Thursday 11 June 2009

ZIARAH KEMATIAN MANGSA KEBAKARAN
Seorang lagi mangsa kebakaran di Indian Settlement telah meninggal dunia sebab mengalami terbakar hampir 90%. Saya telah menziarahi mayat dan keluarga malang ini yang tinggal di PPR Laksamana. Si Mati pergi ke tempat kejadian kerana menziarahi rakan dan juga memang pernah tinggal disana.
Kesian anak ini kehilangan ayahnya pada umur muda iaitu 5 tahun dan kelihatannya tidak memahami apa yang berlaku. Anak yang sulung seorang perempuan berumur 10 tahun yang sedang bersandar pada ibunya yang tidakhenti2 menatap dan meratapi kematian suaminya

Sdra Ramamoorthy wakil Zon Kaum India sedang menghulurkan kertas maklumat tentang kejadian kebakaran di Indian Settlement

Dr Lo'lo'

No comments: