Monday, 20 October 2008

GAMBAR SEKITAR HARI TERBUKA AIDILFITRI
PARLIMEN TITIWANGSA
YB bagi-bagi duit raya kepada kanak-kanak, turut membantu YDP kawasan; Ust Yusuf Daud
Dato Seri Anwar Ibrahim tetap memberi sokongan kpd YB dgn singgah sebentar dlm majlis tersebut dan turut memberi ucapan . Mengiringi DSAI adalah isteri beliau DSWA yg juga Presiden PKR.
Pesuruhjaya Mohamad Nor turut memberi ucapan...PJ datang bersama isteri Hjh Masitah dan anak perempuan mereka.
antara tetamu-tetamu yang hadir...
YB bersama Ust. Zamri dey jay IKIM.fm
YB bersama DSWA dan juga Datin Kamariah dari Flat Bukit Baru, Keramat Hujung. Saya ambil kesempatan utk bergambar.
YDP bersama Pak Yazid (Tok Guru) dan DSAI
YB makan pun layan diri jer...
tiga orang pengheboh majlis rumah terbuka...
dari kiri En. Yusuf, (tengah) Pn. Fauziah, (berbaju merah) Jeance Lee,Ahli Majlis Ampang.
adik-adik comel dari SAR Sri Al-Ummah, mendendangkan lagu yang begitu merdu...
gambar di belakang tabir...
suami YB turut membantu tuk melayan tetamu-tetamu yang hadir
huuu...semangatnya  En. Shahir pegawai khas YB...betul-betul sibuk nih...Tidak lama lagi Shahir akan berangkat menunaikan Haji.
cepat-cepat!!! tetamu dah mula ramai....nie bahagian muslimin....
tetamu muslimat dengan anak masing-masing
sebelum dibuka tuk tetamu...
para petugas dipersilakan menjamu selesa dahulu....nanti tetamu dah mai tak sempat nak makan plak kot....
wahhh...makan-makan jangan tak makan....
YB dah sampai...Yb baru sampai dari Ipoh sebab balik ziarah ibu yg uzur
para petugas dah mula bersiap-siap...cepat-cepat kang tak sempat....
hi...mcm mana nie nak letak meja nie?...dah pukul berapa?...
tue dia...muslimat kalut dah...cepat-cepat potong lemang, buah... susun kat meja...Kelihatan En Mokhtar, Abu Hanifah, Kak Shimah dll
disediakan oleh: Faezah pembantu YB Dr. Lo'lo'

Saturday, 18 October 2008

Banner Hari Terbuka Aidil Fitri Parlimen Titiwangsa Saya perasan pada hari tersebut jiran2 berdekatan dengan Dewan SBG tsb tidak ramai yang hadir kerana segan dan malu sebab selama ini tidak pernah lagi pihak lain selain dari UMNO/BN yang mengadakan majlis disitu. Mereka rupanya mengharapkan jemputan secara individu melalui surat atau kad dan tidak selesa untuk hadir hanya melalui jemputan di banner yang digantung di simpang2 jalan.(tulisan ini selepas majlis selesai dijalankan) Dr Lo'lo'

Friday, 17 October 2008

Selamat Hari Jadi ke 16 tahun Aini. Aini anak bongsu Zuhairah adik saya. Seorang pelajar cemerlang, PMR 9A semasa di Sek Raja Perempuan Taayah (sekolah saya dari ting 1-3 ) yang sekarang belajar di KISAS ( juga tempat saya sekolah dari Ting.4-5 aliran Sains - masa tu dikenali sbg KIK). Moga2 Aini jadi doktor... Hari Raya kedua kami bertolak ke Alor Setar untuk beraya dengan keluarga Kedah pula. Tengoklah Farhan yang dah besar panjang masih manja dgn Mak Tok nya Inah pun suka menempek dgn Mak Tok. Ibu Mertua saya masih agak sihat walau pun berumur sama seperti ibu saya. Mertua saya masih bebas bergerak, masih boleh mengurusi diri sendiri.Namun begitu sebagai orang tua pergerakannya sudah agak lambat dan kerap juga sakit. Kesian Mak, orang2 tua ni dia perlukan TLC - tender,loving,care. Kasihanilah ibu2 kita. Selama ibu kita masih bersama dengan kita, hargai dan sayangi mereka. Jangan esok mereka dah takde didunia baru kita hendak menyesal - too late!

Wednesday, 15 October 2008

Suasana Hari Raya di Ipoh Balik dari Solat Sunat Eidul Fitri dan selepas bermafan dengan suami tercinta...Ampunkan dosa saya ya Bang....Abang pun macam tu juga ... Lepas tu main dgn cucu kesayangan yg pertama kalipakai Baju Melayu...sayang cucu Jaddah&Tok Wan Bergambar keluarga: Aan, Mama, Babah, Inah, Chor & Izz serta Zz Ibu2 dan bakal2 ibu muda dalam kluarga yg ada pd hari tersebut. Bisharah yg sedang sarat pd masa tu dah telah pun selamat melahirkan pada Raya ke 4, Rini isteri Ghazali sdg mengandung 7 bulan, Mawaddah dgn Izz, Bashirah dgn Naili dan Ulfa dgn prem-baby Umairah. Cicit-cicit Ibu saya sedang berebut permainan. Izz, Muadz dan Naili. Ibu saya agak sedar dan rasional dlm masa2 tertentu. Disini dia minta untuk memberi duit raya kpd cucu-cicitnya. Alhamdulilah saya memang ada menyediakan duit baru dan sampulnya sekali seperti biasa pada tahun2 sebelum ini. Kelihatan Mama(panggilan Izz kpd Sakinah) sedang mendukung Izz utk dapatkan duit raya dari Nyang. ** Semasa tulisan ni dibuat/edit saya sedan berada di Ipoh kerana ibu saya 'deteriorating'. sejak awal minggu ni telah tidak lagi bercakap dan berada dalam keadaan semi-coma. Ya Allah ya Tuhanku , kasihanilah ibuku sebagai mana dia mengasihaniku dari sejak kecil sehingga aku dewasa... Dr Lo'lo' Jln Madrasah, Kg Tengku Husin Baru, Ipoh, Perak

