Thursday, 13 December 2007



YG BERHIMPUN ADALAH POLIS DAN WARTAWAN



KAWAT BERDURI PUN DIPASANG !!!! MSIA NGRA POLIS DAN DLM 'DARURAT'



BARU AJE DITEMURAMAH OLEH WARTAWAN TERUS DICEKUP. SALAHKE BERCKP DGN WARTAWAN?
MANA2 PUN SAYA PERGI, BIASA AJE WRTWN DTG TEMU RAMAH DAN TANYA PNDAPAT



DEMOKRASI PINCANG MSIA, RAKYAT NAK MASUK PARLIMEN D HALANG DGN COURT INJUNCTION. POLIS BERTEMPUR DGN RAKYAT BUKAN DGN PNJENAYAH



HELLO, ASSALAMUALAIKUM BANG, DAH KENA TAHAN NI


TAK BOLEH BERHIMPUN UTK HANTAR MEMO DI PARLIMEN, KAMI 'BERHIMPUN' DI IPK JLN HANG TUAH. ADALAH DERANG BAGI KAMI MKN NASI BUNGKUS, IKAN GORENG BESAR JARI, SAYUR KETOLA DAN SUP HITAM. SAYA PROTES TAKMAHU MKN SBB POLIS2 DIBEKAKAN NASI LAIN, DLM BKS PLASTIK.AKHIRNYA LPS SOLAT ZOHOR SORANG SB BAGI NASI SAMA MCM NASI POLIS. BARU BETUL, LALU SAYA PUN MKN, YG LAIN2 PUN MKN LAGI SEKALI



TAN SRI DIPAKSA 'BUANG MASA' DI IPK TAK PASAL2. LEPAS TAHAN BBRP JAM DI LEPASKN DGN MAAF !! TAKFAHAM TAK FAHAM



DR HATTA, ANG, ARUCHELVAN, DR NASIR, ABD RAZAK, TIAN



UST NASRUDDIN, HAZIRA, HASHIM, SABRI DLL



TAN SRI KHALID BARU SAMPAI, DGN SENYUM DAN RAMAH TAMAH MENEGUR SUME ORANG DAN SALAM DGN SUME POLIS2


KESIHAN TIAN CHUA, DIHERET DARI KERETA, DIPECAHKAN CERMIN MATANYA, DIBELASAH HINGGA MERAH2 BADANNYA, DIBAKAR PULA KERETANYA DAN MCM2 LAGI. TAPI SEMANGATNYA TIDAK PERNAH PATAH.



TAN SRI KHALID YG PAKAI LENGKAP SATU SUT UTK IKUTI PERSIDANGAN PARLIMEN PUN DITAHAN. MSIA NGRA POLIS YG JADI KUDA TUNGGANGAN UMNO/BN



BUDAK UMUR 13 TAHUN PUN DITAHAN. BUDAK NI IKUT BAPA DIA DAN DITAHAN MASA SDG BERJLN KEKEDAI UTK MINUM PAGI. BAPANYA TIDAK TAHU PUN DIA DITAHAN SBB SDG PARKIR KETE. KIRA2 MCM POLIS CULIK BUDAK NI.

Penahanan dpn parlimen
Tian Chua gigit polis
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menggigit seorang anggota polis yang menahannya ketika cuba meloloskan diri memasuki Bangunan Parlimen, di sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Tian Chua bersama seorang lelaki menaiki Proton Tiara membolosi sekatan di Jalan Parlimen menuju Bangunan Parlimen, sebelum kedua-duanya ditahan polis.

Bagaimanapun, difahamkan, ketika bergelut untuk memboloskan diri, Tian Chua dikatakan menggigit lengan kiri anggota polis yang menangkapnya.

Polis kemudian menahan Tian Chua.

Lebih mengejutkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang menyertai perhimpunan itu turut ditahan.


Tujuh lagi dipercayai ahli Pas dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), ditahan di sekitar bangunan Parlimen kira-kira jam 12 tengah hari kerana masih berdegil ketika diarahkan polis supaya bersurai dan berkeras untuk menghantar memorandum.

Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota jawatankuasa Pas pusat, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali turut ditahan.

Semua mereka antara 12 orang yang ditahan dalam perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bermula kira-kira jam 9 pagi dan kemudian dilihat agak dingin pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum beralih arah untuk berhimpun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Seramai lapan daripada mereka bagaimanapun dibebaskan selepas kenyataan mereka diambil.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerah berkawal di beberapa lokasi berhampiran bagi mengawal keadaan termasuk memeriksa kenderaan terutama yang menghala ke pintu pagar utama Parlimen.

Sekatan jalan raya turut diadakan di beberapa kawasan di ibu kota mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga lewat petang.

Kelmarin, polis mendapat perintah mahkamah bagi melarang penyokong Bersih daripada berkumpul di bangunan Parlimen yang dikatakan bertujuan menyerahkan satu memorandum bagi membantah pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007.

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66 tahun, diluluskan Dewan Rakyat, beberapa jam selepas perhimpunan haram itu diadakan.

Sementara itu di PUTRAJAYA Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamed, mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditahan, sebaliknya hanya menjalani pemeriksaan biasa di KLIA.


POLIS BLOK TAK BAGI MASUK JADI KAMI PUN DUK DI PANGKAL JLN PARLIMEN UTK CARI PELUANG MASUK MELAKSANAKAN HAK SBG RAKYAT MSIA YG BERDAULAT



MANA ADA BERHIMPUN HARAM, TIAN CHUA DLM KETE UTK MASUK SBB BELIAU MMG PEG BERTUGAS DATIN SRI WAN AZIZAH, ADA PAS LAGI, TP KETE BELIAU DICEROBOH UTK PASTIKAN BELIAY DITAHAN



LIHAT BETAPA KEJAMNYA POLIS YG MENGHERET TIAN, POLIS YG GANAS DISINI.

29 ditahan ingkar arahan,
(Oleh Hardi Effendi Yaacob, Sazarina Shaharim dan Ifwan Tun Tuah).

BEGITULAHBUNYI TAJUK LAPURAN AKHBAR ARUS PERDANA INI. YG SEBENARNYA MANA ADA DEMO ATAU HIMPUNAN. YG BERLAKU POLIS BUAT SEKATAN JLN KE PARLIMEN, HINGGA KAMI BBRP ORG PIMPINAN TERPAKSA TURUN DARI KERETA UTK BERJLN MASUK KEPARLIMEN. PARLIMEN ADA DEWAN RAKYAT JADI RAKYAT BERHAK MASUK BILA ADA PERSIDANGAN. ADA DEWAN NEGARA JADI INI TEMPAT DALAM NEGARA YAG RAKYATLAH PATUT RAMAI2 BERADA DISANA UTK DGR DAN TGK WAKIL2 BUAT KERJA ATAU TIDAK. TIADA PERARAKAN. LEBIH PENIPU LAGI BILA AKABAR NI MENIPU KATA BERKUMPUL DARI DATARAN MERDEKA. PEMBOHONG BESAR. TGK GAMBAR2





Pemimpin pembangkang sertai perarakan ke Parlimen hantar memorandum

KUALA LUMPUR: Polis menahan 29 orang, termasuk beberapa pemimpin kanan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di ibu negara, semalam.

Semua ditahan selepas mengingkari arahan polis supaya bersurai sejajar perintah mahkamah melarang kumpulan itu mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum menolak usul melanjutkan umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kumpulan itu yang berkumpul di Dataran Merdeka dan hadapan Bank Negara sejak 8 pagi, merancang berarak ke bangunan Parlimen, tetapi dihalang polis.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, bersama seorang rakannya, Abdul Razak Ismail, yang menaiki Proton Tiara membolosi sekatan polis di simpang masuk ke bangunan Parlimen.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Tian Chua dan Abdul Razak tidak menghiraukan arahan supaya berhenti menyebabkan beberapa anggota polis termasuk dari Cawangan Khas Bukit Aman terpaksa mengejar dan menghalang keretanya, kira-kira 50 meter dari pintu masuk bangunan itu.

Keadaan menjadi tegang dan berlaku pergelutan apabila kedua-duanya enggan keluar dari kereta itu hingga memaksa polis menarik mereka, tetapi Chua bertindak menggigit seorang anggota polis.
Selain Tian Chua dan Abdul Razak, turut ditahan di lokasi sama ialah Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Tantawi, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali serta tujuh lagi penyokong Bersih.

Enam lagi ditahan di tempat letak kereta bangunan Parlimen selepas menghantar memorandum berkenaan.

Mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkifli Ahmad, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng, ahli Writers Alliance of Media Independence, Wong Chin Huat, Pengasas Pusat Komunikasi Masyarakat, Mein Lor dan Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, V Gayathry.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika ditemui di lobi Parlimen, berkata polis berhak menahan sesiapa saja di dalam kawasan Parlimen jika mereka memberi ancaman keselamatan.
"Sesiapa saja yang memecah masuk zon sekuriti, termasuk Bangunan Parlimen boleh ditahan. Mereka kononnya mahu menghantar memorandum kepada semua Ahli Parlimen tetapi langsung tidak menghubungi saya mengenai perkara itu," katanya.

Beliau berkata, walaupun diberi pas masuk sebagai tetamu kepada Ahli Parlimen Pas-Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, tindakan kumpulan itu menghantar memorandum masih dianggap memecah masuk zon sekuriti.

Pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 yang melanjutkan umur persaraan anggota SPR itu, diluluskan sidang Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar, ketika dihubungi berkata penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram yang boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

"Kita menahan mereka kerana berdegil dan mahu meneruskan perhimpunan itu, walaupun sudah diberi amaran oleh polis sejajar dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah melarang perhimpunan diadakan.

"Kebanyakannya ditahan di simpang masuk ke Bangunan Parlimen berhampiran Taman Tasik Perdana dan beberapa lokasi lain sekitar ibu negara, termasuk Dataran Merdeka," katanya.

Bagaimanapun, sehingga jam 7.30 malam tadi, 12 orang termasuk Khalid, Mustafa, Yap, Gayathry dan Dr Dzulkifli dibebaskan dengan jaminan polis.

Tian Chua pula dilihat dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, kira-kira jam 2 petang sebelum ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketika di mahkamah, beliau turut mencetuskan kekecohan apabila duduk bersimpuh di lantai dan enggan berjalan sebagai tanda protes terhadap penahanannya hingga terpaksa dipapah anggota polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi)Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah, ketika dihubungi berkata penyokong Bersih yang masih ditahan akan dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan.

"Semua dibebaskan atas jaminan polis sehingga Selasa depan. Kita sedang menyiasat secara terperinci kes ini dan mereka boleh dipanggil semula pada bila-bila masa untuk membantu siasatan," katanya.

Monday, 10 December 2007

PENAMGKAPAN MOHAMAD SABU TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN - PAS

Roy Rasul
Mon | Dec 10, 07 | 2:31:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan polis menahan Naib Presiden, Mohamad Sabu semalam sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Katanya, ini kerana, cara tangkapan yang dilakukan terhadapnya seolah-olah Mohamad seorang penjenayah.
Apatah lagi, katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini, semasa polis menahan Mohamad dalam perjalan menghantar anak perempuan ke rumah besannya yang membuat kenduri.

"Bagi saya tangkapan tersebut tidak berperikemanusiaan. Lagipun mereka tahu rumah Muhamad Sabu dan ini yang menimbulkan tanda tanya apakah mesej pihak berkuasa.
"Polis juga tahu keluarga tersebut sedangkan mengadakan kenduri kahwin jadi apa perlunya ditahan di tempat seperti itu," katanya.



Sementara itu Mohamad cuba ditahan polis dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang, berdekatan Sunway City, Tambun, Perak, sebaik sahaja selesai menghadiri kenduri kahwin anak perempuannya di rumah pengantin lelaki lebih kurang jam 3 petang semalam.

Harakahdaily hari ini melaporkan, selepas melalui proses yang cukup mendebarkan sejak jam 3.00 petang semalam akhirnya Mohamad disahkan berjaya ditangkap pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan, di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang, untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, semasa berhenti di plaza tol berkenaan, pihak keselamatan cuba melakukan kekerasan, dengan mengugut untuk memecahkan cermin kereta apabila Mohamad Sabu dan rombongannya yang diiringi polis dari Ipoh, Perak enggan "menyerah".

Dipercayai beliau ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), ekoran perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di hadapan Istana Negara, 10 November lalu.
Hari ini, beliau dihadap ke Mahkamah Majistret, Jalan Duta.

Sementara itu Ahli Jawatakuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali berkata, yang menghairankan kenapa setelah sebulan berlalu pehimpunan Bersih baru semalam dilakukan tangkapan.

"Adakah polis cuba hendak mewajarkan tindakan itu dengan himpunan Hindraf, sehingga mereka terpaksa bertindak demikian?" soalnya.

Menurutnya, Mohamad adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden, bukannya penjenayah malah beliau berada dalam negara.



"Sekiranya perlu panggil beliau dan tidak perlu ditangkap dalam keadaan beliau menguruskan perkahwinan anaknya.
"Padangan saya polis ego dan sengaja mahu menunjukkan kuasanya yang tidak kena dengan tempat," katanya.
Malah katanya, rakyat berasa sangat kesal kerana penjenayah yang sebenarnya seperti kes merogol dan membunuh Nurin sehingga kini gagal ditangkap.
Katanya, sepatutnya polis menangkap penjenayah seperti itu bukan ahli politik seperti Muhamad Sabu.



Katanya, sewajarnya polis tidak boleh membiarkan integriti mereka 'dicabuli' kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan seperti itu dakwanya, akan memberi imej yang semakin buruk kepada pasukan polis dan seterusnya menyebabkan kepercayaan rakyat bertambah tipis. - mns
INI ADALAH TULISAN SAYA BEBERAPA HARI SETELAH HIMPUNAN BERSEJARAH 10 Nov 07




Pilihanraya yang tidak adil dan berat sebelah adalah sama dengan tiada demokrasi kerana system pilihanraya yang berat sebelah hanya akan melahirkan natijah yang serupa dengan sekiranya tiada pilihanraya: pengekalan regim yang serupa.

Dalam dua tiga hari ini kita melihat berbagai2 respon datang dari pimpinan2 UMNO sebagai reaksi kepada Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.

Di sini suka saya memberi komen kepada beberapa komen yg telah dilayangkan oleh pemimpin2 UMNO.

Komen pertama dari Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin (http://www.youtube.com/watch?v=o4ZTHXn5g7Y&NR=1):
“ Demonstrasi tidak perlu kerana kita sudah ada piliharaya di dalam Negara kita”

Respon saya: Mungkin Datuk Zam kurang memahami dan memperlihatkan kurang-cerdiknya kerana tidak celik apa itu demokrasi. Sekiranya kenyataan Datuk Zam ini benar, mengapa di keseluruhan Negara Barat yang mempraktik demokrasi, rapat umum dan demonstrasi dibenarkan? Bukan sahaja Negara Barat, jiran kita Indonesia rakyatnya berhimpun dan berdemonstrasi, jiran kita Thailand, rakyatnya demo sampai berminggu sehingga PM dia terpaksa lari keluar negara. Malah Negara Korea Selatan yang begitu berdisiplin rakyatnya berdemo dengan teratur, siap menyanyi dan berpakaian seragam. Orang London berdemo beratus ribu keluar kejalan raya beberapa hari kerana masalah duit pencen sahaja.

Datuk Zam nampaknya amat dangkal di dalam memahami demokrasi. Demokrasi tidak terbatas kepada pilihanraya semata-mata. Demokrasi juga bergantung kepada kebebasan bersuara, kebebasan berfikir, kebebasan menulis dan menyebarkan maklumat, kebebasan berkumpul dan beraktiviti dsbnya.

Umpama, demokrasi adalah sebuah kereta, pilihanraya adalah enjinnya, kebebasan bersuara adalah tayarnya. Tanpa tayar, walau semana kuat dan bagus enjin, kereta tetap tidak bermakna.

Datuk Zam juga sepatutnya sedar bahawa yang dipersoalkan sekarang adalah system pilihanraya di Malaysia. Sistem pilihanraya di Malaysia adalah berat sebelah, korup, tidak adil dan tidak telus. Bagaimana sebuah system pilihanraya yang tidak adil seperti di Malaysia boleh dijadikan hujjah oleh Datuk Zam?

Komen kedua dari Datuk Nazri Aziz(http://www.malaysiakini.com/news/74681);
“Kami menyokong demonstrasi Myanmar kerana di Myanmar tiada pilihanraya, tiada demokrasi. Di Malaysia, kita ada pilihanraya dan ada demokrasi”

Respon saya: Apa bezanya sistem pilihanraya yang berat sebelah dengan tiada pilihanraya. Kedua2 nya mempunyai natijah yang serupa, yakni pengekalan rejim yang sedia ada.

Pilihanraya bertujuan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka kehendaki untuk memerintah mereka. Sekiranya system pilihanraya itu sendiri songsang dan berat sebelah, suara rakyat sudah tiada makna sama sekali. Keluarlah rakyat kesemuanya untuk mengundi namun natijahnya tetap serupa. Samalah seperti di Myamar.



Komen ketiga dari Khary Jamaluddin (http://www.youtube.com/watch?v=Z-hU3bHjSIQ):
“That’s why we have seen in the last few elections they’ve been given more access in the media, before there was almost none, of course they would like more in the main stream media but they enjoyed a lot more in their party organs, in their web sites they publish in web sites that supports them. These are all editorial preferences and it’s the same in the West as well”

Komen : Apa yang saudara Khairy Jamaluddin tidak sebut ialah di Negara Barat, sesiapa sahaja mempunyai kebebasan untuk menubuhkan serta menjalankan media mereka sendiri, tidak seperti di Malaysia.
Semua pihak menerima konsep “editorial preference” yang dinyatakan oleh Khairy. PAS sebagai contoh tidak mempunyai masaalah sekiranya akhbar NST hendak menyokong UMNO 100%.

Apa yang menjadi masaalah ialah mengapa Kerajaan Malaysia menghalang kami untuk menubuhkan media kami sendiri. Juga, kes yang sama kepada pihak2 lain.
Sebagai contoh, sekiranya Malaysia benar2 mempraktik kebebasan bersuara, mengapa:
a. Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengadakan stesen radio sendiri tidak diluluskan sehingga sekarang?
b. Harakah tidak dibenarkan diterbitkan dua kali seminggu
c. Permohonan Akhbar “Purnama” tidak diluluskan sehingga sekarang
d. Permohonan Malaysiakini untuk menerbitkan versi cetak tidak diluluskan sehingga sekarang.

Hakikatnya Khairy Jamaluddin cuba bermain wayang kerana kebebasan media tidak wujud di Malaysia. Dan, antara tuntutan Bersih yang utama adalah supaya kebebasan media diberikan kepada semua pihak yang bertanding dan tidak bertanding di dalam pilihanraya.
Tanpa kebebasan media, tidak jauh bezanya pilihanraya di Malaysia dengan keadaan ketiadaan pilihanraya di Myanmar.


Komen keempat adalah dari Khairy Jamaluddin (http://www.youtube.com/watch?v=-FybbGOvvjo)”
“Selama-lama ini mereka bertanding tapi hari ini mereka menutut untuk pilihanraya yang bersih”

Komen saya: Sekiranya pilihanraya benar2 bersih nescaya selama ini pembangkang tidak kalah di dalam bertanding di dalam pilihanraya. Parti pembangkang yang ada sudah jadi parti pemerintah diperingkat persekutuan pun. Itu yang UMNO takut.



Komen kelima: Dato Azalina kata peserta Himpunan Bersih dayus….

Komen saya: Kesian saya pada Dato kerana tidak faham makna dayus. Dayus maknanya seseorang yang tidak berani, penakut, tidak mahu dan tidak berusaha untuk melunasi tanggung jawabnya. Contoh seorang suami yang tidak memeberi nafkah kepada isteri kerana malas hendak bekerja. Contoh seorang suami yang juga pemimpin Negara yang biar isteri dia berlaga pipi dengan selebriti. Contoh seorang bapa yang membiarkan anak perempuannya diusung oleh lelaki sana-sini. Contoh orang Islam UMNO yang membiarkan masjid dan surau dirobohkan walaupun ada kuasa. (Samy Vellu lebih berani dan tidak dayus sehingga membatalkan semua hari terbuka deepavali demi membela kuil yang dirobohkan). Contoh ahli UMNO/BN yang takut untuk berhadapan dengan parti” pembangkang dalam pilihan raya yang adil dan telus. Itulah contoh2 dayus sebenarnya Kami yang turun beratus ribu pada 10 Nov meski pun diugut dan dihalang begitu hebat adalah rakyat yang berani, tidak dayus dan bukan penakut macam
perwakilan UMNO yang hendak bercakap perkara benar isu semasa dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Komen Keenam dari Datuk Johari Baharom:
“ Perhimpunan ini adalah perhimpunan haram”

Komen saya : Kalau hendak diikutkan perhimpunan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 dahulu pun adalah perhimpunan haram. Mengapa sehingga hari ini UMNO meraikan ulangtahun “perhimpunan haram” menentang Malayan Union?

Komen ketujuh dari KPN:
" Perhimpunan 10 Nov mengganggu trafik, ganggu peniaga, menyusahkan orang ramai.

Komen saya: Yang mengganggu trafik adalah Polis yang tutup jalan, buat sekatan jalan raya, beratur dan bebaris ramai-ramai terpacak dari pagi sampai petang, solat pun entah kemana. Cuba baca komen peniaga yang tutup kedai bila gas pemedih mata dan air kimia dipancut, sebelum tu tak tutup pun. Mengapa hampir 100,000 rakyat boleh sampai ke Istana Negara dalam keadaan aman dari SOGO dan Masjid Negara ? Kerana Polis tidak kacau, Polis cuma pantau. Kesimpulannya Polis yang menyusahkan rakyat kerana jadi alat UMNO/BN.

Dr Lo’ Lo’ Ghazali
AJK PAS Pusat
docpearl@hotmail.com

Thursday, 29 November 2007



Bersemangat riadah dengan baju Bersih di Padang permainan Taman Maluri



Muslimat titiwangsa dan anak-anak turut serta.



Cucu pun turut serta menghidupkan gelombang bersih, terutama di pagi Sabtu
UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.

Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.





Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa.

Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.

Hujjah tentang demo dan himpunan tentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan baru-baru ini, hingga wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah) Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan bodoh telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.


Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.


Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran , ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila adaa demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan hargaa barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden.

Demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan takde sape nak keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenaarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.



Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa

Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.

Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Nape tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..

Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.



Dr Lo’lo’ bt Hj Mohd Ghazali
Panduan untuk ibu-bapa TIP’S UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL Terhadap Kanak-kanak: Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati-hati. Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku keatasnya. Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika / Sekolah. Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air. Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini takut nanti kita menyesal. Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah. Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong. Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah”. Ingatkan anak untuk tidak menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali Larang anak keluar dari kawasan rumah, ke padang permainan, ke rumah jiran atau kekedai tanpa pengawasan Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut. Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2. Disediakan oleh DEWAN MUSLIMAT PAS TITIWANGSA Hubungi kami 0192852723 0176080832 0133904807 Cara-cara mencegah kejadian rogol atau serangan seksual terhadap remaja 1. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong. 2. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali samada kereta, motor atau basikal. 3. Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dsb. 4. Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka. 5. Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dsb juga bila balik rumah. 6. Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki samada tua atau muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidor dirumahnya kecuali dengan pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi. 7. Jika kamu dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati. 8. Balik kerumah segera samada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak bermain-main. 9. Cuba pastikan bila berjalan atau keluar rumah hendaklah bersama keluarga atau teman-teman dalam kumpulan. Elakkan keluar rumah waktu malam kecuali dengan keluarga terdekat. 10. Elakkan dari bergaul bebas dengan lelaki yang tidak dikenali dan yang bukan mahram, kerana lelaki tersebut mungkin gunakan peluang itu untuk merogol kamu. 11. Cuba elakkan dari berjalan di lorong, taman atau kawasan yang sunyi.Jauhi bangunan yang tersudut. 12. Jangan pergi berubat dengan bomoh dan jangan sekali-kali tinggal seorang diri berubat dengannya. Doktor lelaki juga hanya boleh memeriksa kamu dengan kehadiran pembantu wanita/jururawat. 13. Jangan berpakaian seksi. Sekalipun kamu tidak menjadi mangsa pada masa tersebut,tetapi mungkin orang lain yang lebih lemah akan jadi mangsa rogol lelaki yang ada penyakit hati. 14. Pastikan pintu bilik berkunci dengan baik semasa kamu mandi, menyalin pakaian atau pun berehat atas katil. 15. Jangan bermain dan bergurau dengan kawan lelaki dan membiarkan mereka menyentuh badan kamu. 16. Orang lelaki termasuk bapa, abang atau saudara-mara tidak boleh menyentuh bahagian sulit kamu. 17. Patuhi syari’at Allah, buat yang disuruh, tinggal yang dilarang nescaya kamu selamat 18. Allah berfirman yang bermaksud ”.....Jangan dekati zina”. Jangan bergaul bebas atau melakukan perkara yang dilarang agama yang boleh membawa kepada zina dan lebih teruk jika dirogol. docpearl@hotmail.com ; http://pastitiwangsa.wordpress.com
Thursday, November 22, 2007 Peratusan Kes Rogol, Al-Qur'an dan Hadis... Apa kaitan rapat ketiga-tiganya? oleh Muhammad Ibn 'Az Semua statistik di bawah diambil dari sebuah terbitan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan tajuk Sex Offences & Offenders yang diterbitkan dalam tahun 1997 di bawah kelolaan Lawrence A. Grenfeld. Dokumen penuhnya boleh diambil dari link ini : http://www.rainn.org/docs/statistics/soo.pdf (sekiranya link tersebut tidak boleh digunakan, emailkan kepada saya suapay dapat saya berikan salinannya kepada sesiapa yang berminat) 73% atau hampir 3 dari setiap 4 daripada kes-kes rogol dan serangan seksual yang dilaporkan, dilakukan oleh pemangsa yang dikenali mangsanya. Perogol dalam kategori terbesar ini seringkali terdiri dari kalangan kenalan rapat, kekasih, bekas kekasih, bekas teman hidup (bekas suami), kenalan keluarga, ahli keluarga (cth: Pak cik, bapa tiri, sepupu dsb) dan sebahagian kecil terdiri dari ahli keluarga terdekat (cth: bapa kandung, abang kandung dsb). 80% dari mangsa rogol yang membuat laporan polis, berusia di bawah usia 30 tahun. 44% - 55% dari jumlah mereka seperti yang disebut di atas, merupakan golongan remaja dan kanak-kanak. 90% dari mangsa rogol yang berusia di bawah 12 tahun mengenali perogol terbabit. 2/3 dari mangsa yang berusia 18 – 29 tahun mempunyai hubungan awal dengan perogol. 6 dari 10 kes rogol berlaku di rumah mangsa atau kenalan mangsa atau rumah saudara mangsa. Lebih separuh dari kes rogol berlaku dalam lingkungan jarak 1 batu (1.609 km) dari rumah mangsa atau berlaku dirumah mangsa. Bagi mangsa yang berusia 12 tahun ke bawah, 43% dari kes mereka dilakukan oleh perogol yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mereka. Hanya 11% dari mangsa yang berusia 30 dan ke atas mempunyai hubungan kekeluargaan dengan perogol. 40% dari mangsa rogol mengalami kecederaan sampingan. 5% daripadanya mengalami kecederaan parah. Kecederaan biasa dialami oleh mangsa rogol yang berusia 30 tahun dan ke atas. 25% dari mangsa rogol yang dibunuh berusia di bawah 18 tahun. Senjata biasanya digunakan oleh pemangsa/perogol yang tidak dikenali mangsa. Berdasarkan statistik yang yang diberikan di atas, kesimpulan yang dapat dibuat ialah majoriti daripada kes-kes rogol yang berlaku dilakukan oleh mereka-mereka yang dikenali atau mempunyai hubungan dengan mangsa. Pemangsa-pemangsa ini seakan-akan bebas dalam batasan pergaulan dengan mangsa sehinggakan mempunyai akses untuk memasuki rumah mangsa atau membawa mangsa ke rumah mereka atau mangsa-mangsa ini boleh di bawa keluar dengan sewenang-wenangnya oleh mereka. Ini dibuktikan dengan peratusan kes-kes rogol berlaku dalam lingkungan 1 batu (1.609 km) dari atau dirumah mangsa. Begitu juga dengan 2/3 dari mangsa rogol yang berusia 18 hingga 29 tahun, menurut laporan tersebut, mereka ini sedang atau pernah mempunyai hubungan intim atau hubungan sebagai kenalan dengan perogol atau pelaku jenayah seksual ini. Batasan pergaulan dalam kes-kes sedemikian tidak disempadani oleh apa-apa batasan. Kebebasan dalam pergaulan jelas nyata apabila si pemangsa seakan-akan mempunyai satu bentuk kebebasan untuk keluar masuk ke kediaman mangsa. Dalam Islam, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah jelas dinyatakan. Pengharaman pergaulan bebas tanpa sempadan dalam Islam ini bukanlah bagi tujuan mengikat kebebasan manusia untuk bersosial, tetapi lebih kepada satu bentuk perlindungan kepada mereka yang lemah. Begitu juga undang-undang yang Allah s.w.t. gariskan melalui jalan Al-Qur’an dan hadis. Undang-undang bukanlah bertujuan untuk menghukum, ianya sebenarnya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang lemah dan teraniaya serta memberikan keadilan kepada mereka yang teraniaya supaya setiap perbuatan jahat dan buruk ke atas mereka di balas dengan hukuman yang setimpal. Pentingnya menjaga batas pergaulan dalam Islam digambarkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. di bawah. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”. (Hadis Riwayat Muslim) Jika berperang mempertahankan Islam dari serangan puak kufur diperintahkan Rasulullah s.a.w. supaya dikirikan dan dikinikan pula tanggungjawab menemani isteri yang bakal mengerjakan haji, maka disini sangat penting bagi kita untuk mengetahui bahawa setiap dari wali itu sangat dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan mahramnya yang berurusan dan mempunyai pekerjaan yang harus dilakukan. Jika seorang wanita yang dewasa sekalipun diperintahkan Rasulullah s.a.w. supaya ditemani suaminya atau mahramnya, apatah lagi jika anak-anak gadis kita yang masih kecil atau remaja. Malah ada juga bapa-bapa yang tidak bertanggungjawab boleh dengan senang hati menyuruh anak-anak gadis mereka untuk keluar berseorangan ke kedai semata-mata untuk membelikan sekotak rokok bagi memenuhi keperluannya. Bapa jenis apa seumpama ini? Lembab, bebal atau bodoh? Dengan persekitaran masyarakat yang semakin hari semakin berfikiran seperti manusia tidak berotak dan tidak beragama, sanggup dia lepaskan anak gadisnya berjalan berseorangan dan sekaligus mendedahkannya kepada segala mata-mata jahat yang memerhatikan setiap langkah dan gerak geri untuk diambil kesempatan. Islam tidak membataskan pergerakan wanita, malah menggalakkan mereka terlibat sama dalam semua aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan mereka hatta menyertai pasukan tentera Islam di medan perjuangan sekalipun. Tetapi biarlah semua persekitaran pekerjaan dan aktiviti yang melibatkan mereka itu memberikan satu jaminan keselamatan ke atas diri mereka dan tidak menindas mereka kerana gender mereka serta memberikan mereka satu persekitaran yang kondusif bagi kemajuan diri mereka dan ummah. Satu persekitaran yang kondusif membawa erti bahawa mereka di beri peluang samarata untuk maju dan memberikan khidmat mereka serta terjamin keselamatan mereka dari semua anasir-anasir buruk serta gangguan-gangguan dari mana-mana pihak. Jika persekitaran itu sangat tidak kondusif, maka kehadiran mahram diwajibkan ke atas mereka supaya semua hak dan keselamatan mereka dilindungi. Ingat! Sebahagian dari ummah ini ialah wanita dan mereka jugalah yang bakal melahirkan generasi ummah di masa hadapan. Menafikan sumbangan dan keupayaan mereka bererti membunuh ummah itu sendiri. Saya melihat perkara ini tidak jauh, cukup dengan contoh ibu, ibu mertua, isteri dan adik perempuan saya sendiri, mereka merupakan antara wanita yang mempunyai pandangan-pandangan kritikal yang membuka minda sekaligus dapat memberikan satu teguran membina dalam kelembutan mereka. Setiap kali teguran tersebut dibuat, maka sesuatu yang saya tak pernah terjangka akan keluar dari buah fikiran mereka, mereka hidangkan sebagai alternative kepada pandangan keras dari minda seorang lelaki. Sesungguhnya Allah itu Maha Halus dalam setiap ciptaanNya. DiciptaNya wanita bukan untuk tunduk kepada Adam tetapi realitinya untuk membantu Adam sebagai check & balance dalam memainkan peranan sebagai khalifah di muka bumi ini. Mengapa mesti ditolak pandangan dan kritikan dari wanita sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri seringkali menjadikan mereka sebagai sumber mendapatkan pendapat dan buah fikiran. Banyak peristiwa yang dicatatkan hadis di mana Rasulullah s.a.w. mendengar pandangan dari wanita dalam membuat sesuatu keputusan dan adakalanya pandangan tersebut yang diambil baginda, menyelamatkan keadaan ummah yang ada ketikanya diambang pergaduhan. Ini terbukti dalam kes Abdullah Bin Ubay semasa tentera Islam pulang dari perang dengan Bani Mushtaliq. Rasulullah s.a.w. telah menggariskan batasan-batasan yang perlu dipatuhi dalam hubungan antara bukan mahram bagi mengelakkan segala perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketahuilah! Seorang lelaki bukan mahram tidak boleh bermalam di rumah perempuan janda, kecuali jika dia bernikah dan