Wednesday 4 May 2011

Baru 2 minggu ditambak ..Tanah mendap berulang lagi ( terbaru )

Kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi berulang lagi walaupun kerja penambahbaikan telah dilakukan dua minggu lepas..

Selepas kejadian saya selaku Wakil Rakyat Titiwangsa ditohmah kerana dikatakan tidak buat apa-apa mengenai tanah masalah tanah mendap. Perkara yang patut kita semua tahu bahawa tanah mendap hendaklah diperbaiki dan bukannya boleh dilaungkan dengan kata-kata.Saya telah berada di Kawasan Tanah Jerlus sejak hari kedua kejadian.Pd hari pertama masa banjir saya kurang sihat tapi wakil saya telah sama2 mengharung air banjir.

Berbalik kpd isu Tanah Jerlus JPS sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap aliran air di bawah tanah telah mengambil tindakan yang betul dengan melantik kontraktor di bawah AP 55 (Arahan  Perbendaharaan 55) bagi kerja-kerja segera (darurat) untuk memasukkan sand bag atau geo bagi menambak kawasan mendapan bagi mengelakkan ia terus terhakis, mendap dan menjejaskan struktur dan kestabilan bawah tanah.

Perkara ini tidak perlu dipolitikkan dan JPS akan membuat kajian lanjut mengenainya. Saya dapati pada hari ini (4/5/2011) kawasan terbabit terus mengalami mendapan kerana terdapat pergerakan di bawah tanah walaupun kawasan tersebut telah dipenuhi dengan sand bag yang yang diperkuatkan dengan geo grid oleh kontraktor terbabit.Menurut sumber JPS yg saya hubungi,mereka akan memadatkan kawasan tanah jerlus tersebut dgn tambahan sandbag geogrid.

Pada pandangan awal saya, mendapan terbaru ini perlu dikaji oleh pihak JPS kerana ia dibimbangi akan merebak ke kawasan lain memandangkan faktor cuaca hujan lebat yang kerap sejak akhir-akhir ini. Memandangkan sand bag adalah hanya merupakan temporary works sahaja suatu tindakang segera perlu dilakukan oleh pihak JPS bagi menyiasat dengan lebih terperinchi.

Saya juga ingin menarik perhatian pihak JPS bahawa seperti yang penah saya sebut sebelum ini agar mengambil tindakan menggantikan brick manhole yang terletak di kawasan mendapan  hari ini digantikan segera dengan precast manhole bagi mengelakkan ia runtuh akibat mendapan dan lateral force diluar jangkaan.

Saya berharap semua pihak mengambil perhatian mengenai perkara ini dan bukan hanya mempolitikkan bantuan sumbanagn kepada mangsa melalui Yayasan Wilayah Persekutuan tetapi turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa. Sepatutnya bantuan oleh sebuah yayasan tidak dipolitikan dan mencari merit politik dengan kesusahan yang dihadapai oleh mereka yang terlibat












Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

No comments: