Tuesday, 9 March 2010

Remaja OKU dibelasah

Puan M sedang menunjuk kearah luar rumah dimana anak sulungnya yang OKU dibelasah oleh sekumpulan remaja yang meradang sebab tidak dapat duit yg dpinta. Kesian Puan M ibu tunggal dengan 4 orang anak OKU diperlakukan begitu sehingga beliau tidak dapat bekerja sepanjang minggu itu untuk merawat dan menjaga anak yang cedera. Anak bongsu pula demam panas. Sehari Puan M hanya perolehi RM19 shj.
Muslimat Setiawangsa berjanji dengan saya untuk terus memimpin dan membimbing Puan M yang pernah tersasar ketika berhadapan dengan ujian getir suami sakit kronik yg bawa maut. Malangnya yang menyelamatkan Puan M padamasa itu adalah mereka yg tidak seAqidah. Mereka membantu segala2nya dan sudah tentu ada harga yang perlu dibayar iaitu harga yg paling mahal tidak lain tidak bukan ianya adalah IMAN. Kini Alhamdulillah Puan M sudah kembali berada di jalan yg lurus cuma perlukan panduan arah yg jelas dan berterusan.

Dr Lo'Lo'

Ziarah Pn. Suraya Abdullah seorang muallaf

Saya mahu mati dalam Islam dan dikebumikan secara Islam, demikianlah pengakuan Puan Suraya Abdullah kepada rakan2nya yang membawa kami mengunjunginya tempoh hari.
Ini hadiah telekung sebagai salinan kepada telekung lama yang sedia ada yang telah disedeqahkan oleh seorang lagi rakan Muslim Suraya.
"Saya (Suraya) pernah bersuami dan ada 4 orang anak. Bekas suami saya orang Cina Bukan Islam. Saya selalu tidak sedar diri sebelum ini sebab ada masalah kesihatan, saya pun tidak berapa ingat tentang perkahwinan yang telah dijalankan bukan secara pernikahan Islam. Itulah sebabnya saya mahu disahkan kembali sebagai orang Islam".
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
"Saya tenang sebab sudah jadi orang Islam semula. Saya akan belajar dan betulkan solat dengan kakak2 dan saudara2 se aqidah saya disini".

Faezah

Wanita bermaruah mampu melahirkan masyarakat bertaqwa dalam Negara Berkebajikan yang mendapat pengampunan Allah SWT.

Kesibukan menguruskan kawasan parlimen dan juga menyantuni keluarga dekat dan jauh menyebabkan saya agak terlalai dengan kedatangan hari yang agak penting kepada kaum Hawa yakni Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun. Banyak yang berlaku minggu ini. Keluarga terdekat yang perlukan pemeriksaan intensif Doktor Pakar Jantung, anak yang baru memulakan karier sebagai seorang Doktor Pelatih, anak menantu yang balik setelah merantau 6-7 tahun di negara orang, cucu yang semakin nakal dan menuntut perhatian, majlis perkahwinan anak saudara serta anak sahabat handai. Kematian yang perlu diziarahi, orang sakit dan terlibat kemalangan yang perlu dilawati, mesyuarat2 dan perbincangan2 yang perlu dikuti, aduan2 rakyat yang perlu ditangani. Apatah lagi dengan ribut yang ditimbulkan beberapa rakan yang tiada daya tahan dalam perjuangan ditambah dengan goncangan serta kocakan dari pihak lawan yang menyerang kiri dan kanan.

Pagi2 saya telah menerima ucapan2 mendoakan kesejahteraan sempena Hari Wanita SeDunia hari ini 8 Mac. Saya percaya ramai wanita Malaysia yang tidak menyedari kerana sering diraikan pada 25 Ogos yang dikatakan sebenarnya adalah hari penubuhan wanita umno. Itu bukanlah isunya disini, kerana saya kira ada banyak isu-isu yang perlu diambil kira dalam memperkatakan tentang wanita khususnya wanita Malaysia kini. Kejadian pembuangan bayi, penderaan terhadap kanak-kanak sehingga maut, masalah ragut yang mencedera dan meragut nyawa, jenayah kekerasan rogol dan pemerkosaan terhadap wanita semakin menjadi2 dan menakutkan. Wanita sering menjadi mangsa, malah ahli keluarga sendiri boleh menjadi pemangsa.


