Friday, 26 February 2010

"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA
DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU
JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41

{Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya.
Jika tidak mampu, maka dengan lidah atau lisannya,
kalau tidak mampu maka dengan hatinya.
Yang demikian itu adalah selemah2 iman
- hadis riwayat Abu Said Al Khudri RA} .

Salam MaulidurRasul - cintai Sunnah tinggalkn bid'ah

Dr Lo'Lo'

Thursday, 25 February 2010

SOALAN PARLIMEN

 

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, DEWAN RAKYAT KE 12

PADA 16 MAC HINGGA 15 APRIL 2010

 

Soalan Lisan

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan pecahan peratus mengikut bilangan siaran dan masa siaran rancangan-rancangan televisyen di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengikut jenis iaitu seperti hiburan, dokumentari, agama Islam, berita dan lain-lain.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah Menteri Pelajaran membezakan peruntukan Kementerian Pelajaran dan peranan sebagai Menteri semasa program rasmi penyampaian hadiah cemerlang yang melibatkan guru-guru dan murid-murid sekolah sedangkan pada masa yang sama program juara rakyat UMNO diadakan seperti di Kuala Terengganu pada bulan Februari baru-baru ini.

     

  3. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan prosedur pemberian lesen kepada klinik-klinik pergigian dan perubatan serta berapa peratus klinik-klinik ini yang beroperasi secara berdaftar dan berapa banyak pula tidak berdaftar dengan kementerian.

     

  4. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keuntungan atau kerugian anak-anak syarikat Lembaga Tabung Haji sejak 5 tahun yang lalu.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tindakan yang telah diambil dari pembongkaran yang dibuat oleh Dr. KP Selvaa Vathany tentang kepincangan di Hospital JHEOA Gombak.

     

  2. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan samada pemantauan ada dibuat terhadap prosedur-prosedur keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri, bot-bot kecil untuk ke pulau-pulau dan peralatan rekreasi seperti jet ski dan sebagainya.

     

  3. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sebab mengapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan langsung tidak turun melawat dan membantu ibu tunggal mangsa ragut dimana suaminya terbunuh di Jalan Perkasa Taman Maluri dalam Parlimen Titiwangsa.

     

  4. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan status kedudukan Keramat Mall dan Dewan Orang Ramai Dato' Keramat.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyenaraikan penggunaan peruntukan khas Parlimen Titiwangsa seperti siapakah pemohon, untuk projek, program atau sumbangan apa, masa dan tarikh diluluskan, siapa pihak penerima dan jumlah yang diperuntukan setiap satu bagi tahun 2008 dan 2009.

 

 

Soalan Bertulis

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menerangkan dengan jelas kaedah atau mekanisma pembangunan Kampung Baru serta siapa yang akan dilantik menganggotai badan amanah dan badan mana pula akan bertindak sebagai pemaju serta nyatakan juga jumlah dana yang akan diperuntukkan.

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan pecahan peratus mengikut bilangan siaran dan masa siaran rancangan-rancangan televisyen swasta mengikut jenis iaitu seperti hiburan, dokumentari, agama Islam, berita dan lain-lain serta nyatakn juga peratus rancangan luar negara dan tempatan.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan anak luar nikah yang berdaftar, bilangan bayi atau janin yang dibuang dan ditemui, berapa yang hidup dan berapa yang mati serta bagaimana prosedur untuk mengambil mereka sebagai anak angkat.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT memaklumkan berapa peratus rumah-rumah kebajikan kanak-kanak yang berdaftar serta mendapat peruntukan daripada kementerian dan berapa pula yang tidak berdaftar.

     

  3. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang dijalankan untuk menghalang dan menghapuskan budaya barat yang keterlaluan yang tidak bermanfaat kepada belia di negara kita terutamanya belia Islam dari sudut sosial seperti budaya merayakan Valentine, seks bebas, penguguran dan pembuangan bayi.

 

Wednesday, 24 February 2010

Umno membisu tiada perarakan Maulid di luar Pulau Pinang


Harakahdaily

KOTA BHARU, 24 Feb: Ketika isu perarakan sempena Maulidur Rasul diriuhkan di Pulau Pinang, Umno pula membisu apabila program sama tidak ada negeri lain termasuk Johor, Perlis dan Pahang.

Begitu juga di Kelantan, perarakan tidak diadakan sejak 20 tahun lalu. Program Maulidur Rasul hanya diisi dengan ceramah agama.

Moderator program Hujah TV9, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof berkata, Umno tidak sibuk apabila negeri-negeri lain juga tidak mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul.

“Ini seolah-olah memperlihatkan ada double standard dalam isu ini. Sedangkan di Kelantan sejak 20 tahun lalu juga tidak ada perarakan Maulidur Rasul,” katanya ketika mempengerusi program berkenaan malam tadi.

Turut menjadi panel pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustapha Ishak.

Dr Mustapha ketika menjawab isu tersebut berkata, perarakan Maulud perlu diadakan di Pulau Pinang memandangkan negeri itu penduduk Melayu merupakan minoriti dan perlu mempamerkan kekuatan mereka.

Dalam perkembangan serupa di Kelantan tahun ini bagaimanapun tahun ada sedikit kelainan apabila majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan di Stadium Sultan Mohammad Ke IV yang dijangka turut dihadiri Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Sedangkan kebiasaannya program tersebut dianjurkan di Balai Islam dan masjid-masjid.

Program tersebut dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan diadakan malam esok.

Berdasar surat edaran bertarikh 11 Febuari lalu Setiausaha Maik, Che Mamat Che Muda berkata, program berkenaan bermula dengan bacaan berzanji kira-kira jam 6.45 petang.

Selepas itu solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti ceramah khas oleh penceramah jemputan. Difahamkan bekas pegawai agama Istana Negara, Datuk Hassan Din diundang menyampaikan ceramah.

“Bacaan berzanji dan selawat sekali lagi akan diadakan selepas solat Isyak,” katanya.
Umno boys protest too much
Dean Johns


Feb 24, 10

12:00pm
 
In a posting titled 'We walked and waltzed, Australia...Mind Your Own Business', he (Khairi Jamaluddin) named a handful of fellow bloggers and writers who accompanied him on the protest, threw in a few Chinese, Indians and a dog, then proceeded to quote himself in an interview he gave.


He wrote: “Basically I said, the bloggers are not here to support BN, Perkasa or other political entities, we are here because we want to convey a message to the Australian people that what their lawmakers are asking us to do is to compromise the integrity of our courts and the rule of law.”

Integrity of our courts? Rule of law? Who did think he was kidding? But there was more: “We are a sovereign nation just like Australia is. We are not barbarians. We don't kill the native people of this country and we don't murder foreigners and get away with it.”

Official custody

Huh? What about rape of the Orang Asli and the Penan? And the killing of hundreds of 'suspects' in official custody? And as for not murdering foreigners, does the name Altantuya Shaariibuu ring a bell?

Haa...haa...
Jangan naikkan tarif elektrik


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihatkan kerajaan supaya tidak meningkatkan tarif elektrik kerana kenaikan tarif tersebut bakal membebankan rakyat kebanyakan, walaupun kabinet petang ini dilaporkan tidak membuat keputusan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik atau tidak.

Menurutnya, kerajaan tidak seharusnya berfikiran simplistik menaikkan tarif elektrik disebabkan kenaikan bahan bakar di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh untuk tidak menaikkan tarif elektrik dengan menguruskan sumber tenaga domestik secara kreatif.

“Walaupun kos bahan bakar sedunia (seperti) minyak, gas dan arang kian meningkat, kalau kerajaan (dan) TNB kreatif, mereka tak perlu menaikkan tarif elektrik,” jelasnya.

Teroka tenaga hidro dan angin

Kretiviti dalam pengurusan sumber tenaga tersebut, menurut Mahfuz termasuk meneroka sumber tenaga yang baru atau tenaga yang diperbaharui seperti tenaga hidro.

“Saya akui memang kerajaan telah pun menjana tenaga hidro seperti di Bakun, Bakun dan dua tiga empangan yang lain, bagaimana dengan sungai yang begitu banyak di Malaysia.

“Tak cukup kerajaan bina empangan di Sungai Balui (Sarawak) saja, bagaimana dengan sungai-sungai yang begitu banyak khususnya di Pantai Barat Semenanjung kerana keperluan sumber tenaga lebih besar berbanding di Borneo.

“Sekiranya kerajaan atau TNB sendiri kreatif, mereka akan membina janakuasa hidro kecil-kecilan atau tenaga angin untuk menampung keperluan sumber tenaga nasional,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik cadangan kerajaan era Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membina Empangan Bakun di Sarawak.

Menurut beliau, Dr. Mahathir sepatutnya membina empangan tersebut di Pantai Barat Semenanjung kerana keperluan perindustrian yang menggunakan sumber tenaga terbanyak menumpu di garis geografi tersebut.

Ekoran itu, Mahfuz tidak menafikan bahawa pemilihan Bakun itu mungkin untuk mencipta bajet perbelanjaan yang lebih tinggi untuk kroni-kroni tertentu dalam parti pemerintah.

“Tidak termasuk kos pembinaan empangan bakun yang bernilai RM6 bilion, beberapa pihak mendapat manfaat bernilai lebih kurang RM2 bilion lagi dalam projek menanam kabel elektrik di dasar Laut Cina Selatan hingga ke Tanjong Sedili (Johor) supaya elektrik boleh dibekalkan ke Semenanjung.

“Kenapa tidak dibina terus empangan Pantai Barat Semenanjung saja, sebab itu saya tak mahu menafikan kalau ada yang mendakwa pembinaan Empangan Bakun tersebut untuk mengkayakan kroni-kroni tertentu saja,” ujarnya.

Tenaga Hijau

Selain meneroka tenaga hidro, Mahfuz juga menasihatkan kerajaan supaya menggalakkan penggunakan tenaga solar sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.

Mengambil contoh negara Jerman, Mahfuz berkata, kerajaan mereka akan memberi insentif kepada rakyat yang menjana kuasa solar untuk keperluan harian.

“Maksimum kuasa yang boleh dijana (adalah) 6 megawatt sedangkan keperluan sumber tenaga harian kurang (dari) 1 megawatt, maka tenaga itu dijual semula kepada syarikat tenaga atau kerajaan yang memberi insentif.

“Agak-agak rakyat di sana sanggup tak berbelanja lebih 20 ribu dolar suatu satu janakuasa solar yang mini, kalau pembayaran tersebut dilakukan secara ‘auto-subsidi’ di mana lebih sumber kuasa solar yang dijana dikira sebagai bayaran balik,” ujarnya.

Di sampung itu, Mahfuz menjelaskan bahawa kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat yang menjana sumber kuasa memperkenal polisi-polisi sampingan supaya sesuai dengan budaya menggalakkan rakyat menggunakan tenaga dari kuasa solar.

“Mereka perkenal potongan harga 20 peratus hingga 35 peratus, umpamanya pagi konsumer yang menggunakan sumber tenaga elektek antara jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi umpamanya untuk mengurangkan penggunaan ‘tenaga secara mendadak’ khususnya pada waktu bekerja.

“Tengah malam sampai pagi, sekeluarga yang di rumah betul-betul menggunakan alat elektronik seperti mesin basuh, seterika, pendingn hawa dan sebagainya secara maksimum kerana harga lebih murah, maka secara tak langsung mengurangkan mereka menggunakan tenaga pada siang hari atau waktu pejabat.

“Kalau kos penyaluran mendadak (cost of distribution) boleh dikurangkan, bermakna kos pengurusan tenaga pun boleh dikurangkan kerana kos ini merupakan salah satu faktor yang digunakan oleh TNB atau kerajaan dalam menentukan tarif elektrik semasa,” jelasnya.

Tambah Mahfuz lagi, pengenalan ‘Polisi Mampan’, iaitu polisi ‘menang sama menang’ tersebut sekaligus mengubah paradigma rakyat dan kerajaan dalam menggunakan sumber tenaga elektrik dan tenaga yang diperbaharui.

“Sekarang, penggunaan solar sudah menjadi suatu status di kalangan rakyat pertengahan, kerana rakyat mampu menggunakan (tenaga solar) kerana kerajaan sendiri mengiktiraf mereka dan memang kerajaan berjaya mengubah paradigme mereka dengan pengiktirafan itu,” jelasnya.

Membandingkan dengan kerajaan Jerman, Mahfuz menganggap kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai kreativiti dalam menangani masalah bahan bakar dunia yang kian meningkat, malah kerajaan juga gagal merancang polisi penggunaan tenaga yang diperbaharui seperti di semua negara dalam Kesatuan Eropah (EU).

“Kalau di negara-negara EU, memang kerajaannya mensasarkan 25 hingga 45 peratus penggunaan tenaga domestik pada tahun 2020 kelak mesti dari sumber tenaga yang diperbaharui, kita hanya ada Wawasan 2020 saja sebab kerajaan kita tidak kreatif dan TNB kita juga mungkin tidak kreatif,” jelasnya.

