Negara yang dikatakan akan diambil alih oleh Kementerian Pelajaran tahun depan iaitu Mac 2011 diumumkan akan ditangguhkan hingga Bulan Januari 2012. Lagi satu keputusan dan kenyataan kerajaan yang 'flip-flop'. Menurut RM yang merupakan Pengerusi Program Permata, penangguhan ini terpaksa dilakukan untuk membolehkan pindaan dibuat keatas Akta Pelajaran 1996 dan Akta Pusat Asuhan 1984. Tanpa pindaan Kementerian Pelajaran tidak ada kuasa untuk untuk ambil alih Program Permata - Pulak dah, siapa yang asaskan Permata, kenapa pula nak ditolak ke Kementerian Pelajaran sehingga terpaksa buat pindaan akta-akta berkaitan. Masa diasaskan tidak difikirkan ke program jangka panjangnya. Atau apakah mungkin Menteri Pelajaran tidak berminat untuk tanggung biawak hidup sebab ini 'pet project' RM isteri PM, kenapa pula Menteri Pelajaran dipaksakan satu program yang tidak pernah datang dari Kementerian sendiri.
Dalam kenyataan yang sama iaitu ms 13 NST hari ini Rabu 23 Jun 10, RM menambah Kementerian Pelajaran dan Kementerian Wanita,Keluarga dan Pembangunan Masyarakat akan berbincang bagaiman untuk menyelaraskan Program Permata - Ni lagi tambah mengelirukan sebab 2 buah kementerian pula dilagakan untuk menanggung kepincangan Program Permata. Pening Menteri Pelajaran TS Muhyiddin Yassin menjawab pertanyaan bertubi2 dari Ahli2 Parlimen dari PR. Dari 'body language beliau nampak sangat ke'rimasan'nya dalam menjawab asakan bertubi2 tersebut.
Bayangkan dari pihak kerajaan sahaja ada 4 program pra-sekolah diwujudkan iaitu Tadika Kemas, Tabika Perpaduan, Pra-sekolah Kebangsaan dan projek elit Program Permata. Semuanya dibawah kementerian yang berbeza-beza. Tadika Kemas dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tabika Perpaduan dibawah Kementerian Perpaduan, Pra-Sekolah dibawah Kementerian Pelajaran dan Program Permata dibawah RM.
Kemana hala tuju pendidikan Pra-sekolah Kerajaan, adakah satu kajian sudah dibuat untuk melihat keberkesanan program2 tersebut berbanding dengan kos yang diperuntukkan. Sudah tentu kita tidak mahu berkira jika kos yang dibelanjakan benar2 100% memberi munafaat kepada anak-anak generasi kita. Apa yang kita bimbangkan kita tidak berkira tapi ada orang akan berniaga dan buat untung RM dari program2 tersebut.Sebagai maklumat, dalam bajet 2010 yang telah diumumkan hujung tahun 2009 sebanyak RM100juta diperuntukkan bagi Program Permata. RMK10 pula menambah RM36juta lagi. Ini nilai yang sangat besar dan perlu dikendalikan dengan amanah apatah lagi melibatkan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara kita Malaysia.
Rakyat berhak untuk mendapat maklumat yang telus dari pihak kerajaan.
Dr Lo'Lo'
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
Persekolahan dan Peperiksaan: Kawan Atau Lawan?
-
Petikan Podcast What Now Jom Ah Lepak bersama Syed A Haikal, dengan
kerjasama Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) Memahami Peranan dan
Nilai Peper...
1 hour ago
1 comment:
Assalamualaikum DR Lo'lo',
Saya juga merasa curiga program Permata Negara ni, jadi saya harap YB2 Pembangkanglah yang membetulkanya kalau ada yang tidak betul.Kritik untuk kepentingan raayat bukan untuk kepentingan Pakatan Raayat.
Kalau duk berkokok je buat habis ke beras je.Nanti orang kata cakap berdegar-degar tahi lekat celah gelegar.
Salam hormat,
Awang Besut
Post a Comment