Suasana Hari Raya di Ipoh
Balik dari Solat Sunat Eidul Fitri dan selepas bermafan dengan suami tercinta...Ampunkan dosa saya ya Bang....Abang pun macam tu juga ...
Lepas tu main dgn cucu kesayangan yg pertama kalipakai Baju Melayu...sayang cucu Jaddah&Tok Wan
Bergambar keluarga: Aan, Mama, Babah, Inah, Chor & Izz serta Zz
Ibu2 dan bakal2 ibu muda dalam kluarga yg ada pd hari tersebut. Bisharah yg sedang sarat pd masa tu dah telah pun selamat melahirkan pada Raya ke 4, Rini isteri Ghazali sdg mengandung 7 bulan, Mawaddah dgn Izz, Bashirah dgn Naili dan Ulfa dgn prem-baby Umairah.
Cicit-cicit Ibu saya sedang berebut permainan. Izz, Muadz dan Naili.
Ibu saya agak sedar dan rasional dlm masa2 tertentu. Disini dia minta untuk memberi duit raya kpd cucu-cicitnya. Alhamdulilah saya memang ada menyediakan duit baru dan sampulnya sekali seperti biasa pada tahun2 sebelum ini. Kelihatan Mama(panggilan Izz kpd Sakinah) sedang mendukung Izz utk dapatkan duit raya dari Nyang.
**
Semasa tulisan ni dibuat/edit saya sedan berada di Ipoh kerana ibu saya 'deteriorating'. sejak awal minggu ni telah tidak lagi bercakap dan berada dalam keadaan semi-coma.
Ya Allah ya Tuhanku , kasihanilah ibuku sebagai mana dia mengasihaniku dari sejak kecil sehingga aku dewasa...
Dr Lo'lo'
Jln Madrasah,
Kg Tengku Husin Baru,
Ipoh, Perak
No comments:
Post a Comment