Wednesday, 28 October 2009

Kenapa jual nama YB?...

Pengurus Penguat kuasa DBKL ambil tindakan ke atas peniaga durian yang berniaga atas kaki lima antara Pasar Keramat dan Sek. Keb. Dato Keramat pagi tadi. Yang tak sedapnya Pengurus Penguat DBKL memberitahu peniaga-peniaga tersebut mereka bertindak atas arahan YB, ini adalah sikap yang berniat jahat & cuba buruk nama YB atas tindak tanduk mereka. Sedangkan YB meminta DBKL mengambil tindakan ke atas PENIAGA durian INDON yang berniaga atas kaki lima & atas di JLN RAJA BOT & JLN RAJA ALANG, bukan di Keramat. walau bagaimanapun dalam laporan audit DBKL ditegur teruk kerana tidak mengambil tindakan atas PENIAGA-PENIAGA HARAM. Sangat tak patut penguankuasa DBKL mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang buat salah kemudian bagitau YB yang suruh. BUKANKAH ITU TANGGUNGJAWAB DBKL???....Lakukanlah tugas itu dengan IKHLAS...
Gerai durian di kaki lima antara Sek. Ren. Keb. Datok Keramat dan Pasar Keramat
Gerai-gerai durian yang dijual di kaki lima Pasar Keramat

Tuesday, 27 October 2009

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat

Izwan Abdul Halim. izwan@harakah.net.my Mon | Oct 26, 09 | 6:27:41 pm MYT
ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya. Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat. "Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat. "Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA. "Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi. ImageMenurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat. Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka. Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi. Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali. Sumber: HarakahDaily.net

Perjumpaan dengan Penduduk PPR Desa Rejang

PERJUMPAAN DGN PENDUDUK PPR DESA REJANG DENGAN WAKIL YB DAN PEGAWAI2 DBKL pada Sabtu malam Ahad 23 Okt 2009. Saya tidak hadir malam tersebut kerana agak kurang sihat. Namun begitu kebanyakan permasalan yg dibangkitkan oleh penghuni2 PPR tentang penjualan unit2 PPR oleh DBKL adalah lebih kurang sama. Perkara ini akan dibangkitkan dalam surat sokongan saya terhadap memo2 yg dikemukakan penduduk dan bakal penghuni PPR. Dr Lo'lo'

Monday, 26 October 2009

Selesai melalui prosedur perlembagaan - Presiden PAS

Harakahdaily Mon | Oct 26, 09 | 9:51:06 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata isu yang sedang melanda parti itu sekarang akan diselesaikan melalui cara yang termaktub dalam perlembagaan parti itu dan bukannya melalui saluran media. Sehubungan itu, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat bersabar dan bertenang berdepan persoalan dalaman yang sedang melanda PAS.
"Saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.
"Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya," kenyataan beliau dipetik.
Menangani persoalan terbaru itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk mengatur mesyuarat dalam masa terdekat.
Sehubungan itu PAS pusat akan mengadakan satu sidang media jam 11 pagi ini bagi menyatakan pendirian terhadap desakan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan muktamar khas bagi menyelesaikan masalah kepimpinan parti.
Nik Aziz jumaat lalu membuat desakan itu dalam laman blognya sebagai memberi respon terhadap analis Penyarah Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr. Aziz Bari yang disiarkan dalam sebuah akhbar minggu lalu yang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan.
KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Image

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Sumber: HarakahDaily.net

Adun BN mengaku bakar jentola

Salmah Mat Husein Sun | Oct 25, 09 | 4:59:26 pm MYT
KOTA BHARU, 25 Okt: Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka. Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat." Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini. Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini. Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah. Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata �bila tuduhan tentu tidak ada bukti�. Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa. (PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.) Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat. _ Sumber: HarakahDaily.net

Sihat Jasmani

RIADAH PAGI AHAD DI TAMAN TASIK DATO KERAMAT ....yg di tengah2 tu suami tercinta Dr Amin yg sentiasa menyokong usaha2 saya selaku wakil rakyat utk melahirkan masyarakat TW yg sihat, aktif dan sentiasa sama2 menjaga kesejahteraan diri dan keluarga. TTDK ini baru shj disiapkan atau 'disembuhkan setelah berada dlm ICU' lebih 3 tahun. Berapa kos yang telah terpaksa setelah projek ini terbengkalai sekian lama. Inilah antara projek sakit di TW khususnya di Dato Keramat . Saya ada beberapa keping gambar yg memaparkan sikap TIDAK PEDULI rakyat Msia yg mencemar alam sekitar dgn membuang sampah merata2 di taman yg baru siap ni, nanti saya paparkan setelah gambar2 tu dapat saya capai. Dr Lo'lo'

Friday, 23 October 2009

ZIARAH WAKIL AHLI PARLIMEN TITIWANGSA TANDA SIMPATI KE RUMAH MANGSA TETAK

Ahli Parlimen Titiwangsa yang kini kurang sihat, telah menghantar wakil bagi menziarahi keluarga mangsa tetak yang terbunuh akibat pergaduhan di Desa Petaling ketika merayakan deepavali bersama-sama rakan-rakan

Wakil YB Ahli Parlimen Titiwangsan dan rombongan telah bergegas sekitar jam 10.00 malam bagi melakukan ziarah sebagai tanda turut bersimpati terhadap kejadian yang menimpa keluarga B. Gunalan salah seorang mangsa pada isnin 19hb. Oktober 2009.

Wakil dan rombongan YB Dr Lo’ lo’, yang di pimpin oleh Ustaz Abdullah bin Abdul Wahab selaku YDP PAS Kawasan Titiwangsa telah menemui ibubapa dan keluarga mangsa. Mereka sempat mendengar rintihan keluarga magsa yang tidak menyangka bahawa kegembiraan menyambut deepavali di akhiri dengan berita sedih yang menimpa keluarga mereka. Ketawa berganti air mata kata adik beliau kepada wakil YB. Tambah sedih kata adik ibu mangsa, mereka turut bersedih kerana abang B Gunalan kini juga sedang di rawat di wad ICU HUKM akibat turut di tikam dalam tragedi itu sambil menitiskan air mata.

Wakil YB Dr. Lo’ lo’ telah menyampaikan ucapan takziah dari YB dan menyampaikan sedikit sumbangan tanda turut bersimpati.

Turut serta dalam rombongan tersebut Major (B) Raja Lope Ahmad, Encik Abu Hassan, Puan Hasmiza dan Encik Nazih

Berita.

Titian Bara

19 tahun: Adun BN rakam tahniah pada MB Kelantan

Mohd Nor Yahya Fri | Oct 23, 09 | 6:13:15 am MYT

KOTA BHARU, 23 Okt: Kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang kini sudah menjangkau 19 tahun mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dan berharap kerajaan dapat mempertingkatkan usaha mencari pelbagai sumber pendapatan baru.

Beliau berkata sedemikian ketika membahas ucapan titah Pemangku Raja semalam.

Norzula juga berkata sehingga kini terlalu banyak jurang diadakan dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala yang sebaik mungkin di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

"Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepada saya sendiri yang kini sudah menjadi wakil Rakyat selama sembilan belas tahun,"katanya lagi.

Norzula berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS ini seharusnya mencari pelbagai usaha di samping kini berharap agar mendapat royalti minyak dari petronas dan kerajaan pusat.

"saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan tidak sahaja merangka usaha penanaman pokok depu yang mengambil masa yang lama bagi mendapat hasil,ia seharusnya memikirkan sesuatu yang membolehkan hasil yang segera kepada rakyat negeri ini,"ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) pula ketika ucapan perbahasan titah Pemangku Raja pula turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nik Aziz yang berjaya mentadbir Kelantan sehingga berusia sembilan belas tahun.

Ahmad Baihaki berkata, walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui oleh kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru, namun kecekalan dan kesabaran yang tersemat di jiwa seorang bertaraf ulama telah membuktikan kepada dunia bahawa pentadbiran sesebuah negeri maupun negara bukan sekadar terletak kepada mereka yang bertaraf doctor maupun jurutera,malah ulama juga mampu mentadbirnya.

Beliau juga telah menggariskan beberapa kejayaan PAS mentadbir negeri ini seperti berjaya membuktikan ulama juga mampu mentadbir negeri, melahirkan sebuah kerajaan yang bersih dari gejala rasuah,dapat menafikan bahawa politik dan agama berasingan di pemikiran rakyat,dapat menjelaskan bahawa bukannya umno/BN sahaja yang dapat memerintah negeri,Konsep Membangun Bersama Islam jelas menjadi panduan kepada seluruh rakyat negeri ini.

Di samping itu, Ahmad Baihaki turut merakamkan ucapan tahniah kepada ucapan sulung Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang ingin melihat Kelantan terus maju dari segi fizikal dan rohani dengan menekankan aspek pertanian dan harapan baginda agar Kelantan dapat menjadi sebuah negeri Jelapang makanan negara dan memperkenalkan konsep bertani satu ibadah.

Adun Pasir Tumboh ini juga berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan meneruskan kesinambungan sistem ini ke seluruh negeri disamping mempertingkatkan sumbangan dana kewangan kepada pondok-pondok di negeri ini.

Menyentuh kepada sektor pelancongan pula,Ahmad Baihaki berkata harapan agar dapat melihat Kelantan dikenali sebagai tempat Pelancongan Agama iaitu sesuai dengan jolokan Kelantan Serambi Mekah.

Beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan memperkasakan tulisan jawi di seluruh negeri dan memperbanyakkan papan tanda yang menerangkan terdapatnya kawasan pondok agama,masjid maupun madrasah di seluruh pelusuk negeri. _

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22940&Itemid=1

Wednesday, 21 October 2009

MACC MUST INVESTIGATE UMNO CHIEFS

Oleh Tony Pua

SPRM perlu menyiasat kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan kawasan parlimen oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ketua Bahagian UMNO

Setiap kawasan parlimen telah diperuntukkan sekurang-kurangnya RM500,000 setiap tahun dalam program penyenggaraan infrastruktur awam (PIA), infrastruktur asas (PIAS) dan projek pembangunan kecil, luar bandar kawasan parlimen (PEKA). Untuk kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional, peruntukan ini adalah dikuasai oleh ahli parlimen, manakala untuk kawasan yang dikuasai pembangkang, peruntukan ini adalah dikuasai oleh Bahagian UMNO ataupun Barisan Nasional tempatan. Peruntukan ini adalah disediakan oleh Kementerian Kewangan dan diuruskan oleh Unuit Penyelerasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Antara 93,432 projek yang telahpun diluluskan daripada tahun 2005 sehingga Nov 2008, walaupun Jabatan Audit Negara hanya membuat lawatan ke 96 tapak projek, Ketua Audit Negara telah mendapati banyak masalah dalam sekurang-kurangnya 10 projek. Antara isu terpenting yang tertimbul adalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan dan pengurusan projek yang menglibatkan UMNO Bahagian tempatan.

Misalnya, Jabatan Audit Negara telah mendapati bahawa pembinaan bumbung gelanggang futsal di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Kuala Lumpur yang siap pada Dis 2007 dengan kos RM98,372 terbazir kerana kemudahan tidak digunakan dan terdapat pokok menjalar. Begitu juga dengan pembinaan tempat duduk penonton di Taman Danau Desa, di kawasan Seputeh yang siap pada Jun 2007 dengan kos RM48,960. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa ia “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula Ketua UMNO Bahagian Seputeh pada November 2008”.

Di Taman Danau Desa, Seputeh, Kuala Lumpur, didapati 3 projek iaitu membina gelanggang tertutup bernilai RM134,463, dewan orang ramai (RM130,313) dan pusat rekreasi (RM135,653) yang telah ditawarkan kepada 3 kontraktor yang berasingan pada Sep 2007 tidak dilaksanakan. Semakan Audit mendapati ketiga-tiga kontraktor tersebut telah membina satu dewan orang ramai yang bernilai RM400,429. Gelanggang tertutup dan pusat rekreasi tidak dibina. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa “pergabungan ini dibuat atas permohonan Ketua Bahagian UMNO Seputeh”.

Jabatan Audit Negara juga mendapati bahawa bangunan orang ramai di Taman Sri Endah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang dibina dengan harga RM98,825 dan siap pada Okt 2007 tidak digunakan. Penjelasan yang diberikan adalah bahawa kemudahan tersebut “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula ketua UMNO Bahagain Bandar Tun Razak”.

Dalam satu kes lagi, satu tempat asuhan kanak-kanak dan peralatan permainan serta kerja berkaitan di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak telahpun siap dibina pada Okt 2007 dengan harga RM179,126. Akan tetapi, lawatan audit mendapati penggunaan bangunan ini tidak mengikut tujuan asal. Sekali lagi dalam penjelasan yang diberikan, “memandangkan saiz ruang yang sempit dan kegagalan memenuhi kriteria untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah menukarkan fungsi asal bangunan berkenaan...”

Kes-kes yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara di atas dengan secara langsung telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kerana penggunaan wang kerajaan telah dikuasai oleh Ketua UMNO bahagian tempatan yang tidak mempunyai sebarang berkedudukan dalam pengurusan kerajaan.

Ini juga membuktikan apa yang dinafikan selama ini, iaitu peruntukan kawasan parlimen yang tidak diwakili oleh ahli Barisan Nasional adalah dikuasai oleh Ketua UMNO Bahagian dan Kerajaan Barisan Nasional telah mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan UMNO.

*sumber: http://mt.m2day.org/2008/content/view/27968/84/

Pagi tadi banyak YB menerima sms (sistem pesanan ringkas) dari orang ramai tentang program HUJJAH di TV9 yang dipengerusi oleh Dr. Agus. YB sendiri tidak smepat mengikuti kerana ada urusan lain; Allahu Akbar -
maha dasyat pembohongan & putar belit Zamry Kadir MB HARAM Perak, di HUJJAH TV9 semalam - rakyat Perak d KL
Kepada Engkau ya Allah kami letakkan balasan di atas pembohongan dan kedurjanaan Zamry- Yeop Subang