Soalan Lisan
1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah dua lagi konsep daripada tiga yang telah dipersetujui kabinet melalui kertas cadangan yang dibawa KWPKB selain daripada penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru seperti yang dilaporkan media serta pihak manakah yang akan terlibat menganggotai perbadanan tersebut dan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu konsortium pemaju dan akan menyediakan dana khas seperti dana untuk NCER, ECER dan Wilayah Iskandar yang akan membantu pemilik-pemilik hartanah Kampung Baru terlibat secara langsung dalam rancangan pembangunan ini.
2. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan tentang notis pemindahan penghuni Kuarters Kerajaan sekitar Jalan Peel dan Jalan Cochrane yang dibuat tergesa-gesa pada bulan Mei yang lalu serta apakah pembangunan yang akan dibuat dikawasan hartanah tersebut, syarikat mana yang akan membangunkan, berapa kos tanah satu kaki persegi, adakah proses tawaran melalui tender terbuka dan status proses jual beli serta langkah-langkah diambil supaya kakitangan kerajaan tersebut dipindahkan sementara sekitar kawasan kuarters seperti di PPR Laksamana atau PPR Perkasa yang berdekatan.
3. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menjelaskan mengapa permohonan dan rayuan dari Pengurusan Gudwara Sikh Tatt Khalsa Diwan Selangor di Jalan Raja Alang berhubung dengan gangguan dari gerai-gerai pasar malam dan pasar pagi , kekotoran dan bau busuk dari tong sampah besar Pasar Chow Kit di sebelah Gudwara dan di kiri pintu masuk Jalan Raja Bot serta halangan dari kenderaan yang diletak di hadapan pintu-pintu masuk Gudwara tidak diambil tindakan sedangkan aduan-aduan telah dibuat sejak Tahun 2003 lagi.
4. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Pelan Tindakan Kerajaan untuk mengurangkan kebanjiran pendatang asing yang semakin menjadi-jadi dimana mereka berniaga tanpa lesen atau dilindungi warga tempatan dan persatuan peniaga, bekerja di sektor-sektor ‘barisan hadapan’ yang mengurang peluang pekerjaan warga tempatan, menguasai kampung-kampung dan penempatan orang tempatan serta melakukan gangguan dan jenayah seperti yang berlaku di Kampung Pandan, Kg Dato Keramat dan Kg Baru terutama di Chow Kit, Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot.
5. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bilakah Pelan Draf KL 2020 akan diwartakan serta apakah saranan yang diberikan oleh Public Opinion Hearing Committee dan bilakah saranan ini akan ditunjukkan kepada umum khususnya wakil-wakil rakyat, NGO-NGO dan badan-badan tertentu yang terlibat secara langsung untuk maklum-balas serta pandangan.
6. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah KPI bagi DBKL dan juga apakah sasaran DBKL untuk meningkatkan kualiti kerja kakitangannya pada tahun 2010 dan akan datang bagi menjadikan pengurusan sampah KL bertaraf kelas dunia, menjadikan KL bandaraya yang selamat, bandaraya yang sejahtera tanpa kesesakan lalu-lintas, pengurangan kadar kemalangan jalan raya dan banjir, memastikan alam sekitar yang terpelihara, menurunkan kadar jenayah serta menangani masalah sosial.
7. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengapakah kerajaan kurang memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera dari segi tanah tapak rumah, peluang pekerjaan, lesen perniagaan, skim khas seperti tambang murah bas, keretapi dan kapal terbang serta juga pencen khas bagi semua bekas tentera yang telah berkhidmat semasa darurat memerangi pengganas komunis sehingga tahun 1969 berbanding dengan pemain-pemain sukan yang banyak dapat penghargaan.
8. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kenapakah pemain-pemain sukan kita kurang kesungguhan dan stamina, kurang daya tahan dan kekuatan mental berbanding dengan pemain-pemain lawan terutama setelah mendapat pengiktirafan dan penghargaan samada dalam bentuk wang ringgit, hartanah dan gelaran.
9. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah keperluan anggota Tentera Malaysia yang tinggal di kem-kem tentera, isteri atau suami tentera dan pekerja-pekerja biasa dalam kem seperti tukang masak dan lain-lain mengundi secara pos serta apakah ada usaha dari SPR untuk memastikan pengundi-pengundi pos tidak pula mengundi secara awam.
10. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan insuran khusus kepada perokok dan insuran ini mungkin berbeza bagi mereka yang telah berkeluarga dan tidak berkeluarga serta mereka diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali yang mana kos perubatan perokok dan ahli keluarganya akan ditanggung oleh insuran khusus ini.
Soalan Bertulis
1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah status pemindahan penduduk Kg Kerayong dan Indian Settlement, Projek yang akan dijalankan di atas hartanah-hartanah tersebut, juga usaha-usaha memastikan pemilikan tetap diwarisi penduduk asal dan peneroka Bandar. Apakah perancangan DBKL untuk menangani permasalahan Sekolah Tamil yang akan kekurangan murid dan juga penduduk-penduduk yang akan kehilangan pekerjaan jika berpindah.
2. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Majlis Raja-Raja mempunyai peruntukan untuk menyelaraskan pemberian gelaran-gelaran Kebesaran bagi sesebuah negeri dan persekutuan bagi menjaga kualiti gelaran dan anugerah yang diberikan serta merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada yang benar-benar layak sahaja.
3. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menjelaskan status permohonan penduduk di PPR Desa Rejang yang memohon untuk mewujudkan Rumah Ibadat dan Tempat Pengurusan Jenazah bagi kaum bukan Islam dan juga permintaan untuk menambah dan menaik-taraf jumlah lot-lot pasar basah, penyediaan pasar berbumbung serta lain-lain kemudahan.
4. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos iklan dan promosi 1Malaysia yang kerajaan telah belanjakan atau telah peruntukkan serta siapakah pengarah-pengarah syarikat yang dapat kontrak iklan dan promosi samada media cetak atau eletronik bagi 1Malaysia dan setakat ini apakah kesan 1Malaysia kepada kesatupaduan kaum.
5. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah Laporan Bank Negara selalu mengumumkan rizab emas dalam nilai USD dan ianya sentiasa kekal 0.4 bilion serta kenapa rizab emas tidak dinyatakan di dalam kuantiti berat dan kenapa tidak diwujudkan satu badan audit supaya rizab emas itu benar-benar diketahui.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago
7 comments:
Bismillahirahmaanirahiim
SUATU BANGSA YANG TIDAK MENGUASAI TANAHNYA, AIRNYA, APINYA, ANGINNYA (alam sekitar dan komunikasi) bahasanya maka bangsa itu adalah BANGSA yang BANGSAT. ~Aq
Salam Dr. Lo' Lo',
Saya ucapkan tahniah kepada Dr. kerana telah meyuarakan beberapa isu berkaitan rakyat. Keprihatinan Dr. amat saya hargai. Saya amat tertarik dengan isu mangsa-mangsa skim cepat kaya yang mana tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan. Sepatutnya akaun syarikat yg telah menipu itu dicairkan dan pulangkan duit-duit mangsa. Kebanyakkan mangsa adalah dari golongan bawahan penjawat awam. Saya berani berkata demikian kerana golongan inilah yg paling senang membuat pinjaman. Tp malang sekali, apabila tertipu, hidup terbeban dgn hutang. Saya berharap Dr. akan terus berjuang utk mereka agar duit mereka dpt dipulangkan segera..
p/s - bukan sedikit, berjuta-juta tu..
InsyaAllah saya akan terus bawa isu2 n permasalahan2 rakyat. Saya ucap terima kasih atas info, saya sangat menghargai. Sila email saya yb.drlolo@gmail.com fax/fon 0326980025
InsyaAllah saya akan terus bawa isu2 n permasalahan2 rakyat. Saya ucap terima kasih atas info, saya sangat menghargai. Sila email saya yb.drlolo@gmail.com fax/fon 0326980025
InsyaAllah saya akan terus bawa isu2 n permasalahan2 rakyat. Saya ucap terima kasih atas info, saya sangat menghargai. Sila email saya yb.drlolo@gmail.com fax/fon 0326980025
Salam Dr. Lo' Lo',
Saya berharap Dr. dapat akses ke kertas2 siasatan pihak Bank Negara berkenaan kes2 yg masih dlm siasatan mereka. Apa status terkini, sehingga sekarang sunyi sepi tidak seperti kes Swish Cash yg menang (pihak pendakwaraya gagal membuktikan mereka bersalah) dan duit pelabur dipulangkan (ini apa yang saya dengar).
Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih. Selamat berjuang, semoga Allah merahmati dan membantu Dr. atas pejuangan Dr. membela rakyat yang tertindas.
Wassalam..
Post a Comment