Thursday 18 June 2009

Hari ini 17 Jun 2009 bersamaan 21 Jamadil Akhir di Dewan Rakyat: Semasa ucapan berkaitan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu dalam jawapan dari celahan YB Putatan, Ahi Parlimen Pengkalan Chepa YB Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan bahawa tiada perbincangan tentang isu Kerajaan Perpaduan dalam Majlis Syura Ulama, tiada juga dalam Jawatan Kuasa Agung PAS dan juga dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS. Beliau berani menyatakan begitu kerana beliau Ahli Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan AJK Lanah Politik PAS Pusat. Idea Kerajaan Perpaduan adalah lontaran idea individu dan bukan keputusan parti. Tentang peringatan keras Mursyidul Am terhadap Timbalan Presiden yang 'teruja dan menghargai' respon positif Presiden UMNO yang juga PM Msia atas isu KP; saya hanya mengingatkan diri saya,ahli2 dan penyokong2 mahu pun rakan2 yang mengikuti perkembangan PAS begini: BERSABAR DAN BERTENANG, PAS TELAH MELALUI PELBAGAI KRISIS DAN KITA BERJAYA MENGATASINYA DENGAN MUSYAWARAH DAN PERUNDINGAN JUGA TIDAK KURANG PENTINGNYA BERMUNAJAT KPD ALLAH SWT UNTUK MENYELAMATKAN PAS SEBAGAI WADAH PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA INI. PIMPINAN PUSAT TERUTAMA J/K HARIAN SEDANG MENANGANINYA. DOAKAN YANG TERBAIK. Dr Lo'lo' Saya akan sambung esok dari Parlimen.

2 comments:

Nurul Syahadah said...

salam ukhwah Dr...

Ini semua adalah ujian Allah & satu proses pembelajaran..smoga kita dpt atasinya dgn baik tnpa berpecah-belah..InsyaAllah

Nurul Syahadah said...

salam ukhwah Dr...

Ini semua adalah ujian Allah & satu proses pembelajaran..smoga kita dpt atasinya dgn baik tnpa berpecah-belah..InsyaAllah