Di mana biodiesel kerajaan

“Dulu kerajaan bising dengan projek biodiesel sebagai tenaga alternatif, apabila bahan bakar dunia meningkat, di mana projek-projek ini untuk membantu TNB menguruskan sumber tenaga domestik,” soalnya.

Mengakui bahawa kerajaan dan TNB terpaksa menanggung subsidi disebabkan harga arang batu sedunia yang kian meningkat, beliau turut mencadangkan kerajaan menjana tenaga bioethanol menggunakan bahan buangan domestik.

“Kerajaan selalu kata mereka perlu beri subsidi lebih untuk arang batu dalam (mata wang) USD sedangkan mereka menanggung kos akhir yang lebih kerana rakyat membayar tarif elektrik menggunakan mata wang RM (Ringgit Malaysia),” jelasnya.

“Tapi, kalau kerajaan guna tenaga bioethanol, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan hampas kelapa sawit, adakah perlu menggunakan USD lagi sedangkan ia boleh diperoleh di Malaysia sendiri.”

Disebabkan itu, Mahfuz berkata, kerajaan seharusnya menggunakan bioethanol bagi menggantikan biodiesel kerana sumber tenaga yang diperbaharui itu boleh dijana menggunakan bahan buangan, sedangkan biodiesel adalah sebaliknya.

Beliau juga meminta kerajaan menjalinkan hubungan dengan Mitsui Corp., iaitu syarikat janakuasa dari Jepun yang sekarang ini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama-sama Sime Darby Berhad, iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menghasilkan bioethanol menggunakan hampas kelapa sawit.

Kos perbelanjaan

Bercakap tentang kos perbelanjaan (cost of financing) yang juga merupakan salah satu faktor dalam menentukan tarif elektrik semasa, Mahfuz turut mempersoal tindakan kerajaan memberi konsesi jana kuasa kepada Kumpulan YTL milik Tan Sri Francis Yeoh.

“Kenapa mesti beri konsesi janakuasa elektrik kepada Francis Yeoh dan janakuasa itu tiba-tiba dibina di Kerteh (Terengganu) sedangkan keperluan sumber tenaga terbanyak sebenarnya lebih diperlukan di Pantai Barat Semenanjung,” soalnya.

“Adakah kedudukan janakuasa di Kerteh itu supaya memudahkan YTL mendapatkan sumber gas yang telah pun kerajaan subsidikan untuk YTL bagi menjana tenaga elektrik domestik.”

Demi meletakkan pusat janakuasa tersebut di Kerteh, Mahfuz turut memaklumkan bahawa kerajaan era 1980-an dahulu telah pun memberikan RM800 juta wang rakyat kepada MRCB untuk menyalurkan sumber tenaga ke Pantai Barat Semenanjung.

“Lebih kurang RM800 juta digunakan secara membazir untuk memberi subsidi kepada YTL, sedangkan kerajaan hari ini berniat meningkatkan tarif elektrik dan menarik beberapa subsidi yang nyata membebankan rakyat,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan niat kerajaan dan TNB sebelum ini untuk membangunkan sumber tenaga yang diperbaharui dengan menggunakan nuklear.

“Baru-baru ini, kerajaan kata nak guna nuklear pula menggantikan arang batu, adakah kerana kos pembinaan prasarana yang begitu besar, lebih kurang RM4 bilion menyebabkan kerajaan dan pihak tertentu begitu berminat untuk menghabiskan wang rakyat,” soalnya.

Tenaga berteknologi baru

Sekiranya kerajaan jujur mahu membangunkan tenaga alternatif berteknologi baru, Mahfuz sekali lagi mencadangkan kerajaan supaya meneroka sumber tenaga hasil teknologi geothermal.

“Kalau kita guna nuklear yang ditanam dalam bumi, 20 tahun akan datang pun belum tentu akan hilang kesan radiasi.

“Kalau guna teknik geothermal iaitu tenaga dihasilkan dengan air yang diwapkan di perut bumi, ia lebih selamat untuk manusia,” jelasnya.

Cadangnya lagi, kerajaan atau TNB juga boleh menjana tenaga ‘gassification’, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan tinja manusia sekiranya kerajaan kreatif.

“Kalau kreatif, tahi pun boleh diperbaharui, tak perlu naik tarif elektrik,” ujarnya.

Tuesday, 23 February 2010

BULETIN KG. BARU (Edisi 1)

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA MENGENAI PEMBANGUNAN
KAMPUNG BARU

Saya ingin mengulas mengenai pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru iaitu pembangunan akan dijalankan setelah mendapat persetujuan pemilik tanah dan penduduk disamping memastikan mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain.

PM menyatakan sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan TANPA  pembabitan sektor swasta akan diwujudkan bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru demi kepentingan penduduk. (Berita Harian, 7 Feb 2010)

Sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa saya menyokong penuh sekiranya pembangunan Kg. Baru diteruskan dengan segera memandangkan pemilik tanah di Kg. Baru telah jemu mendengar janji kosong semenjak zaman PM Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan selama itulah juga Menteri Wilayah Persekutuan yang bertukar ganti juga membuat janji yang sama kepada penduduk Kg. Baru.

Sebelum PM Najib Tun A.Razak datang ke Kg. Baru, mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, satu minggu sebelum menyerahkan jawatan, juga telah datang ke tapak pasar minggu bersama Menteri WP ketika itu, Dato’ Sri Zulhasnan dan Datuk Bandar iaitu pada 30 Mac 2009 dan melakukan upacara pecah tanah projek Menara Puncak Baru berharga RM500 juta yang melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan. Projek ini dikatakan akan dimulakan dalam masa tiga bulan dari tarikh tersebut dan siap dalam masa empat hingga lima tahun yang diberikan secara runding-terus kepada Syarikat Naza TTDI.

‘Beliau (Tun Abdullah) menyatakan pembangunannya bukan sekadar ditumpukan kepada kediaman semata-mata tetapi juga daripada sudut ekonomi bernilai tinggi yang dapat memberi manfaat kepada penduduknya. Perdana Menteri berkata,‘‘Pembangunan Kampung Baru juga perlu mengambil kira aspek alam sekitar selain mengelakkannya menjadi kawasan mundur dalam bandar yang mempunyai segala ciri-ciri keburukan dan sesak’’ katanya. PM menegaskan menara tersebut akan menjadi mercu tanda Kampung Baru. Abdullah menegaskan, selepas pembangunan Puncak Baru, pembangunan di kawasan lain Kampung Baru akan dilakukan satu persatu’. Untuk makluman setelah hampir setahun sejak Mac tahun lepas Projek Puncak Baru belum lagi bermula.
Berbalik kepada isu lawatan tinjau mesra Kg. Baru, apa yang diperkatakan oleh PM Najib telah banyak kali saya perkatakan dalam ucapan dan kenyataan saya sebelum ini antaranya boleh dirujuk dalam suara keadilan 7-14 Julai 2009, “Dibimbangi sekiranya dibuat pembangunan, hak orang Melayu di kawasan itu akan terpinggir kerana tidak ada mekanisma yang jelas untuk memastikan orang Melayu para pemilik aset di Kg. Baru akan mendapat hak mereka” ; “ justeru itu beliau(saya), mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan satu DANA berciri pinjaman mudah dan sebuah Konsortium atau Perbadanan bagi memastikan pemilik asal tanah di kawasan Kg. Baru kekal memiliki aset mereka yang sedia ada”.