Kejayaan dan penguasaan wanita dalam dunia pekerjaan juga kini dipersoalkan. Apakah hukum 'merit' tidak terpakai bila melibatkan kaum hawa? Wanita adalah gender yang rajin bekerja, sanggup berkorban dan sedia berkhidmat walaupun ada beberapa pengecualian. Buktinya di Malaysia pusat2 Pengajian Tinggi terpaksa merendahkan markah kemasukan pelajar lelaki bagi menyeimbangkan peratus siswa dan siswi. Namun begitu dalam dunia pekerjaan wanita seringkali menghadapi dilema antara kepentingan karier dengan keutamaan keluarga. Proses mengandung, melahirkan dan menyusukan anak sama mencabar dengan 'dateline' di pejabat. Malangnya proses fitrah ini dipersoalkan, sedangkan proses ini adalah merupakan sebahagian dari sumbangan wanita kepada negara iaitu melahirkan modal insan yang berkualiti.

Wanita muda sering terperangkap dengan proses biologi dan fitrah ini sehingga menjadi mangsa kepada kejahilan dan nafsu menggila yang tidak terkawal. Maka lahirlah sikecil yang tidak diperlukan dan dibenci. Dibuang di tong2 sampah, dinyah dalam aliran sungai, ditinggalkan tepi surau dan to'kong. Dibakar, dipotong2 malah dicampak dari tingkat atas flat. Bayi tidak berdosa, yang berdosa adalah ibu dan jangan lupa bayi ini lahir dari benih seorang lelaki yang bernama bapa yang berdosa. Kita sering lupa bahawa setiap bayi yang dicampak, bapanya ada diluar sana. Bapanya mungkin tahu mungkin tidak tahu atau memang tidak mahu ambil tahu. Disini peranan wanita sebagai ibu , sebagai guru penting untuk mengingatkan anak lelaki, pelajar lelaki bahawa setiap benih yang mereka tumpahkan dalam rahim wanita disitu ada kemungkinan akan tumbuh nyawa yang akan menuntut pembelaan. Para bapa lagi amat penting dan sangat penting untuk menjadi tauladan kepada anak2 lelaki, mengingatkan mereka tentang kedudukan lelaki yang Allah martabatkan sebagai pelindung dan pemimpin kepada wanita dan zuriat mereka. Kejadian pembuangan bayi yang berleluasa memerlukan pendekatan yang berbeza untuk ditangani. Sudah pasti sistem atau model (sibghah) yang dinukilkan melalui Kalimah Allah yang Maha Pencipta adalah yang terbaik.


Meskipun tanggung jawab membina keluarga adalah kewajipan yang perlu dikongsikan antara ibu dan ayah, namun realitinya wanita sendiri sebagai ibu menyanggupi peranan ini kerana naluri keibuan begitu tebal dan meruntun pengorbanan. Kaum lelaki Allah beri peranan yang lebih besar dan lebih mencabar yakni memandu, menyara dan memastikan kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat dibawah pengawasan dan pengurusannya. Perkongsian pintar  ini akan menjana keluarga berkualiti yang merupakan unit2 kecil yang akan menghasilkan satu masyakat bertamaddun atau masyarakat madani. Tunjang kepada pembentukan masyarakat madani adalah  Taqwa atau takutkan Allah atau 'God Fearing'. Hanya dengan keyakinan ini rakyat Malaysia khususnya kaum wanita akan bangkit sebagai masyarakat yang bermaruah.

Masyarakat bermaruah akan memelihara alam sekitar walaupun sibuk membangun mengejar kemajuan fizikal. Masyarakat bermaruah akan menjernihkan kembali sungai2 kurniaan Ilahi yang dicemari sekian lama. Masyarakat bermaruah menentang jenayah, keganasan dan kezaliman. Masyarakat bermaruah sudah muak dengan diskriminasi dan ketidak-adilan. Masyarakat bermaruah mengangkat martabat wanita sebagai ibu yang mendorong dan mendokong kemajuan seimbang antara fizikal dan kebangunan insan.