Friday, 10 October 2008

Beberapa siri ziarah Ramadhan yang masih belum dilaporkan: SOLAT TERAWIH BERJEMAAH di MASJID IMAM ASH-SHAFIE
Ucapan ringkas di dewan makan masjid
Menikmati moreh bersama jemaah masjid...
Jemaah muslimat
Jemaah Muslimin
Sumbangan kpd golongan yg sering dilupakan tapi sangat berjasa. Iftar di Surau Taman Maluri Kg Pandan Pemberian sumbangan disini agak istimewa iaitu kepada mereka yang terlibat dengan Pengurusan Jenazah di Zon Pandan iaitu dari Bilal mandi mayat hingga kepada Penggali kubur, tapi penggali kubur tidak dapat hadir kerana mereka tinggal di kawasan Cheras.
Wakil Zon Pandan selaku Juruacara.
Pengerusi surau sedang memberi kata2 aluan.
YB berucap
Jemaah Muslimin sedang menunggu waktu berbuka
IFTAR DI KLIH UNTUK MERAIKAN KAKITANGAN DBKL CAWANGAN TITIWANGSA DAN STAF PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT YB menyambut kedatangan pasangan istimewa Chan dan Lim yang banyak membantu YB sejak PRU 12 dengan sukarela
Surprise......kami dapat duit raya dari YB
Suami YB pun turut sama
Suami YB bersama En Razif dari DBKL cawangan Titiwangsa
En. Razif berucap untuk menyatakan terima kasih
Nak bersurai dah
Kakitangan KLIH mengucapkan terima kasih dan mengiringi TB meninggalkan KLIH bersama suami
Dari Faezah

Tuesday, 7 October 2008

Aidil Fitri 1429H Alhamdulillah Eidul fitri kali ini kami sekeluarga sambut di rumah ibu saya Datin Hajjah Zainab yg terletak di Kg Tengku Husin Baru, Ipoh, Perak. Saya bersama suami Dr Aminuddin, anak ketiga Sakinah yang juga balik bercuti dari UNHAS Makassar, anak bongsu Muhd Farhan bersama2 Ehsan anak saudara saya sampai di kampung sewaktu hampir waktu Iftar pada malam 27 Ramadhan. Cuma yang sedihnya meihat ibu saya yang terlantar atas katil sejak diserang angin ahmar 2 bulan lalu. Ibu saya sudah tidak mampu untuk solat mahupun berpuasa kerana serangan angin ahmar yg lalu agak serius (massive stroke). Sedih melihat ibu yang aktif dulu kini meneruskan hidup dengan makanan terpaksa disalurkan dari tiub yang dimasukkan melalui hidup langsung kedalam perut. Sudah tiada rezeki ibu saya untuk makan lemang dan rendang kegemarannya, malah rezeki untuk beribadat pun telah ditarik balik oleh Allah. Moga Allah ampunkan dosa2nya yang lalu dan mngasihaninya sebagaimana dia mengasihi anak2nya dari kecil hingga dewasa. Gambar bonda tercinta terbaring dikatil tanpa dapat membezakan antara Raya atau Puasa. Alhamdulillah kami dapat khidmat pembantu rmah yang agak boleh diharap walaupn perlu lagi banyak lagi pemantauan. Ini membolehkan adik2 saya Durriah&Zuhairah yang tinggal dengan dan berhampiran rumah Mak masih boleh terus bekerja dan meneruskan usaha catering kecil2an. Ditakdirkan Allah pada malam tersebut Masjid Al Ittihadiyah iaitu masjid yg terletak berhampiran rumah ibu saya dikunjungi oleh tetamu istimewa iaitu YAB Dato Sri Nizar MB Perak. Rupa2nya Majlis Iftar dan Solat Terawih Perdana yg asalnya dijadualkan berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh telah dibawa ke masjid tersebut. Ustaz Badrul Amin yang terserempak dengan kami di R&R Tapah masa berhenti solat Asar juga didatangkan khas untu tazkirah Ramadhan dan memimpin Qiyamullail pada malam tersebut. Selepas selesai terawih dan tazkirah kedua2 VIP ini telah sudi datang menziarahi ibu saya. Ibu saya agaka 'rasional' dan boleh memahami bila saya bisikkan pada dia yang MB dan Ust Badrul datang. Terharunya saya, tambahan pula Ust Che Leh iaitu SUS II MB juga telah 'mengubat' emak dengan membuat 'air penawar' kerana Mak agak gelisah dan susah tidor sejak 2-3hari sebelum itu. Kebetulan juga Ust Badrul Amin ditempatkan di Homestay sebelah rumah emak. Farhan bersama YAB MB dan ust Badrul Amin semasa menziarah Mak. Kelihatan abang saya Hj Mohd Surur, Ehsan bersama MB Perak dan ust Badrul Amin. Malam itu saya Qiyam bersama2 jemaah masjid sehingga ke malam 29hb. Alhamdulillah sunnah Qiyam sudah mula dihidupkan oleh ummat Islam Msia, lebih2 lagi di negeri2 yg diperintah PR. [akan sambung lagi] Dr Lo'lo' HMG