Dalam Berita Harian 9 Ogos 2008 saya menyatakan “Penduduk Kg. Baru tidak mahu kehilangan hak mereka dan tidak menyokong pembangunan yang tidak memberi manfaat secara terus kepada mereka. Mereka mempunyai hak untuk dibabitkan sama dalam projek pembangunan Kg. Baru kerana sebarang cadangan pembangunan membabitkan tanah dan masa depan mereka”.

Itulah antara kenyataan yang saya keluarkan mendahului kenyataan PM terkini. Kenyataan yang sama saya kemukakan dalam Parlimen, semasa sesi soal-jawab mahu pun dalam perbahasan yang saya turut serta semasa membawa suara rakyat Kg. Baru dan kampung-kampung tradisional sekitar Kuala Lumpur.

Menurut PM seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian Ahad 7 Feb 2010 “Konsep yang akan diperkenalkan tidak memerlukan penduduk dan pemilik tanah berpindah ke tempat lain dan mereka akan kekal di Kg. Baru dengan kaedah TANAH DISERAH PADA KERAJAAN dan kerajaan meluluskan semula tanah itu kepada mereka”, katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat DBKL dan melawat beberapa kawasan Kg. Baru”.

Saya kira apa yang diperkatakan oleh PM iaitu TANAH DISERAH PADA KERAJAAN perlu penjelasan lanjut kerana kaedah yang dinyatakan agak mengelirukan dan kontradik dengan kenyataan awal PM dimana dikatakan penduduk dan pemilik tidak perlu berpindah.

Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menyatakan “ Setiap (SETIAP) pemilik tanah boleh menjadi jutawan…..” ; dan menurut laporan akhbar yang sama iaitu Kosmo Isnin 8 Feb 2010 dimana dikatakan pemilik tanah di Kg. Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta SEORANG jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu telah menambahkan kekeliruan dan kekhuatiran penduduk kerana apa yang difahamkan dari kenyataan tersebut tanah Kg. Baru akan diserahkan kepada kerajaan dan pampasan akan dibayar kepada pemilik sehingga RM4 juta seorang.

Kenyataan PM kelihatan kontradik, kenyataan Menteri WP lagi jauh dari keyakinan yang cuba ditanamkan oleh PM kepada pemilik tanah yang rata-ratanya tidak mahu aset mereka yakni aset Islam/Melayu ditengah-tengah Kosmopolitan KL tergadai. Pengalaman pahit sebahagian pemilik tanah dan pewaris yang tanah mereka tergadai kepada bank setelah geran tanah diserahkan kepada Syarikat Korporat kepercayaan PM pada masa tersebut untuk dibangunkan yang akhirnya mereka kehilangan hak kepada aset mereka dan pada masa sama tidak mendapat pampasan sewajarnya menyebabkan para pemilik sukar meletakkan keyakinan mahu pun kepercayaan kepada sesiapa pun.

Saya menyeru PM agar memperuntukkan satu Dana Khas seperti peruntukan pembangunan Wilayah Iskandar, ECER dan NCER, tapi kali ini untuk pembangunan Kg Baru. Peruntukan ini mesti dikendalikan satu Badan Amanah seperti yang dijanjikan di mana Badan Amanah ini mestilah dianggotai juga wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kg Baru yang sememangnya terdiri dari  kalangan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang, DBKL, M.A.S, wakil rakyat dan dari ICU mewakili Kerajaan Pusat supaya penduduk Kg. Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan adalah demi kepentingan mereka.

Badan Amanah ini akan merancang secara bersama kaedah dan mekanisma pembangunan Kg. Baru dengan mengambil kira kebajikan dan hak pemilik, memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya penduduk tidak perlu semuanya dipindahkan, memilih satu konsortium yang akan menjadi “Pemaju” dengan ini memastikan tiada penyelewengan, ketirisan dan kebocoran berlaku dan pemilik akan mendapat manfaat dengan terus memiliki dan menjadi stake-holder.

Selaku Wakil Rakyat yang dipilih rakyat, selagi amanah ini saya pikul saya akan terus memperjuangkan keadilan dan membela kepentingan rakyat terutama pemilik-pemilik serta pewaris-pewaris tanah Kg. Baru dan akan terus memastikan aset orang Islam/Melayu yang semakin mengecil dan mengurang terutama di Kuala Lumpur akan terus dipertahankan. Amanah ini amanah yang berat dan saya berdoa agar terus diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk memikulnya.

Dr Lo’Lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
Pusat Khidmat Wakil Rakyat TW
No 10 Jalan Raja Muda Musa,
Kg Baru 50300 KL
Tel: 0326980025 Fax: 0326980026
Fb: Dr Lo’lo’


PETIKAN KENYATAN PEMIMPIN MENGENAI PEMBANGUNAN KG BARU
























KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, akan mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah Kampung Baru dalam tempoh terdekat berhubung pembangunan terperinci kawasan itu. Beliau berkata, pihaknya akan memastikan hak dan kepentingan pemilik tidak terjejas apabila rancangan pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.

Bagaimanapun, tarikh pertemuan belum diputuskan kerana beliau masih berbincang di peringkat kementerian mengenai pelan pembangunan kawasan itu. "Kita menerima surat Persatuan Penduduk Kampung Baru dan saya sendiri bersedia berbincang dengan mereka mengenai pelan pembangunan kawasan itu. "Ketika ini Penasihat Undang-undang kementerian sedang meneliti peruntukan undang-undang sedia ada sebelum melaksanakan pelan pembangunan Kampung Baru.

Sumber: Berita Harian 1 September 2004



Ogos 2008 -  Pengarah Jabatan Pelan Induk DBKL Zainab Mohd Ghazali telah  dijemput sekumpulan penduduk Kampung Baru untuk memberikan penerangan mengenai pelan tempatan khusus melibatkan kawasan Kampung Baru di dalam draf itu. Beliau berkata empat alternatif pembangunan disyorkan DBKL bagi Kampung Baru iaitu:
  1. Pembangunan mengikut trend - mengekalkan ikut keadaan sedia ada dengan kebanyakan pembangunan bergantung kepada tuan tanah.
  2. Pembangunan semula terpilih - mengikut kesesuaian kawasan yang dikenal pasti.
  3. Pembangunan semula berintegrasi - digalakkan DBKL kerana pembangunan Kampung Baru akan disepadukan dengan pembangunan di kawasan sekitarnya seperti Taman Tasik Titiwangsa dan KLCC.
  4. Pembangunan semula komprehensif - memerlukan pengambilan tanah dan melibatkan perubahan keseluruhan kawasan.


KUALA LUMPUR 3 Mac 2009 - Kerajaan akan mewujudkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru bagi memajukan penempatan orang Melayu itu yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, butir-butir lengkap mengenai perbadanan itu akan didedahkan kepada umum setelah Pelan Pembangunan Kampung Baru yang terkandung dalam Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 diwartakan. ''Perbadanan ini akan diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan maklumat lengkap akan didedahkan setelah pelan berkenaan dipersetujui semua pihak," katanya.



Pembangunan semula Kg. Baru


KUALA LUMPUR 6 Feb 2010. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain.

Perdana Menteri berkata, di bawah kaedah pembangunan itu yang akan dicadangkan untuk persetujuan pemilik tanah dan penduduk, kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan pembangunan baru itu selepas mendapat persetujuan mereka.

Menurutnya, kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan sebuah badan khas dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa penyertaan swasta supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan yang dijalankan itu demi kepentingan penduduk Kampung Baru.

"Saya harap bila kita sudah buat cadangan yang mantap, penduduk di sini ada peluang teliti cadangan serta konsep yang akan digunakan.

"Saya harap selepas itu, penduduk terutama pemilik tanah di sini boleh menerima dan memberi persetujuan kepada cadangan kerajaan ini," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan melakukan tinjauan mesra di beberapa kawasan Kampung Baru di sini.

Najib berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah diminta menyediakan kertas Kabinet pembangunan semula itu dan beliau akan berjumpa serta berdialog dengan penduduk selepas Kabinet meluluskan kertas itu.

Najib juga memberi jaminan, penduduk kampung itu mempunyai hak melalui konsep pembangunan semula itu. "Dengan erti kata lain, penduduk Kampung Baru ada hak untuk menentukan corak pembangunan dan kaedah pembangunan yang sesuai dengan kehendak mereka," katanya.

Najib berkata, melalui kaedah pembangunan itu, segala sekatan yang menyebabkan nilai tanah tidak tinggi boleh diatasi. Menurutnya, nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan itu yang dapat merealisasikan potensi Kampung Baru sepenuhnya. Nilai tanah di Kampung Baru sekarang hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan seperti KLCC sudah melebihi RM2,000 kaki persegi.

— BERNAMA


RM4j bagi setiap pemilik tanah













KUALA LUMPUR Feb 7 – Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar.

"Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi tetapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini semalam.














Nong Chik: Undang-undang mungkin diguna majukan Kg. Baru

KUALA LUMPUR, Feb 16 —
Semua penduduk Kampung Baru perlu bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan cadangan itu secepat mungkin.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan secara komprehensif di sesuatu tempat, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan semua penduduk kawasan berkenaan.

“Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata kerajaan mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.

“Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya,” kata beliau dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam tadi.

Raja Nong Chik berkata jika cadangan pembangunan semula Kampung Baru itu terlaksana, pemindahan sementara sebahagian penduduknya mungkin akan dilakukan.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji penduduk Kampung Baru tidak akan dipindahkan dan kebajikan mereka akan terpelihara.

Bagaimanapun, mereka mungkin terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan Kampung Baru dijalankan dan kajian berhubung perkara itu sedang dilakukan, katanya.








Monday, 22 February 2010

Agenda pembangunan Kampung Baru masih kabur

Rusli Islam
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Walaupun telah dijanjikan oleh beberapa Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti semenjak tahun 1990, agenda pembangunan Kampung Baru masih dilihat kabur. 
"Semacam tidak ada satu kesungguhan dari pihak kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru ini. Semenjak dari zaman Dr Mahathir (1990) hinggalah sekarang diperkatakan tentang pembangunan Kampung Baru tapi tidak ada satu tindakan kerajaan yang menunjukkan usaha tersebut.
"Masalahnya apabila Perdana Menteri bertukar, pergi lawat Kampung Baru dan berjanji. Apabila menteri (Wilayah) tukar pergi lawat Kampung Baru (dan berjanji)," kata Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad.
Beliau berkata, ketika Umno menjadi wakil rakyat di Titiwangsa, pelbagai program termasuk perbincangan berkaitan pembangunan Kampung Baru selalu melibatkan Ahli Parlimen Umno tersebut.
"Anehnya ketika Pakatan Rakyat menang, tidak ada peranan yang diberikan kepada ahli parlimen kita (Dr. Lo’ Lo’')," ujar beliau.
Katanya, dalam perancangan draf KL 2020, pandangan penduduk telah diketepikan projek berkenaan melibatkan tanah penduduk tersebut.
"Kerajaan berkata rakyat didahulukan tetapi (hakikatnya) rakyat dikemudiankan (dan) menjadi mangsa kepada pembangunan ini," tambahnya.
Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin yang merupakan orang lama dalam PAS Wilayah Persekutuan pula berkata, sebenarnya pembangunan Kampung Baru telah diwar-wakan sejak tahun 1974 lagi, semasa beliau menjadi calon di Setapak.
Katanya, janji-janji untuk membangunkan Kampung Baru sering ditaburkan apabila menjelang pilihan raya dan mesyuarat agung Umno tetapi tidak ada hasilnya sehingga kini.
Walaupun persekitaran Kampung Baru telah lama dimajukan dan banyak bangunan-bangunan yang telah wujud tetapi ia masih lagi seperti dahulu.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo’ sendiri pernah mencadangkan suatu badan amanah diwujudkan bagi menguruskan Kampung Baru supaya pengurusannya lebih telus dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.
Tanah yang luasnya kira-kira 103.5 hektar di tengah-tengah Kuala Lumpur itu menjadi mercu tanda penduduk-penduduk Melayu yang berada di tengah ibu kota.
Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Zamri Asad Khuzaimi pula berkata, dalam tempoh tiga tahun, tidak kurang daripada tiga jenis pembangunan yang dipromosikan di Kampung Baru.
"Antaranya ialah Draf  KL 2020 yang sepatutnya telah bermula sekarang. Walaubagai manapun rancangan ini belum pun diluluskan oleh menteri dan Datuk Bandar.
"Projek Puncak Baru pula pernah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac 2001 lalu dan tidak diketahui apa statusnya sekarang ini," katanya.
Beberapa hari lepas pula katanya, pembangunan komprehensif  Kampung Baru dengan peruntukan sebanyak RM4 juta telah dijanjikan oleh Perdana Menteri.
Beliau yang juga Pengerusi Juham turut mengatakan terdapat percanggahan di antara kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan dalam isu ini.
"Najib (PM) berkata penduduk tidak perlu pindah dan Raja Nong Chik (menteri) pula berkata sebahagian penduduk perlu pindah," katanya.
Katanya, PAS Wilayah juga sangat tidak bersetuju dengan undang-undang baru yang dicadangkan oleh Raja Nong Chik mengenai pembangunan di Wilayah Persekutuan.
Undang-undang itu, mengatakan bahawa semua penduduk dianggap bersetuju sekiranya 80 peratus daripada keseluruhan penduduk bersetuju dengan cadangan kerajaan dalam masalah pembangunan tanah Wilayah Persekutuan.
"PAS memandang ini sebagai ugutan dan provokatif dari Menteri Wilayah. Suatu yang tidak munasabah kerana dalam apa-apa jua pembangunan, kaedah undang-undang adalah yang terakhir," katanya.
Katanya, kaedah pertama mesti diadakan perbincangan yang melibatkan penduduk, Malay Agriculture Settlement (MAS), wakil rakyat, DBKL dan kerajaan.
PAS Wilayah Persekutuan turut menegaskan, semua kampung-kampung warisan tanpa mengira bangsa di sekitar Kuala Lumpur mesti dikekalkan dan pembangunannya juga mestilah memberi manfaat kepada penduduk tanpa memindahkan mereka. 

Wednesday, 17 February 2010

Pemuda PAS mahu Nong Chik tarik balik ugutan

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin meminta maaf serta menarik balik ugutan terhadap penduduk Kampung Baru dan sekitar.
Ketuanya, Kamaruzaman Mohammad berkata, ini ekoran menteri itu yang mahu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memaksa penduduk Kampung Baru dan beberapa kampung lain sekitar ibu negara menyerahkan tanah mereka.
Katanya, seluruh negara mengetahui bahawa tanah Kampung Baru adalah Tanah Rizab Melayu dan kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa penduduk untuk menjual tanah mereka apalagi mengambilnya secara paksa menggunakan peruntukan undang-undang.
Tambahnya, kenyataan Nong Chik dalam rancangan Bual Bicara di TV3 baru-baru ini memperjelaskan lagi sikap tidak demokratik dan zalimnya pemimpin Umno terhadap rakyat dan orang Melayu khususnya.
Menurutnya, sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah turun ke Kampung Baru dan menjanjikan pembangunan di situ, sama seperti janji-janji manis yang ditabur oleh dua bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
Namun, ujarnya, tiada sebarang rundingan dan perbincangan tentang bentuk pembangunan yang diinginkan oleh penduduk.
“Nong Chik cuba memaksa penduduk menerima Draf Cadangan Pembangunan Kampung Baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga ke hari ini masih gagal dibentang di Parlimen,” katanya.
Sehubungan itu, DPPWP bertegas supaya semua draf atau cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh DBKL hendaklah dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu selepas menerima maklum balas dan cadangan rakyat.
Ini, katanya kerana DBKL adalah organisasi yang bertanggungjawab membangunkan ibu negara dan bukannya membangunkan ‘pekan koboi’ yang kecil.
“DPPWP menolak penggunaan Akta Pengambilan Tanah dalam urusan pembangunan dan mahu kaedah rundingan digunakan tanpa ada sebarang maksud yang bertindih atau prejudis kepada kepentingan rakyat,” ujarnya.

Friday, 12 February 2010

Maksiat: Rakyat mesti buat perubahan dalam pilihan raya nanti

Kesal sbb sbg menteri yg bertanggung jwb sharizat hanya menasihatkan agar mana2 wanita atau ibu bapa yg menghadapi masalah utk membela anak (termasuk yg tersilap buat anak) agar pergi ke JKM. Inilah masalahnya, pemimpin umno bn tidak sedar bahawa ini adalah produk; jika padi yg ditanam, padi akan tumbuh itu pun lalang tetap mencelah naik, tetapi jika lalang yg ditanam lalang memang akan hidup subur. Dato Seri, tidak mudah bagi rakyat utk dapat bantuan apatah lagi utk dilayan n kaunseling di JKM. Saya yang bekerja langsung dgn rakyat tahu sangat kerenah birokrasi dan tidak peduli/tidak sensitifnya SEBAHAGIAN kakitangan JKM. Usahkan pegawai Dato, malah DS sendiri pun tidak bersungguh dalam menjawab dan respon kpd persoalan2 yg dibangkitkan kpd kementerian Dato semasa sesi soal jawab dan perbahasan bajet yg berlalu hjg tahun 2009. Macam mana DS nak harap org bwh Dato bersungguh2. Kalau Dato sendiri buat acuh tak acuh kpd wakil rakyat, adakah DS rasa pegawai bawahan DS di pjbt2 JKM akan acuh n bersungguh dgn rakyat?

Masalah buang bayi adalah end product. Kalu kerajaan umno bn terus menyuburkan aktiviti menggalakkan pergaulan bebas yg membawa kpd perzinaan, maka masalah buang bayi akan terus berleluasa, sedangkan Allah berfirman Laa taqrabuzzina yakni jgn DEKATI zina, bermakna apa jua suasana yg menjurus kpd perzinaan yg akan menghasilkan anak2 luar nikah hendaklah dicantas awal2.
Ikut ajaran dan hukum Islam adalah terapinya DS !!

Quote:
[Harakahdaily
MELAKA, 12 Feb: Rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang kerana jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menangani gejala maksiat termasuk pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Ketua Penerangan PAS negeri, Sofi Wahab berkata, rakyat negeri ini juga bertanggungjawab terhadap gejala maksiat yang berlaku itu kerana memilih kerajaan BN yang seolah-olah memandang sebelah mata akan hal itu.

"Kita bimbang dengan statistik yang dikeluarkan oleh jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) baru-baru ini yang menyatakan bahawa 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka tahun 2009 dan 388 pada tahun 2008.

"Apakah kerajaan ini ingin terus membiarkan perzinaan dan dosa besar ini terus berleluasa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Begitupun beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyifatkan insiden penemuan mayat bayi perempuan di tepi pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong, di sini kelmarin sebagai amat mendukacitakan.

