Wednesday 10 June 2009

Ibu tunggal rakyat Malaysia merempat di bumi sendiri. Pada 9 Jun yang lalu seorang ibu tunggal yang baru kematian suami OKU pada 31 Mei atas sebab komplikasi penyakit kencing manis telah datang ke PKWR untuk mendapat sokongan bagi mendapatkan rumah DBKL. Setelah melihat dokumen Surat Mati suaminya didapati arwah suaminya adalah anak kelahiran Selangor dan oleh kerana arwah adalah OKU walau pun pada saat kematiannya belum berumur 6o tahun, penama/waris layak mendapat RM2500 dari Skim Mesra Usia Emas. Alhamdulillah semasa mendapatkan maklumat2 yang lebih lengkap terbongkarlah rahsia yang sejak kematian suaminya dia hanya tinggal digerai jualan jajan kepunyaan arwah suaminya sebab telah kena halau dari bilik yang disewa sebab tidak berbayar sejak suaminya terlantar sakit di hospital. Saya tergerak hati untuk meninjau keadaan tempat tinggalnya dalam gerai yang dikatakan oleh wanita ini. Terkejut besar saya yang dimasudkan dalam gerai itu sebenarnya adalah bawah payung gerai ditepi kakilima. Gambar2 yang kami ambil menceritakan keadaan yang sangat memilukan. Inilah kemiskinan bandar yang lebih teruk dari kemiskinan kampung. Tanpa tempat berteduh, tiada tandas/ruang, solat dan urusan harian dilakukan dimasjid atau di bilik2 air restoran. Bila sudah terbongkar barulah wanita tabah ini menangis dan menyatakan betapa sayu dan sedihnya dia. Keluarga yang ada hanyalah bapa tua yang berumur 80 tahun dan sudah terlalu uzur yang tinggal bersama ibu tirinya. Adik beradik pun susah dan tidak dapat membantu. Saya tidak senang duduk selepas meninggalkan wanita ini lalu menghubung terus nombor2 pihak Baitulmal yang langsung mahu membantu walaupun diluar waktu pejabat. Wanita dan anak kecilnya akan ditempatkan dirumah transit Baitumal buat sementara waktu. Setelah dihubungi barulah diketahui bahawa peruntukan rumah kepada wanita ini telah diluluskan kerana permohonan telah dibuat sejak 2007. Mungkin kerana dia tiada alamat tetap menyebabkan surat dan pemakluman tidak dapat disampaikan. Insya Allah Isnin 15 Jun staf saya akan bawa dia ke DBKL untuk urusan penempatan. Disebalik gerai inilah dia dua beranak tidor atas sebuah kerusi malas. Macam mana agaknya jika hujan ribut, tak tergamak saya untuk bertanya. Mujurlah dia datang ke Pusat Khidmat saya untuk minta pertolongan. Mujurlah Staf saya buka mulut untuk bertanya lebih. Mujurlah saya tergerak untuk meninjau sendiri. Jika tidak permohonan wanita malang ini akan terus tersangkut dan entah bila akan diberi perhatian. Ya Allah, ampunkan dosa kami sebab makan kenyang sedang 'jiran' kami lapar, ampunkan lah kerana kami tidor selesa sedangkan saudara kami kesejukan dan terpinggir ! Ini RM1000 sumbangan awal untuk Puan dari SKIM MESRA USIA EMAS yang juga dibuka untuk OKU anak-anak kelahiran Selangor atau kad pengenalan bernombor 10 ditengah dalam Agenda MERAKYATKAN EKONOMI Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Memang berbaloi sangat SMUE ini terutama boleh membantu wanita tunggal seperti ini. Alhamdulillah. Anak kecil sangat gembira mendapat 'Teddy Bear" yang dikirimkan oleh anak saya Fawwaz yang dibeli secara borong dan murah dari 'Car-boot-sale' di Manchester. Barangan terpakai orang menjadi hadiah yang sangat bernilai kepada orang lain pula. Dr Lo'lo' "BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41

1 comment:

Ibnu Ali said...

Aduhai.. sedih saya memikirkan nasib makcik ini sebelum DR dapat hidu masalahnya.

Sejak dari merdeka hingga sekarang dah bermacam2 cara Malaysia nak membangunkan ekonomi rakyat. Dah bermacam2 juga dasar ekonomi diperkenalkan. Tapi bila asas Islam tidak menjadi tunjang, beginilah jadinya.

Islam dah sediakan alternatif bagi membangunkan ekonomi dan menghapuskan kemiskinan. Ianya telah terbukti pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz.

Tapi malangnya kini,ramai yang tidak mahu mengambil iktibar.

Tahniah Dr, dan teruskan memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

P/S: Risaukan juga dengan pendidikan agama mereka. Mereka miskin harta, takut juga jika miskin agama. Biar serampang dua mata.

Takbir.