Monday 17 November 2008

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN MESRA USIA EMAS
16 November 2008
sebahagian tetamu wanita sedang menjamu selera dalam pejabat YB, selepas majlis pelancaran
Unit Amal turut membantu menjayakan majlis ini, tanpa mereka mungkin akan kacau bilau trafik yg sibuk dihadapan PKWR. Mereka juga bantu persiapan awal..... terima kasih pasukan Unit Amal...semoga ALLAH membalas jasa kalian
YB sedang di interview wartawan The Star (Priya)
YB mengatakan sesuatu kepada YB Khasim, tentang permalahan yang diadu oleh salah seorang penduduk The Heritage Condominium, sambil diperhati oleh En. Zul, peguam PKWR. Aduan ini dibuat setelah selesai Majlis MUE.
suami YB (Prof. Madya Dr. Aminuddin) turut sama-sama membantu...
bekerja belakang tabir je suami YB ni
masa untuk makan... beratur-beratur ambil makan, semua orang boleh makan...
hari hujan, semua orang perut dah berkeroncong...
tetamu sudah tak sabar untuk ambil makanan yang disediakan oleh petugas
Warga emas sedang khusyuk mendengar penerangan.
Hanya penduduk dan pengundi Titiwangsa sahaja akan dikendalikan oleh PKWR.
Warga emas yang lain perlu berdaftar di DUN masing2.
tetamu-tetamu yang hadir untuk mendengar penerangan tentang program
mesra usia emas yang disampaikan oleh En. Kamsani bin Nasir
YB menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Mesra Usia Emas. Dengan kerjasama ADUN Lembah Jaya (YB Khasim)yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor khususnya EXCO Kebajikan YB Rodziah. Syukur Alhamdulillah Program 'Merakyatkan Ekonomi' Kerajaan PR di Selangor berjalan lancar walaupun ada sedikit 'gangguan' apabila hujan turun dgn lebat.
Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, dengan k/p bernombor 10 di tengah atau mudahnya anak Selangor layak untuk mendaftar dan waris mereka layak menerima HADIAH dari kerajaan Negeri Selangor semasa dan selepas kematian mereka. Duit hadiah ini bukan 'harta' untuk di faraid tetapi untuk pengurusan jenazah dan lain-lain perbelanjaan yang perlu. Duit ini akan diberi sebanyak RM1000 semasa hari kematian dan RM1500 akan diberi kemudian oleh Kerajaan Selangor sendiri melalui Syarikat Menteri Besar yang diPerbadankan. Jika keluarga memang mampu duit ini boleh disumbangkan kembali kepada jemaah atau pihak yang memerlukan, dengan ini arwah dapat terus pahala dari sedeqah Jariah tersebut.

Warga emas yang mahu mendaftar dalam program ini perlu membawa salinan k/p sendiri, k/p penjaga atau rumah anak yang didiami dan juga k/p penama yang akan menjadi wakil keluarga untuk menerima Hadiah sumbangan semasa hari kematian. Penjaga dan penama boleh jadi orang yang sama.

Warga emas yang bukan kelahiran anak Selangor tetapi telah menetap di Selangor 15 tahun atau lebih juga layak mendaftar tetapi mesti sertakan dokumen sokongan untuk membuktikan maklumat tersebut

walaupun hujan turun...para tetamu tetap duduk untuk mendengar penerangan tersebut
pembukaan majlis dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran adik Al-Hafiz....
YB menunjukan cara bagaimana untuk mengisi borang mesra usia emas

Fauziah Bidin, Nurul Asmah, Tanti , Yati dan Fauziah Zainal Abidin serta Rohana adalah antara muslimat yang hadir membantu. Shidah dan Hajar mengikuti bengkel Pelan Tindakan , Aishah dan Sakinah ada urusan keluarga. Sham dan Sharifah katanya kurang sihat. Muslimat lain tidak dapat dikesan kenapa tidak hadir untuk membantu. Ketua Wanita PKR TW, Cikgu Kamariah ada datang waktu majlis hampir berakhir. YDP yang mulanya mahu hadir, menguzurkan diri. En Hedzer dan En. Zakaria mewakili kawasan. Yang lain-lain adalah dari YBT dan KPTSB.

Suasana di meja pendaftaran

tetamu-tetamu yang hadir tidak sabar-sabar untuk daftar dan mengisi borang mesra usia emas di meja pendaftaran... petugas pun sibuk dan tak menang tangan...
mesra usia emas ramai yang datang untuk mendapat skim tersebut...
sebelum majlis bermula, YB berbincang sesuatu dengan En. Kamsani bin Nasir dan diperhatikan oleh isteri beliau
disediakan oleh: Faezah PA YB

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Dr.

Buat sekian kalinya, ada usaha kebajikan utk warga emas di sini. Harap usaha Dr. dan sesiapa yg terlibat dirahmati dan dibals Allah dgn balsan yg setimpal.

Amin.

(p/s: Terima kasih memenuhi jemputan kahwin abang sulung saya tgh hari sebelum program Mesra Usia Emas. Ibu saya juga turut ucap terima kasih buat YB Dr.)