"Namun saya mengharapkan kerajaan negeri bukan setakat memberi cadangan supaya anak-anak malang sebegini dihantar ke rumah kebajikan tetapi yang lebih penting mencari punca sebenar mengapa bertambahnya anak-anak luar nikah bertambah di negeri ini saban tahun," ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri yang berkuasa mesti mengambil tindakan serius bagi mengurang dan membasmi perbuatan dosa besar iti di mana punca-punca maksiat yang mungkin menjadi pendorong kepada zina mesti ditutup dan dihentikan.

Di Melaka, ujarnya terlampau banyak pusat maksiat seperti premis-premis pelacuran, kelab-kelab malam, pub, dangdut dan sebagainya di samping tempat rekreasi seperti pantai, air terjun, taman-taman dan sebagainya menjadi tempat anak-anak muda berdua-duaan tanpa segan-silu.

Selain itu, katanya rumah-rumah urut bercambah dengan banyak, program-program maksiat iaitu percampuran lelaki dan wanita juga sentiasa diadakan malah ianya dianjurkan sendiri oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri.

Justeru, katanya sudah sampai masanya kerajaan negeri menutup segala tempat-tempat maksiat yang menjadi tempat merebaknya mukaddimah zina dan seterusnya perzinaan.]

Thursday, 11 February 2010

Sedia dana khas untuk pembangunan Kampung Baru

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memperuntukkan satu dana khas untuk pembangunan Kampung Baru yang dikendalikan oleh satu badan amanah seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Beliau berkata, badan amanah berkenaan mesti dianggotai wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang terdiri dari kalangan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Malay Agriculture Settlement (MAS) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) supaya penduduk yakin bahawa pembangunan yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan mereka.
"Badan amanah ini akan merancang secara bersama kaedah dan mekanisma pembangunan Kampung Baru dengan mengambil kira kebajikan dan hak pemilik, memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya perpindahan penduduk tidak berlaku ssecara serentak dan tergesa-gesa, memilih satu konsortium yang akan menjadi ‘pemaju’ untuk memastikan tiada penyelewengan, ketirisan dan kebocoran berlaku dan pemilik akan mendapat manfaat dengan terus memiliki dan menjadi stake-holder," katanya dalam blognya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman Najib berhubung cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru, iaitu pembangunan akan dijalankan setelah mendapat persetujuan pemilik tanah dan penduduk di samping memastikan mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain.
Najib dilaporkan berkata, sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa pembabitan sektor swasta akan diwujudkan bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru demi kepentingan penduduk.
Lo' Lo' yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyokong penuh pembangunan kawasan yang merupakan aset orang Melayu itu disegerakan memandangkan pemilik tanah di kawasan itu sudah jemu mendengar janji kosong kerajaan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.
"Sebelum Najib datang ke Kampung Baru, mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, seminggu sebelum menyerahkan jawatan, juga telah datang ke tapak pasar minggu bersama Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri  Zulhasnan dan Datuk Bandar pada 30 Mac 2009 dan melakukan upacara pecah tanah projek Menara Puncak Baru berharga RM500 juta yang melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan.
"Projek ini dikatakan akan dimulakan dalam masa tiga bulan dari tarikh tersebut dan siap dalam masa empat hingga lima tahun yang diberikan secara runding-terus kepada Naza TTDI," katanya.
Namun menurutnya, setelah hampir setahun sejak Mac tahun lepas, Projek Puncak Baru belum lagi bermula sedangkan Abdullah sebelum ini berjanji akan memastikan pembangunan di kawasan lain di Kampung Baru akan dilakukan satu persatu selepas pembangunan Puncak Baru.
Beliau juga meminta Najib menjelaskan secara terperinci berhubung kenyataannya seperti yang disiarkan sebuah akhbar tempatan bahawa konsep pembangunan yang akan diperkenalkan tidak memerlukan penduduk dan pemilik tanah berpindah ke tempat lain dan mereka akan kekal di Kampung Baru dengan kaedah tanah diserah kepada kerajaan dan kerajaan meluluskan semula tanah itu kepada mereka.
Ini kerana, menurut Lo' Lo', kaedah yang dinyatakan agak mengelirukan dan bercanggah dengan kenyataan awal beliau bahawa penduduk dan pemilik tidak perlu berpindah.
Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan pula menimbulkan kekeliruan dan kekhuatiran penduduk kerana apa yang difahami mereka dari kenyataan tersebut ialah tanah Kampung Baru akan diserahkan kepada kerajaan dan pampasan akan dibayar kepada pemilik sehingga RM4 juta seorang.
"Kenyataan PM kelihatan kontradik, kenyataan Menteri WP lagi jauh dari keyakinan yang cuba ditanamkan oleh PM kepada pemilik tanah yang rata-ratanya tidak mahu aset mereka yakni aset Islam/Melayu di tengah-tengah kosmopolitan Kuala LumpurL tergadai.
"Pengalaman pahit sebahagian pemilik tanah dan pewaris yang tanah mereka tergadai kepada bank setelah geran tanah diserahkan kepada syarikat korporat kepercayaan PM pada masa tersebut untuk dibangunkan yang akhirnya mereka kehilangan hak kepada aset mereka dan pada masa sama tidak mendapat pampasan menyebabkan para pemilik sukar meletakkan keyakinan mahu pun kepercayaan kepada sesiapa pun," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau selaku wakil rakyat yang dipilih rakyat akan terus memperjuangkan keadilan dan membela kepentingan rakyat khususnya pemilik-pemilik serta pewaris-pewaris tanah Kampung Baru serta memastikan aset aset orang Islam dan Melayu yang semakin terhakis akan terus dipertahankan.
"Amanah ini amanah yang berat dan saya berdoa agar terus diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk memikulnya," katanya.

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA MENGENAI PEMBANGUNAN KG BARU

Saya ingin mengulas mengenai pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru iaitu pembangunan akan dijalankan setelah mendapat persetujuan pemilik tanah dan penduduk disamping memastikan mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain.  


PM menyatakan sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan TANPA  pembabitan sektor swasta akan diwujudkan bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru demi kepentingan penduduk. ( BH 7 Feb 2010 )

Sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa saya menyokong penuh sekiranya pembangunan Kg Baru diteruskan dengan segera memandangkan pemilik tanah di Kg Baru telah jemu mendengar janji kosong semenjak zaman PM Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan selama itulah juga Menteri WP yang bertukar ganti juga membuat janji yang sama kepada penduduk Kg baru.