suaminya ada di rumah, atau ada muhrimnya.” (Hadis Riwayat Muslim) Sebagaimana yang diketengahkan serta dinyatakan dalam statistik yang dibentangkan di atas, majoriti dari kes-kes serangan seksual dan rogol yang mendatangkan kecederaan berlaku ke atas golongan wanita dalam lingkungan umur 30 tahun dan ke atas. Mengikut laporan dalam terbitan tersebut, majoritinya merupakan kes-kes dimana wanita-wanita tersebut diserang oleh kenalan, teman lelaki, bekas teman lelaki atau bekas suaminya sendiri. Oleh kerana kebanyakan dari wanita yang mengalami keruntuhan rumahtangga memilih untuk hidup sendiri dan tidak membebankan ibu bapa atau mana-mana mahramnya, maka mereka ini sedikit sebanyak terdedah kepada bentuk-bentuk kemudaratan tidak terjangka dalam kehidupan mereka sehari-harian, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana ditetapkan Allah dan RasulNya. Mungkin golongan dari gerakan liberasasi wanita menentang hujah sebegini kerana bagi mereka tiada salahnya menjemput atau melayan tetamu yang datang bertandang ke rumah, tetapi seringkali mereka terlupa bahawa dalam setiap hati manusia itu terdapat satu bentuk kejahatan yang hanya boleh dikawal dengan kekuatan iman dan mengikut semua langkah precaution yang ditetapkan. Seorang yang kuat imannya juga boleh tewas dengan dugaan sekiranya dia tidak dibantu oleh persekitaran yang boleh menghalangnya melepaskan diri dari terus digoda hasutan nafsu dan dorongan syaitan. Sebagai contoh, jika anda membela kucing, tentu anda menyedari bahawa kucing juga antara binatang-binatang yang Allah jadikan mempunyai kebijakan tersendiri. Di rumah ibu saya terdapat banyak kucing yang dibela oleh adik perempuan saya. Adakalanya kucing-kucing tersebut sangat merimaskan tetapi kebanyakan dari masanya, kehadiran mereka menghiburkan hati. Kucing jika kita melihatkan kepada sifat dan sikap mereka, mereka ini merupakan antara penipu-penipu yang sangat licik berlakon. Saya banyak kali mengalami peristiwa dimana ikan goreng atau nasi bungkus yang saya beli dan makan dirumah ‘dirompak’ kucing-kucing terbabit. Pada ketika saya menikmati hidangan tersebut, kucing-kucing tadi akan datang dan berlakon manja dan buat-buat tidur di depan saya tanpa sekali pun melakukan percubaan untuk mencuri makanan. Tetapi apabila saja saya bangun atau melakukan sesuatu berjauhan dengan makanan tersebut, maka dalam sekelip mata kucing-kucing ini mengambil kesempatan di atas kealpaan saya. Selesai saja ‘merompak’ makanan terbabit, mereka berlari seakan-akan tahu perbuatan mereka tersebut mengundang rasa marah tuan punya makanan, walaupun saya tidak berbuat apa-apa terhadap mereka. Begitu juga dengan manusia yang Allah s.w.t. kurniakan kekuatan akal yang berkali ganda hebat dari akal kucing-kucing terbabit. Manusia yang didorong oleh hati jahat, nafsu serta syaitan, tentunya tidak akan melepaskan mana-mana peluang yang terhidang di depan mata terutamanya jika mangsanya nanti tidak dapat bertindak balas. Kebanyakan dari kes-kes yang mendatangkan kecederaan dalam mana-mana serangan seksual yang melibatkan wanita dalam lingkungan umur 30 tahun dan ke atas berlaku disebabkan oleh mangsanya yang cuba melawan. 1/5 dari mangsa yang melaporkan yang mereka cuba melawan perogol/penyerang terbabit menyatakan bahawa tindakan mereka itu mengundang kepada kesudahan yang lebih buruk dengan serangan balas oleh perogol terbabit. Jadi langkah terbaik ialah mencegah sebagaimana yang telah digariskan Allah s.w.t. dalam Al-Qur’an dan melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dari ‘Uqbah r.a. Bin Amir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!” Lalu bertanya seorang Ansar. “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang Al Hamwu (keluarga dekat bagi suami, cth: pak cik, saudaranya, anak saudara dan sebagainya).” Jawab Rasulullah s.a.w., “Bahkan itu lebih berbahaya.” (Hadis Riwayat Muslim) 1400 tahun yang lalu, Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita tentang batasan-batasan ini. Sekiranya mereka yang kita kira sebagai rapat dikatakan Rasulullah s.a.w. sebagai lebih berbahaya, maka apatah lagi dengan bahaya oleh orang-orang luar yang tidak atau baru dikenali. Statistik di atas telah menunjukkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. ini, bahawa ¾ dari setiap kes-kes rogol dan serangan seksual melibatkan orang-orang yang dikenali mangsanya terutamanya dari kalangan keluarga dalam kategori Al-Hamwu ini. Menurut statistik dalam laporan tersebut lagi: 67% atau lebih kurang 2/3 daripada semua kes rogol yang dilaporkan, berlaku dari jam 6 petang sehingga 6 pagi. Malam minggu (malam hari Sabtu) merupakan hari dan waktu yang paling banyak kes rogol dicatatkan dalam semua 7 hari dalam seminggu. Malam minggu sebagaimana yang dinyatakan dalam statistik tersebut merupakan malam yang paling banyak mencatatkan kejadian rogol dan serangan seksual. Sebagaimana yang kita sedia maklum, malam minggu merupakan malam dimana muda mudi dan golongan dewasa gemar keluar bersosial. Dengan batasan-batasan hubungan yang tidak disempadani apa-apa, maka tidak mustahil perkara buruk seperti yang dinyatakan dalam statistik tersebut boleh berlaku. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang menyatakan bahawa dalam malam terkandung kejahatan dan setan-setan berkeliaran pada malam hari. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Karena setan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.” (Hadis Riwayat Muslim) Jelas Rasulullah s.a.w. telah pun memberikan amaran mengenai kejahatan yang terkandung dalam gelapnya malam. Saya memahami hadis ini membawa maksud kemudaratan yang di bawa oleh kedatangan senja termasuk kejahatan dalam bentuk apa yang dibincangkan dalam artikel ini. Tidak hanya demikian, pada suatu senja ketika sedang bersembang dengan seorang pak cik, sepupu dan adik-adik saya selepas selesai membuka khemah kenduri, azan Maghrib berkumandang. Sebaik saja azan tersebut habis dilaungkan, maka muncullah satu lagi ‘setan’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas. Jelas sekali ‘setan’ ini hanya muncul pada waktu cahaya senja masih kelihatan dan menghilang sebaik saja cahaya senja hilang dan muncul gelap malam. ‘Setan’ yang saya temui ini jelas sekali memmenuhi kriteria kemunculan satu jamnya seperti dalam hadis di bawah. Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah, kerana pada ketika itu setan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam maka biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana setan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lampu (ketika hendak tidur).” (Hadis Riwayat Muslim) Dalam hadis di atas jelas Rasulullah s.a.w. memberikan satu peringatan mengenai penularan wabak penyakit. Setan pertama tersebut juga membawa maksud penyakit bawaan nyamuk. Nyamuk aedes hanya mencari mangsa pada waktu senja. Selepas gelap malam muncul, ianya pun hilang. Deskripsi ini betul-betul tepat dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Saya sudah menghuraikan hadis ini dalam posting saya sebelum ini “Siapakah Sebenarnya Yang Dinamakan Syaitan? Bahagian 1, 2 dan 3. Untuk membacanya klik sini. Sangat jelas bagi menjauhi segala kemudaratan yang boleh berakhir dengan kejadian rogol serta serangan seksual, maka batas perhubungan hendaklah disempadani mengikut syariat yang telah ditetapkan. Ada juga yang cuba menyalahkan cara berpakaian wanita yang menjolok mata sebagai punca kepada perlakuan rogol yang berlaku. Saya tidak menafikannya sebagai antara punca, tetapi cara berpakaian wanita itu jatuh kepada kategori penyebab sekunder kepada kes-kes rogol dan serangan seksual ini. Penyebab primernya ialah batasan pergaulan yang langsung tidak dijaga. Sebagaimana statistik tersebut memberikan gambaran jelas bahawa ¾ dari mangsa rogol mengenali mangsanya. Mungkin akan ada yang tidak berpuashati dengan kenyataan saya yang mengatakan bahawa, faktor berpakaian itu jatuh sebagai sebab sekunder. Sebenarnya, Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam Al-Qur’an dalam surah An Nuur ayat 30: (An Nuur 30) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Arahan ayat hijab ini pertamanya ditujukan kepada kaum lelaki. Arahan Allah ini sangat mudah, effisien dan penuh dengan pendekatan psikologi. Saya sudah menghuraikannya dalam posting saya yang bertajuk “Aurat Muslimah: Satu Penindasan Atau Pembebasan?” (Untuk membaca hikmahnya dan posting tersebut, sila klik sini). Hanya kemudian dari itu, barulah ayat berkenaan hijab Allah s.w.t. perintahkan ke atas kaum wanita. (An Nuur 31) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Jelas sekali Allah s.w.t. memerintahkan kaum lelaki terlebih dahulu menundukkan pandangan supaya tidak terpengaruh dengan dorongan nafsu akibat dari memandang sesuatu yang boleh membangkitkan syahwat. Jadi kenapa hendak disalahkan wanita sekiranya perintah Allah yang pertama Allah s.w.t. tekankan ke atas kita tidak langsung kita penuhi. Apakah kita sebagai lelaki Muslim ini terlalu mementingkan diri, memaksa kaum wanita berubah sedangkan kita tidak mahu berubah? Sedangkan perintah Allah yang pertama ialah kepada kita supaya menundukkan pandangan. Fahami perintah Allah ini! Ianya satu pendekatan psikologi yang paling hebat untuk merubah dunia disekeliling kita. Baca tentangnya dalam posting saya “Aurat Muslimah: Satu Penindasan Atau Pembebasan?” (Untuk membaca hikmahnya dan posting tersebut, sila klik sini) supaya dapat difahami bagaimana hebatnya sesuatu arahan Allah itu dan kesan daripada pelaksanannya. Sebenarnya, kita ini terlalu ego. Kesukaan kita ialah membiarkan kebodohan dan kesombongan menguasai diri, sedang Allah s.w.t. itu sudah pun meletakkan segalanya dalam susun atur yang paling cantik dan elok untuk dipraktikkan. Sebenarnya, semua permasalahan sosial ini boleh dikawal dan dikurangkan sedikit demi sedikit sekiranya kita semua sedia mahu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al-Qur’an dan hadis. Kembalilah kepada Al-Qur’an dan sunnah, kerana segala-galanya terjawab disana. Tak percaya? Cubalah sendiri, cari guru bertauliah, mohon petunjuk Allah dan dalami Al-Qur’an dengan kefahaman sebenar dan bukan kefahaman sempit. Anda pasti akan terkejut dengan apa yang anda akan jumpa... percayalah.. ianya berlaku kepada saya dan semua yang cuba mendekati Allah melalui kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an dan As Sunnah. Sebut apa saja... Evolusi, Sains angkasa, Penerokaan Angkasa, fizik, geologi, kewujudan makhluk asing, kepupusan dinosaur semuanya disebut dengan jelas dalam Al-Qur’an dan hanya difahami oleh mereka yang berpengetahuan. Al Qamar 17, 22, 32 dan 40 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? Al Israa’ 12 Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda, maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. Terpulanglah... samada kita kembali atau kita dikembalikan, yang pasti 10 minit yang anda luangkan membaca artikel ini takkan kembali kepada anda semula. Kehilangan masa tersebut, menunjukkan bahawa baki umur kita yang ada semakin berkurang. Sudahkah kita bersedia untuk dipanggil pulang? Wallhua’lam.... © November 2007 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.