Masyarakat bermaruah jijik dan marah dengan rasuah yang merupakan musuh nombor 1 negara. Rasuah ibu segala penyelewengan, ketirisan dan kebocoran dalam sistem pemerintahan negara. Rasuah menjadikan para suami dan ayah tidak rasa bersalah menghidangkan makanan dan minuman serta perbelanjaan keluarga yang subahat. Rasuah menjadikan pemimpin barang jual beli. Beli 3 percuma 1. Rasua menjadikan pengikut barang gadaian. Rasuah menghancurkan institusi keluarga dan membocorkan keselamatan negara. Wanita wajib menolak untuk disara dengan duit yang jelas tidak halal. Wanita mesti mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menolak dan mencantas pemimpin berasuah walau banyak mana pun jasanya. Wanita mesti ada kesungguhan untuk menyatakan TIDAK kepada rasuah.

Namun rasuah di Malaysia ini seperti jualan arak di pasar2 raya. Ada kaunter bayaran barang tidak halal, ada restoran tidak halal. Ada cafe/kopitiam yang jelas tidak halal dan dijauhi oleh Muslim. Ada juga kaunter halal dan restoran halal atau hotel halal, tapi arak dijual beli disitu, dihidang dan dipamirkan. Ada peminat dan peminumnya yang alpa atau sengaja melupakan hukum haramnya sebab lazat dan sudah biasa. Begitu juga rasuah, peringatan Allah dan RasulNya tentang hukum pemberi dan penerima rasuah ditinggalkan begitu sahaja di mimbar2 masjid. Diluar masjid urusan beri dan terima rasuah terus subur hingga menjunamkan indeks persepsi rasuah negara.


Wanita mungkin dilaungkan dengan gagasan2 hebat sempena Hari Wanita Sedunia hari ini, namun barangkali apa yang diperlukan hanyalah sedikit keinsafan yang lahir dari hati yang suci hasil dari peringatan yang ikhlas, memanjangkan risalah Rasulullah SAW: "Qu anfusakum wa ahliikum naaro". Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.


Salam kasih sayang dari wanita kepada wanita,
Kami Prihatin 'We Care'

Dr Lo'Lo'
yb.drlolo@gmail.com
0326980025

Friday, 5 March 2010

Bila katak politik lompat masuk/ tunggu tepi lubang najis

Ni hantaran saya menjawab komen terhadap doa yang saya cadangkan kepada penyokong-penyokong PR yang bimbang dan risau dengan senario terkini PKR/PR. Saya kongsikan di sini panjang saya menulis:

Janganlah RHM (singkatan nama seseorang dalam facebook) nak perasan yang UMNO/BN tu baik sangat sebab itu beberapa katak politik lompat ke sana. Kita anjurkan baca doa tersebut apabila beberapa pimpinan PKR meninggalkan parti + PR untuk muhasabah diri dan sebagai pengaduan kepada Allah swt. Sebagaimana Rasulullah saw dibaling dengan batu oleh penduduk Taif hingga cedera dan berdarah. Baginda saw mengangkat tangan lalu berdoa dan mengadu kepada Allah swt. adakah itu bermakna Rasulullah saw tak betul dan musuh-musuh Islam betul?

Adakah jenayah setpol menteri yang ditemui dengan RM2juta cash dalam rumah dia boleh dibandingkan dengan kesalahan bekas pimpinan Kerajaan Negeri dan PKR Pulau Pinang yang kononnya telah d'clear' dari sangkut dengan rasuah RM10k oleh SPRM baru-baru ini. Kita tahu sangat clearance seperti itu yang menyebabkan orang-orang seperti ini boleh mudah diumpan untuk lompat.
Tak payah temberanglah saya tinggalkan PKR kerana pimpinan PR dah lari dari landasan perjuangan, kerana kalimah Allah lah dan sebagainya.

Suruh orang-orang ini buka balik sms yang dia disogok dengan RM10k oleh taukeh Cina-dia buat kerana kalimah Allah ke? Masa tu mana pergi ArRasi wal MurRasi fin Nar-pemberi dan penerima rasuah dalam neraka.

PKR/PR mengambil langkah berisiko tapi berani dan bertindak awal dengan mencantas benih-benih cancer rasuah ini. Orang-orang macam ini termasuk 2 katak di Perak inilah yang di pungut tepi lubang najis oleh umno/BN untuk meriahkan lagi 'Rasuah dulu kini dan selamanya dalam umno/BN' dan mencorotkan Indeks rasuah Malaysia dari tangga 48 ke tangga 56 setaraf dengan Zimbabwe.

Siapa-siapa yang sokong kemungkaran seperti ini akan bersama dengan pimpinan dia di padang mahsyar nanti, di mana alTantuya pun akan menunggu untuk dapat pembelaan dari Allah swt.jika benar Altantuya telah masuk Islam dan mungkin bertaubat sebelum diletup dengan C4 bersama baby yang dikandungnya, Altantuya mungkin akan dulu masuk syurga dari pimpinan yang mengarahkan 2 anggota Tindakan Khas meletupknnya. Wallahua'lam

Jawapan saya kepada friend FB Senior Sekolah Taayah dulu

Kak Aliyah, memang saya sangat berminat nak buat banyak program. Sedihnya peruntukan sangat terhad. Saya menggunakan elaun Ahli Parlimen untuk menggerakkan Pusat Khidmat ie tidak kurang dari RM10k/bln. belum kira lagi sumbangan kepada golongan asnaf, orang mati, kenduri kahwin, orang beranak dan lain-lain. Kami Ahli Parliman PR dinafikan peruntukan khas JPM sebanyak tidak kurang dari RM1juta setahun. Kalau Kak Aliyah yang very informative pun tak tahu, macam mana rakyat biasa yang lain. Jadi setiap hendak buat apa-apa kena jadi profesional beggars, menadah tangan sana sini. tak apa, bila saya turun ke Rakyat dalam program-program yang disediakan Persatuan Penduduk/ Rukuntetangga/ Jiranita dan lain-lain saya memang seringkali mengingatkan tentang kepentingan tarbiyah + pendidikan keluarga untuk melahirkan hamba-hamba yang bertaqwa. Program-program itu pun seringkali saya diketepikan, sebab UMNO tabur banyak duit jadi merekalah yang menjadi penaung, penasihat Persatuan-persatuan + NGOs; jadi merekalah yang sering merebut pentas program. Kalau ceramah baik-baik tak apa, ini fitnah saya tak buat kerja/ tak turun jumpa rakyat dan lain-lain. Ini semua cabaran dan saya semakin cekal dan nekad untuk terus merubah dan membaiki sikap masyarakat. Moga-moga FB semua jadi FB yang bertaqwa dan takutkan Allah tidak kira Muslim atau non-Muslim sebab sekarang semua orang berminat untuk guna nama Allah. Barulah negara aman dari RASUAH, Rempit, Dadah, Dedah, buang bayi, seksa anak sampai mati, zina dan hiburan melampau. Rakyat malas, PATI berleluasa. Macam-macam lagi yang tak tersenarai...sama-sama kita kerja kuat, amanah dan bersungguh-sungguh ya Kak.

Thursday, 4 March 2010

Jom pakat ramai2 buat solat hajat terhadap lain2 YB yang mengkhianati perjuangan 7 hari 7 malam

MOHSIN HARUS DIJADIKAN CONTOH

Mengkhianati perjuangan, berpaling tadah, mungkir dengan janji berkempen, menyalahgunakan amanah serta mandat yang diberi rakyat dan enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan adalah di antara sebab-sebab kenapa Mohsin diharuskan hukuman duniawi dari ALlah. Satu jalan keluar ialah Mohsin bermubahalah dengan pengundi kawasan Parlimen Bagan Serai.



Tindakan rakyat untuk bersembahyang hajat mohon bala diturunkan kepada Mohsin TIDAK ZALIM.


Dengan bertindak keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas, Mohsin sebenarnya telah menzalimi dirinya sendiri




Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam


Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.


Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.


Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.


“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Jimadie Shah Othman/malaysiakini

Wednesday, 3 March 2010

Kenyataan Media Ahli Parlimen PAS Pakatan Rakyat

Kenyataan Media 3 Mac 2010

Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.Kami menyeru kepada masyarakat dan rakyat untuk bersama kami dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang setia dengan perjuangan menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.————————————–Nota:

MP PAS terdiri daripada

Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang),
Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok),
Salahuddin Ayub (Kubang Kerian),
Dato’ Mahfuz Omar (Pokok Sena),
Dato’ Abdul Halim b Abdul Rahman (Pengkalan Chepa),
Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai),
Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), 
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Puan Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling),
Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat),
Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang),

Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu),
Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu),
Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh),
Khalid Samad (Shah Alam),
Che Uda Che Nik (Sik),
Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai),
Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap),
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar),

Dato’ Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang)
 Ahli Dewan Negara terdiri Muhammad Yusof Husin (Kedah),
Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan),

Puan Mumtaz bt Md Nawi (Kelantan)

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS
email: parlimen.pas@gmail.com

Monday, 1 March 2010

UMNO BAHAGIAN CHERAS anjur MAULIDUR-RASUL dengan kerjasama DBKL

Tajuk berita dalam sinar hari ni mengejutkan saya. "Rumah ahli politik dipecah masuk" Ketua UMNO bahagian Cheras datuk Syed Ali Alhabshee kerugian lebih rm400 ribu bila kediamanya di Taman TAR dipecah masuk sekumpulan perompak awal pagi semalam. Maklumat2 yang saya terima yang hilang tu termasuk wang tunai beratus ribu,taktau betul atau tidak tapi itulah maklumat yang heboh disembangkan oleh pengunjung kedai2 kopi di KgBaru pagi tadi.Saya bersimpati dan ucap takziah atas kejadian yang menakutkan itu.Mohon doa pada Allah SWT barang dijauhkan. Namun saya memang takde duit sebanyak tu.Separuh pun jauh.Kalau dalam rumah ada RM 3-4 ribu rasa dah banyak sangat sebab duit tunai yang saya keluarkan dari gaji ahli parlmn biasanya untuk gaji staf pusat khidmat, bil2 dan urusan operasi sebagai wakil rakyat.Maklumlah kami ahli parlimen PR diNAFIkan peruntukn ahli parlimen dari EPU Jabatan Perdana Menteri.

Saya pernah minta peruntukan ni mengikut prosedur dengan kemukakan kertas cadangan pembangunan kecil dan program2 bersama rakyat. Haram tak lulus walaupun disokong menteri kabinet yang agaknya nak menunjukkan dia baik dan tak terlibat. Menurut pegawai tinggi di EPU ahli parlimen pembangkang memang tak dapat,ni prerogative PM.Hanya permohonan dari NGO yang disokong ketua2 bahagian umno sahaja yang akan diluluskan. Tapi ni bukan duit PM, ni duit rakyat, duit pembayar cukai mana bleh difaraid sesama ketua bahagian umno.huh tanggunglah dosa sebab saya dan penyokong saya akan tuntut setiap sen yang diselewengkan.

Berbalik pada cerita rompakan tadi banyak betul duit Ketua bahagian umno ya. Tu baru dalam rumah belum kira yang dalam bank dalam dan luar negara. Berapa ratus juta agaknya. Tinggal pun di Taman TAR tempat orang kaya++ di KL ni. Tapi takheranlah nak banding dengan setpol menteri yang simpan berjuta2 dalam rumah. Yang disiasat dgn ekspress TGNA. Pemuda umno Kelantan buat aduan lagi di Putrajaya kepada sprm sebab ada blog yg tulis sprm kelantan proPAS.Lawaknya, tulisan blog kini jadi asas siasatan sprm dan polis.

Tentang duit ketua umno bahagian memanglah banyak sebab mereka berniaga daddykasi oops berdedikasi. Mungkin dapat projek kerajaan berjuta2, dapat tender macam2 lagi. Takkan duit RM400k tu duit peruntukan ahli parlimen Cheras yang menurut pegawai tinggi EPU punya cerita memang difaraidkan ke umno bahagian, kut.Kesian wakil rakyat Cheras yang bertahun2 di pegang DAP,tak merasa nak urus duit tersebut untuk kepentingan rakyat.

Sebelum tu hujung minggu yang baru berlalu saya dapat maklumat JK surau PPR laksamana yang terletak dalam parlimen TW tapi sempadan dgn Cheras; buat majlis MaulidurRasul, dengar cerita mereka dapat beribu jugalah disumbangkan oleh ketua umno Cheras sebagai penaung surau. Agaknya sebab sumbangan yang lebat ni saya sebagai wakil rakyat langsung tak dijemput. Dimaklumkan pun tidak.Tak tergamak kut sebab dah dapat vitamin RM. Menurut baner2 yg tertera di PPR majlis tu paginya dirasmikan ketua pemuda umno cheras, malamnya forum ucaptama oleh ketua umno cheraslah, yang paling menarik majlis ni dibuat dengan KERJASAMA DBKL.Maknanya DBKL sediakan prasana dll. Ni bukanlah program pertama umno buat program di kawasan saya dengan kerjasama DBKL. Saya sedang kumpul bukti dan akan kemukakan dalam tulisan2 saya akan datang bagaimana umno "memperkosa DBKL" untuk kepentingan mereka.

Ironinya bila saya mohon untuk buat program atas nama pusat khidmat wakil rakyat,bulat2 akan ditolak."Tak boleh luluslah YB sebab ni politik. Umno pun kita tak bagi, PAS pun kita tak bagi" ni kata2 senada pegawai2 tertinggi DBKL. Bila saya berhujah saya mohon bukan atas jawatan saya sebagai AJK PAS pusat atauketua muslimat TW tapi sebagai wakil Rakyat. Kalau takde politik takdelah wakil rakyat, takde parlimen, takde PM dan DBKL pun takde."Tak bleh YB, minta maaflah YB carilah mana2 NGO untuk mohon,persatuan penduduk/RT/JK surau masjid". Itu senarionya. Lawak lagi sebab kebanyakan NGO di PPR di TW telah dikuasai oleh pimpinan umno sebagai penaung,sebagai penasihat.Taubat mereka nak pohon bagi pihak saya.

Sehinggakan sekarang yang jadi 'YB' d parlimen TW adalah timbalan ketua bahagian umno TW. Penyokong2 dia telah siap2 'menabalkan' dia sebagai YB. Tak percaya pergilah hadir program2 yang beliau di'VIP'kan yang wakil rakyat yang sah takde. Itulah panggilan oleh MC ie YB Dato Jo . Lebih2 lagi masa saya berehat sebab di uji Allah dengan ujian sakit dan dibedah sejak bulan puasa tahun lepas. Baru bulan ni saya ada kemampuan untuk turun balik jumpa rakyat. Masa saya cuti sakit wakil2 saya ynag turun menyantuni rakyat TW, tapi tentulah tak sama dengan wakil rakyat sendiri. Apa nakbuat Allah nak uji.

Di TW ni saya diserang dari segenap penjuru.Sebelah sempadan cheras oleh umno Cheras, sebelah Pandan terutama Indian Settlement oleh mic Pandan. Di sebelah Desa Rejang Setapak (pemindahan flat pekeliling) oleh umno+mca Setiawangsa.Di sekolah2 oleh bekas wakil rakyat dulu menggunakan Yayasan pendidikan TW. Baik PIBG mahupun sukan,dialah tukang rasmi sebab YPT bagi sumbangan beribu2 berbanding YB yang bagi kek je masa hari guru. Itu pun 'ambush' masuk sekolah,kalau nak pohon2,alamat 'reject' awal2 lagi. Permohonan saya kepada pengarah pelajaran WP utk dpt senarai nama pelajar2 cemerlang seluruh TW sampai sekarang tak berjawab. Saya pohon dengan menyertakan keratan akhbar dimana dilapurkan umno Segambut masuk sekolah menengah siap buat pendaftaran puteri umno lagi. Ingatkan umno boleh masuk sebagai parti politik saya sebagai wakil rakyat tentu lebih2 lagi boleh, tapi pengarah pelajaran pun munigkn di ikat kaki tangan dan mulut.