Sebelum PM Najib Tun A.Razak datang ke Kg Baru, mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, satu minggu sebelum menyerahkan jawatan, juga telah datang ke tapak pasar minggu bersama Menteri WP ketika itu, DS Zulhasnan dan Datuk Bandar iaitu pada 30 Mac 2009 dan melakukan upacara pecah tanah projek Menara Puncak Baru berharga RM 500 juta yang melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan. Projek ini dikatakan akan dimulakan dalam masa tiga bulan dari tarikh tersebut dan siap dalam masa empat hingga lima tahun yang diberikan secara runding-terus kepada Naza TTDI.

‘Beliau ( Tun Abdullah ) menyatakan pembangunannya bukan sekadar ditumpukan kepada kediaman semata-mata tetapi juga daripada sudut ekonomi bernilai tinggi yang dapat memberi manfaat kepada penduduknya. Perdana Menteri berkata,  ‘‘Pembangunan Kampung Baru juga perlu mengambil kira aspek alam sekitar selain mengelakkannya menjadi kawasan mundur dalam bandar yang mempunyai segala ciri-ciri keburukan dan sesak,’’ katanya. PM menegaskan menara  tersebut akan menjadi mercu tanda Kampung Baru. Abdullah menegaskan, selepas pembangunan Puncak Baru, pembangunan di kawasan lain Kampung Baru akan dilakukan satu persatu’. Untuk makluman etelah hampir setahun sejak Mac tahun lepas Projek Puncak Baru belum lagi bermula.

Berbalik kepada isu lawatan tinjau mesra .Kg Baru, apa yang diperkatakan oleh PM Najib telah banyak kali saya perkatakan dalam ucapan dan kenyataan saya sebelum ini antaranya boleh dirujuk dalam suara keadilan 7-14 julai 2009 “dibimbangi sekiranya dibuat pembangunan, hak orang Melayu di kawasan itu akan terpinggir kerana tidak ada mekanisma yang jelas untuk memastikan orang melayu para pemilik aset di Kg Baru akan mendapat hak mereka” ; “ justeru itu beliau(saya) ,mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan satu DANA berciri pinjaman mudah dan sebuah Konsortium atau Perbadanan bagi memastikan pemilik asal tanah di kawasan Kg Baru kekal memiliki aset mereka yang sedia ada ".

Dalam berita harian 9 ogos 2008 saya menyatakan “ penduduk Kg Baru tidak mahu kehilangan hak mereka dan tidak menyokong pembangunan yang tidak memberi manfaat secara terus kepada mereka. Mereka mempunyai hak untuk dibabitkan sama dalam projek pembangunan Kg Baru kerana sebarang cadangan pembangunan membabitkan tanah dan masa depan mereka “

Itulah antara kenyataan yang saya keluarkan mendahului kenyataan PM terkini. Kenyataan yang sama saya kemukakan dalam parlimen, semasa sesi soal-jawab mahu pun dalam perbahasan yang saya turut semasa membawa suara rakyat Kg Baru dan Kampung2 Tradisional sekitar KL

Menurut PM seperti yang dilapurkan dalam BH Ahad 7 Feb 2010 “ Konsep yang akan diperkenalkan tidak memerlukan penduduk dan pemilik tanah berpindah ketempat lain dan mereka akan kekal di Kg Baru dengan kaedah TANAH DISERAH PADA KERAJAAN dan kerajaan meluluskan semula tanah itu kepada mereka”, katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat DBKL dan melawat beberapa kawasan Kg Baru’.

Saya kira apa yang diperkatakan oleh PM iaitu TANAH DISERAH PADA KERAJAAN perlu penjelasan lanjut kerana kaedah yang dinyatakan agak mengelirukan dan kontradik dengan kenyataan awal PM dimana dikatakan penduduk dan pemilik tidak perlu berpindah..

Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menyatakan “ Setiap (SETIAP) pemilik tanah boleh menjadi jutawan…..” ; dan menurut lapuran akhbar yang sama iaitu Kosmo Isnin 8 Feb dimana dikatakan Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta SEORANG jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu telah menambahkan kekeliruan dan kekhuatiran penduduk kerana apa yang difahamkan dari kenyataan tersebut tanah Kg Baru akan diserahkan kepada kerajaan dan pampasan akan dibayar kepada pemilik sehingga RM4juta seorang.

Kenyataan PM kelihatan kontradik, kenyataan Menteri WP lagi jauh dari keyakinan yang cuba ditanamkan oleh PM kepada pemilik tanah yang rata-ratanya tidak mahu aset mereka yakni aset Islam/Melayu ditengah-tengah  Kosmopolitan KL tergadai. Pengalaman pahit sebahagian pemilik tanah dan pewaris yang tanah mereka tergadai kepada bank setelah geran tanah diserahkan kepada Syarikat Korporat kepercayaan PM pada masa tersebut untuk dibangunkan yang akhirnya mereka kehilangan hak kepada asset mereka dan pada masa sama tidak mendapat pampasan sewajarnya menyebabkan para pemilik sukar meletakkan keyakinan mahu pun kepercayaan kepada sesiapa pun.

Saya menyeru PM agar memperuntukkan satu Dana Khas seperti peruntukan pembangunan Wilayah Iskandar, ECER dan NCER, tapi kali ini untuk pembangunan Kg Baru. Peruntukan ini mesti dikendalikan satu Badan Amanah seperti yang dijanjikan dimana Badan Amanah ini mestilah dianggotai juga wakil2 pemilik dan pewaris tanah Kg Baru yang sememangnya terdiri dari  kalangan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang, DBKL, MAS, wakil rakyat dan dari ICU mewakili Kerajaan Pusat supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan adalah demi kepentingan mereka.

Badan Amanah ini akan merancang secara bersama kaedah dan mekanisma pembangunan Kg Baru dengan mengambil kira kebajikan dan hak pemilik, memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya penduduk tidak perlu semuanya dipindahkan, memilih satu konsortium yang akan menjadi “Pemaju” dengan ini memastikan tiada penyelewengan, ketirisan dan kebocoran berlaku dan pemilik akan mendapat munafaat dengan terus memiliki dan menjadi stake-holder.

Selaku Wakil Rakyat yang dipilih rakyat, selagi amanah ini saya pikul saya akan terus memperjuangkan keadilan dan membela kepentingan rakyat terutama pemilik-pemilik serta pewaris-pewaris tanah Kg Baru dan akan terus memastikan aset orang Islam/Melayu yang semakin mengecil dan mengurang terutama di Kuala Lumpur akan terus dipertahankan. Amanah ini amanah yang berat dan saya berdoa agar terus diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk memikulnya.

Dr Lo’Lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
Pusat Khidmat Wakil Rakyat TW
No 10 Jalan Raja Muda Musa,
Kg Baru 50300 KL
Tel: 0326980025 Fax: 0326980026
Blog: docpearl.blogspot.com