Selamat Hari Jadi ke 16 tahun Aini.
Aini anak bongsu Zuhairah adik saya. Seorang pelajar cemerlang, PMR 9A semasa di Sek Raja Perempuan Taayah (sekolah saya dari ting 1-3 ) yang sekarang belajar di KISAS ( juga tempat saya sekolah dari Ting.4-5 aliran Sains - masa tu dikenali sbg KIK). Moga2 Aini jadi doktor...
Hari Raya kedua kami bertolak ke Alor Setar untuk beraya dengan keluarga Kedah pula.
Tengoklah Farhan yang dah besar panjang masih manja dgn Mak Tok nya
Inah pun suka menempek dgn Mak Tok. Ibu Mertua saya masih agak sihat walau pun berumur sama seperti ibu saya. Mertua saya masih bebas bergerak, masih boleh mengurusi diri sendiri.Namun begitu sebagai orang tua pergerakannya sudah agak lambat dan kerap juga sakit. Kesian Mak, orang2 tua ni dia perlukan TLC - tender,loving,care. Kasihanilah ibu2 kita. Selama ibu kita masih bersama dengan kita, hargai dan sayangi mereka. Jangan esok mereka dah takde didunia baru kita hendak menyesal - too late!
No comments:
Post a Comment