Apa pilihan yang saya ada? Saya teringat doa TGNA "kami dihimpit dari setiap penjuru ya Allah, maka bantulah kami yg berjuang untuk menegakkan syariatMu dan keadilan sejagat ya Allah. Kami serahkan kepadaMu ya Allah untuk berhadapan dengan pimpinan yang tidak adil dan zalim,kami telah lakukan apa yang kami mampu. Allahumma 'alaika ...........(Sebutlah nama2 orang yang menzalimi tersebut). Itulah yang saya lakukan. Mungkin tidak relevan langsung dengan peristiwa rompakan dan pendedahan kekayaan ketua bahagian umno yg tersebut. Wallahua'lam.

Dr Lo'Lo'
Ahli Parlimen Titiwangsa yang SAH
yb.drlolo@gmail.com

Kejayaan Kastam Diraja Malaysia

Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Diraja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kastam Diraja Malaysia telah berjaya membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk, dengan merampas barangan bernilai keseluruhannya sebanyak RM176 juta di seluruh negara bagi tahun 2008, dan sebanyak RM212 juta bagi tempoh Januari hingga November 2009. Jenis barangan yang berjaya dirampas adalah yang berisiko tinggi, iaitu yang mempunyai duti yang tinggi seperti rokok, minuman keras, kenderaan, alat telekomunikasi dan dadah. Dadah tidak dikenakan cukai, tetapi dirampas juga. Jumlah cukai yang sepatutnya dibayar bagi barang-barang seludup sejak tahun 2008 adalah RM472 juta. Itu yang perlu dibayar, tetapi tidak dibayarlah kerana dirampas. Bilangan tangkapan yang berjaya dibuat dari tahun 2008 hingga kini adalah seramai 4,193 orang. Terima kasih.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah hasil cukai di pintu-pintu masuk utama di sempadan? Berapakah sebenarnya jangkaan cukai yang sepatutnya dikutip jika penguatkuasaan lebih berkesan? Kedua, apakah langkah-langkah proaktif yang telah dilaksanakan dalam masa tiga tahun ini berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara tentang ketirisan dalam kutipan cukai kastam?

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak mempunyai perangkaan untuk setiap pintu masuk, tetapi saya boleh berikan jumlah mengikut negeri. Mengikut negeri, yang paling tinggi ialah negeri Selangor dengan nilai rampasan sebanyak RM131 juta dan cukai yang terlibat sebanyak RM168 juta. Tidak perlu kira yang sen-senlah. Keduanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur nilai rampasan RM92 juta, cukai yang terlibat RM85 juta. Pulau Pinang RM63 juta, nilai rampasan cukai terlibat RM68 juta. Terengganu
yang kecil sekali, tidak Labuan yang kecil sekali nilai rampasan RM808,000 cukai terlibat RM1.2 juta, Terengganu RM1.2 juta nilai rampasan RM2.9 juta cukai terlibat. Seluruh negeri adalah kalau Yang Berhormat ingin saya boleh bagi. Keduanya dari segi peningkatan usaha untuk mengelakkan ketirisan. Pihak Kastam telah membeli umpamanya bot-bot laju supaya mengawal perairan penyeludupan melalui pantai-pantai, membeli scanner yang baru. Buat masa ini tidak semua pintu masuk ada scanner. Kita dalam proses pembelian scanner. Terima kasih.

Friday, 26 February 2010

"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA
DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU
JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41

{Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya.
Jika tidak mampu, maka dengan lidah atau lisannya,
kalau tidak mampu maka dengan hatinya.
Yang demikian itu adalah selemah2 iman
- hadis riwayat Abu Said Al Khudri RA} .

Salam MaulidurRasul - cintai Sunnah tinggalkn bid'ah

Dr Lo'Lo'