Friday 30 July 2010

Saya menerima hantaran dalam Fb bertanya kenapa saya hanya ada Pusat Khidmat di Kg Baru dan tidak d Dato Keramat dan Zon Pandan. Ini jawapan saya untuk dikongsi pengunjung blog:

Mampuke ahli parlimen dr Pakatan Rakyat nak cover 2-3 pusat khidmat. Yg satu ni pun semput nk cover. Sebulan tidak kurang RM 10,000 dr duit elaun ahli parlimen yg digunakan utk menampung operasi PKWR dll kegunaan utk kebajikan rakyat. Duit gaji langsai setiap bulan. Nak korek kat mana lagi?

Duit EPF RM 100k pn dah habis utk menampung perbelanjaan yg setiap bulan defisit. Untuk Bulan Ramadan sahaja saya perlukan RM 100,000 untuk sumbangan2 dan program berbuka puasa bersama rakyat. Inilah rakyat tidak tahu kezaliman dan kejahatan umno bn.

Duit peruntukan ahli parlimen sebanyak RM 1 juta setahun (baru2 ni PM tambah lagi RM 500k) diNAFIkan drpd semua wakil2 rakyat PR. Tak pasal2 ketua bahagian umno yg dapat dan derang belasah duit rakyat - unaudited / tanpa audit. Ni pun rakyat masih sokong.

Kalau RM 1 billion pun Ling leong sik boleh TIPU dan disokong kabinet Mahathir (kalau menteri2 kabinet tak sedar kena tipu 1 billion tu memang super duper penipulah tu) inikan pula setakat poketkan RM 1.5juta duit peruntukan khas ahli parlimen.

RAKYAT TOLONGLAH SEDAR dan BUKA MATA HATI masing2.

Kalau saya diberi peluang mengurus RM 1.5juta peruntukan khas tersebut, memang banyaklah yg saya boleh buat di TW dan saya akan buka pusat khidmat di semua zon2 ie dato keramat dan kg pandan.

JOM BERI KAMI dari Pakatan Rakyat peluang untuk menerajui Negara. Kalau PR gagal / tidak amanah boleh tukar balik.

Barulah rakyat ADA KUASA menentukan NEGARA diurus-tadbir dengan betul dan menteri2 serta wakil2 rakyat TAKUT dgn rakyat dan bukan rakyat takut dgn mereka.

Jom ubah demi maruah!



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

No comments: