Tuesday, 9 February 2010

Bertarung di `mahkamah rakyat' – Nizar

Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

Monday, 8 February 2010

Bubar Dun Perak - Nizar

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 8 Feb: Perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu.

"Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Kebawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula.

"Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi berjalan lancar dalam negara ini," tegasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ketika berucap dalam majlis hi-tea sempena perasmian Restoran Sup Utara Power, di sini petang semalam yang turut dihadiri Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan, Azli Yusof, Ketua Muslimat kawasan, Puan Zarina Zulkifli dan Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam, Adnan Jamhuri.

Nizar juga berharap semua lapisan masyarakat dan rakyat akan terus berdoa agar kemenangan memihak kepada kebenaran seperti dipersetujui oleh semua parti gabungan di dalam PR.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PR Perak telah melalui beberapa 'siri kesedihan' sejak setahun lalu dan fenomena itu akan terus berlaku lagi selagi mana ada pihak yang tidak mahu meletakkan kebenaran dan keadilan sebagai neraca utama di dalam kehidupan berpolitik di dalam negara ini.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah sama ada Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dijadual diumumkan oleh panel hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff selain Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya

Salmah Mat Husain & Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis) Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut. “Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini. Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat. Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut. Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya. “Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan. Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar. “Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara. “Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya. Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah. Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju. Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini. “Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya. Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang. Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak. Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya. “Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya. “Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

Friday, 5 February 2010

Munajat hapus rampasan kuasa jahat Umno

Harakahdaily
IPOH, 5 Feb:
Rakyat diseru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan ditegakkan kembali di negeri ini sementara rampasan kuasa jahat oleh Umno/BN ini mesti dihapuskan.
Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss menggesa rakyat menolak Umno/BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. Beliau berkata, Umno/BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.
Katanya, Pemuda PAS negeri bersama seluruh rakyat yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Umno/BN yang sepatutnya mendahulukan rakyat.
Tambahnya, selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas, kerukunan hidup rakyat sudah tidak bersatu bagi memastikan keunggulan negeri diletak di tempat yang sebaik-baiknya.
Pemuda PAS Perak juga, ujarnya merasakan bahawa tahap demokrasi di negeri ini telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut.
Justeru, tambahnya, keputusan siapa menteri besar pada 9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di negeri ini.
“Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rampasan kuasa ahli jawatankuasa masjid yang telah dipelapori oleh Umno turut menambah luka kerukunan hidup rakyat di kalangan orang Islam
Katanya, Umno cuba menjadikan masjid sebagai pentas politik tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah setempat.
Pihaknya juga mendakwa kedudukan ekonomi di negeri ini terjejas teruk kerana usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya dilakukan oleh kerajaan BN.
Katanya, walaupun telah diumumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu kerana jelas bahawa tahap ekonomi negeri masih rendah.

Pakatan undeterred by doubts over judiciary's independence

Wong Choon Mei
IPOH, Feb 4: With five days left to go before a crucial court decision on who is the rightful Mentri Besar of Perak, Pakatan Rakyat is stepping up preparations for fresh polls despite raging arguments over the probability of an independent ruling that is without fear or favour from the country's top court.
“As far as the law is concerned, we are 100 percent confident we are right and will win. In such a scenario, we will surely ask for an immediate dissolution of the state legislative assembly,” Perak DAP chairman Ngeh Koo Ham told Harakahdaily.
However, he acknowledged that was right and what the judges actually decided were two separate matters.
“We are not naïve. We are fully cognizant of the fact that the courts have on many occasions shown themselves to be under the thumb of the federal government - not just in Perak and not just recently but since the Mahathir days and even in cases involving Sabah and Sarawak. But we will soldier on because we believe we are in the right and most importantly, so do the Perak people,” Ngeh said.
Stubbornly clinging on
Meanwhile, deposed Pakatan Mentri Besar Nizar Jamaluddin has challenged Zambry Kadir - the Umno leader whom Prime Minister Najib Razak picked to replace him - to call for fresh polls and let the Perak people choose for themselves the government they wanted.
“Zambry is talking nonsense. He is misleading the public by saying Umno-BN can win at least 34 seats. If the BN can win just half of that, it would be amazing,” he told Harakahdaily.
There are 59 seats in the Perak legislative assembly. Umno-BN has the same number of 28 seats as the Pakatan but due to support from three Independents, it has managed to wrest control of the state government.
The coup d’etat led by Najib in February 2009 has plunged Perak into a constitutional and economic crisis. The people of the state are unhappy at manner in which the Pakatan – whom they elected into power in the 2008 general election – were pushed out and have demanded fresh elections. However, their pleas have fallen on deaf ears.
"There is about one to one and a half years before the next general election. BN would wait until then and not call for snap elections," said political analyst James Wong, who added that after going through so much trouble to topple the Pakatan government, it was more likely for the Umno-BN to put their political interests first and try to consolidate their grip on the state.
Prolonging the pain of the Perak people
Nizar, whose Pakatan coalition has promised to return the voting mandate to the Perak folk, has launched a series of legal battles to reclaim the state government. In May 2009, he was declared the rightful Mentri Besar by the High Court, but the decision was overturned by the Appeals Court.
The Federal Court is due to announce its decision on his appeal on February 9.
"If it favours Zambry, there would be continuous dissatisfaction and the opposition will continue to question the independence of the judiciary," said P Siva Murugan, dean of social studies at Universiti Sains Malaysia. "If Nizar wins, people will scrutinize his next move to dissolve the assembly as promised and if the Sultan would allow for the dissolution."
Indeed Sultan Azlan Shah has played a pivotal role in the Perak power grab. Whether he has the authority to sack Nizar and appoint Zambry without the support of a vote taken by the legislative assembly is at the center of the lawsuit filed by Nizar against Zambry, which has become popularly known as the MB vs MB case.
Meanwhile, Nizar is confident that 80 percent of the Perak people support his Pakatan government and it was pointless for Najib to prolong their pain.
“Najib can say ‘let’s wait for the next general election’. He can drag on the crisis because he may feel malu or shy to admit he was wrong and do the decent thing by dissolving the assembly now, but it is the people of Perak who will suffer the most,” Nizar warned.
“If you were to check around with the banks, you will find that most have stopped giving loans collateralized by land and property in Perak because they are worried about the legality of the transfer documents that have to be endorsed by the state authorities. Who is the legitimate state authority – that is the burning question,” said Ngeh.

Thursday, 4 February 2010

Kenyataan Nasir hasil didikan BTN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Feb: Ketua Bahagian Pemuda, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (FeCAM-Youth), Hii Yik Ping mendakwa kenyataan berbaur perkauman yang dibuat pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar pada seminar 1Malaysia di Melaka, kelmarin adalah hasil didikan Biro Tata Negara (BTN).
Beliau satu kenyataan berkata, perletakan jawatan Nasir tidak menyelesaikan apa-apa masalah namun yang lebih perlu adalah menamatkan punca didikan perkauman iaitu kursus BTN.
"Saya percaya bahawa BTN landasan yang mempromosikan perkauman, penyebab Nasir membuat kenyataan perkauman.
"Bagi membunuh punca masalah dan menyelamatkan semua, kerajaan perlu menamatkan BTN," katanya.
Nasir jelasnya adalah satu contoh daripada ramai anggota masyarakat yang telah dimangsakan oleh BTN termasuk golongan mahasiswa, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.
Tambahnya, meskipun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan akan mengkaji kandungan kursus, namun pemuda FeCAM tetap mahu BTN ditutup kerana ianya bercanggah dengan konsep 1Malaysia Najib.
"Oleh itu, Perdana Menteri perlu menutup semua kursus BTN dan membentuk jawatankuasa baru yang terdiri daripada para pemimpin, ahli akademik dan ahli masyarakat bagi benar-benar mempromosikan semangat patriotisme," katanya.
Selain itu, para jurulatih daripada BTN juga tegasnya perlu dirombak dan hanya mereka yang memenuhi kriteria saling hormat antara kaum sahaja perlu dipilih menjadi jurulatih.

Pesuruhjaya Tinggi Ghana kagumi Nik Aziz

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 4 Feb: Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia, Daniel Kwasi Abodakpi melahirkan minat untuk mengenali lebih dekat seorang pemimpin negeri yang mempunyai integriti seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata kunjungan ke sini untuk melihat hasil pemerintahan berintegriti yang diamalkan di Kelantan.
Katanya, hasil ketelusan yang diamalkan itu membolehkan pelbagai program pembangunan berjalan dengan baik.
“Pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar sekarang menjadi contoh nyata bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan.
“Tidak ada satu agama pun di dunia ini sama ada Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam boleh dilabel sebagai agama pengganas, tetapi ramai sering menyebut Islam terrorist.
“Namun saya tidak pernah percaya, Islam sejak dahulu adalah agama yang membawa tamadun dan membawa manusia mengenal sains. Malah hari ini Kelantan adalah contoh Islam bukan agama keganasan,” katanya ketika mengunjungi hormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim semalam.
Rombongan itu turut disertai Menteri Penasihat Kedutaan, Muhammed Fuseini Inusah dan Setiausaha Pertama, F.M. Brown.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai kerajaan negeri.
Daniel Kwasi berkata, kunjungannya ke Kelantan amat bermakna kerana dapat mengenali dengan lebih rapat Menteri Besar Kelantan.
“Saya memilih Kelantan untuk peringkat awal lawatan kerana ia begitu unik apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang penuh integriti,” ujar beliau.
Katanya integriti yang ada pada Nik Abdul Aziz sudah lama diketahui ramai. “Saya kagum dan teruja dengan apa yang sudah dicapai Menteri Besar di negeri ini. Beliau amat dikenali sebagai pemimpin yang baik dan berintegriti, tidak selalu kita jumpa pemimpin yang hebat dalam sejarah.
“Tuhan hanya memberi amanah kepada ‘true man’ dan saya berharap Tuhan akan terus memberi kesihatan yang baik kepada beliau untuk meneruskan segala kerja,” katanya.
Beliau memberitahu rombongannya kini dalam rangka lawatan ke seluruh Malaysia dan Kelantan dipilih negeri kedua selepas Sarawak. Beliau juga mengakui pembangunan Kelantan tetap rancak dan berharap hubungan dapat diperluas termasuk dalam sektor ekonomi dan sosial dengan Ghana.
Menurutnya juga pencapaian Menteri Besar Kelantan dalam menyatukan rakyat dan membawa pembangunan menjadi inspirasi kepadanya.
Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan mengalu-alukan mana-mana kedutaan asing datang bagi mendengar dan melihat sendiri pembangunan sosio ekonomi negeri ini.
sumber: harakahdaily

Wednesday, 3 February 2010

Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat meninggal dunia

Harakahdaily

PASIR PUTEH, 3 Feb: Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Al-Fatihah

(Gambar: Hajjah Kalthom bersama saf pimpinan Muslimat Pasir Puteh pada sesi muktamar pemilihan tahun lepas)

Tuesday, 2 February 2010

bengkel PKWR

Peserta bengkel
Ucaptama YB
Tuan Hj. Ismail sebagai facilitator
Ust. Abdullah [YDP PAS Kawasan]
Pn. Samila Pengarah Eksekutif YPT...
Timb. Muslimat Titiwangsa Pn. Sh. Rashidah...
Mr. Rama Wakil Kaum India
Sdr. Zulhazmi lawyer PKWR merangkap Timb. Pengerusi Bridged Titiwangsa
En. Asri, Pegawai Seliaan PKWR
Sdr. Ehsan Pegawai Operasi PKWR
Doa penutup di baca oleh Ust. Abdullah

Forum

31 Januari 2010
Majlis Perhimpunan Muslimat Subang 2010, bagi memantapkan lagi gerak kerja dalam Muslimat sebagai sayap kiri bagi kaum lelaki dalam menyebarkan dakwah Islam... Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Muhammad Sabu dengan tema " Satu Hati Semarak Jihad"... seterusnya berlangsung forum Muslimat bersama ahli panel yang dijemput khas... 1) YB. Dr. Halimah Ali, 2) YB. Dr. Lo'lo' binti Dato' Hj. Muhamad Ghazali 3) Wan Nik Wan Yusof Ngah (merupakan SU kepada MB Kelantan)...dengan tajuk yang begitu mantap: "Memantapkan Saf Muslimat Perkasakan Parti- Asas Kemenangan PRU 13"..
Menurut Wan Nik Wan Yusof Ngah 5 kumpulan sasar PR yang perlu dititikberatkan iaitu MOSWA:
1. Miskin
2. OKU
3. Sakit kronik
4. Wanita
5. Armalah (Ibu Tunggal)
Tetamu yang hadir...
Isteri Tuan Hj. Muhammad Sabu, YB Dr. Halimah dan YB Dr. Lo'lo'
Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Tuan Hj. Muhammad Sabu
YB Dr. Lo'lo' dan YB Dr. Halimah melancarkan buku "Kau Memang Cantik" keluaran Kemilau Publika, buku yang sangat menarik
Panel forum...
Salah seorang peserta bertanya...
bersalaman dengan tetamu yang hadir...